Bagi anda yang inginkan kelainan saat menjamu selera atau mahu makan malam istimewa bersama insan tersayang di Gamuda Cove, Dengkil, Selangor sememangnya peluang yang tidak harus dilepaskan.
AEROBAR Gamuda Cove, menawarkan pengalaman menikmati hidangan di atas pelantar atau platform sambil menghayati pemandangan yang indah di daerah sekitarnya. Terapung di udara sambil menikmati hidangan sajian yang menyelerakan dengan panorama indah sememangnya cukup mengujakan.
Jika mencari kelainan untuk menjamu selera, lokasi ini memang dicadangkan memberi peluang kepada tetamu bukan saja menikmati kelazatan juadah disediakan, malah pada masa sama melihat keindahan tasik, pemandangan hijau serta suasana matahari terbenam. Pastinya kenangan menikmati santapan di sini sangat menyeronokkan walaupun dalam tempoh hanya beberapa ketika.
Ini pengkongsian pengalaman Aziera Dianza yang bersantai di Gamuda Cove, Dengkil.
Port Makan-Makan Berlangitkan Awan Biru Fefeling Kayangan Kayangan.
Lokasi: Discovery Park, Gamuda Cove : https://maps.app.goo.gl/uvSh4LSqYcMNHiov6
Terdapat banyak aktiviti disediakan tapi masih lagi dalam proses pembinaan dan ada juga yg da beroperasi.
Waktu operasi: 11am-8pm setiap hari
Tutup: Selasa
Jom support industri pelancongan dan peniaga kita.