Nak menginap lain dari yang lain boleh cuba menginap di Bao Sheng Durian Farm yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dikelilingi kebun durian, geng yang suka makan durian memang kena cuba stay kat sini. kalau musim memang puas dapat menikmati raja buah yang diminati ramai itu.
Lengkap dengan kemudahan lain termasuk kolam renang, suasana dan pemandangan kat sini memang cantik. Selain dapat enjoy makan durian boleh juga tenangkan diri daripada kesibukan kerja.
Ada peluang jangan lupa ‘usha’ harga bilik kat sini, yang nak datang berdua atau dengan keluarga, kat sini pakej termasuk makan dan juga tour ke ladang durian termasuk durian tasting session oleh pemilik.
Alamat: Bao Sheng Durian Farm, Balik Pulau, Pulau Pinang.
kredit gambar: Nadirah Mahamad
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantik Air Terjun Sungai Pandan! Kat Kuantan Je..
Jom teroka destinasi menarik di Pahang!
Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan.
Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular. Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan.
Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona. Mana tidaknya, landskap air terjun yang terbentuk di sini begitu cantik dan unik.
Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan. Namun jika anda ingin melalui jambatan gantung ini, pastikan sentiasa berwaspada dan mengambil giliran supaya jambatan tidak dipaksa menampung jumlah berat yang ramai pada satu-satu masa.
Pelbagai kemudahan lain tersedia di sini seperti gerai makan, tandas awam, surau, bilik persalinan, tapak perkhemahan dan juga beberapa buah chalet.
Jika anda bercadang untuk datang berlibur dan bersantai di Air Terjun Sungai Pandan ini pada hujung minggu atau cuti umum, pastikan anda datang lebih awal untuk ‘dapatkan’ port tempat berkelah menarik berlatarbelakangkan air terjun ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”
Negara China memang terkenal dengan ciptaan pelbagai ‘benda menarik’ baik dari segi produk dan juga destinasi pelancongan. Sekiranya anda takut pada ketinggian, jambatan kaca yang ada di China ini bukanlah lokasi pilihan tepat untuk anda.
Dikenali sebagai The Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge, jambatan yang dibina sebagai laluan penjalan kaki yang dibina pada ketinggian 298 meter itu dianggap paling menggerunkan di dunia. Terletak di Zhangjiajie Grand Canyon jambatan ini memecah rekod jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia.
Jambatan yang menggayatkan ini terletak di antara dua tebing tinggi di taman negara Zhangjiajie. Kawasan pergunungan ini memang popular dalam kalangan pengunjung kerana pemandangan semula jadinya yang luar biasa.
Pengunjung berpeluang melihat pemandangan wilayah Hunan yang menakjubkan ketika berjalan di laluan sepanjang 429 meter itu. Pengunjung tidak perlu risau dengan keselamatan mereka kerana jambatan selebar 5.79 meter itu mampu menampung hingga 800 orang pada satu masa. Lantai kaca di laluan itu hanya setebal 6.3 sentimeter dan ramai pengunjung dilihat ‘takut-takut’ dan ada juga yang gayat apabila berjalan di atasnya. Tidak kurang juga ada yang ‘terkucil’ juga merangkak ketika berjalan dilaluan berkaca ini dek kerana takut akan ketinggian.
Ketahanan gelas kaca jambatan tersebut telah diuji dengan pelbagai cara sebagai bukti pembuatan lantai jambatan ini sangat kukuh dan selamat.
Laluan yang direka oleh arkitek dari Israel, Haim Dotan itu dengan mudah mengatasi jambatan Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat. Jambatan Grand Canyon Skywalk mempunyai laluan sepanjang 20.7 meter dan dibina pada ketinggian 218 meter.
Selepas menghabiskan perjalanan di laluan yang menggerunkan itu, pelancong boleh menguji keberanian mereka dengan mencuba terjunan bungee dan aktiviti flying fox dari struktur menakjubkan itu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Naik Cruise Ke Singapore Dengan Harga SGD25 seorang, Enjoy Makan 5 Kali Sehari, Buat Macam-macam Aktiviti!
Bila sebut bercuti atas cruise atau kapal persiaran mesti banyak yang fikir ia memerlukan kos yang tinggi. Namun sebenarnya korang juga boleh dapat naik cruise dengan harga yang sangat berpatutan seperti Kamarul Sulaiman.
Menurut jejaka ini, dia yang sering merujuk kepada media sosial untuk mendapatkan tawaran-tawaran menarik untuk bercuti atau travel, baru-baru ini dia ternampak tawaran untuk menaiki kapal persiaran ke Singapura untuk perjalanan sehala dengan harga SGD25.
Tak lepaskan peluang, dia terus membuat tempahan. Memang sangat berbaloi kerana sepanjang perjalan, korang diberikan makan lima kali sehari selain dapat join segala aktiviti yang ada di atas kapal tersebut.
Hanya perlu tambahan kos untuk Gratitude Fee sebanyak SGD21 dan juga perbelanjaan sepanjang di Singapura, memang berbaloi percutian Kamarul kali ini. Kamarul turut berkongsi antara group yang sering menjadi rujukan bila mahu travel adalah Finding A Reason To Travel.
So guys, korang yang nak travel dengan tawaran yang menarik boleh usha-usha group Facebook tersebut. Sementara tu jom tengok apa yang menarik atas kapal persiaran Genting Dream yang dikongsikan oleh Kamarul.
Pengalaman naik cruise dengan harga SGD25 seorang!!
Baru baru ni Genting Dream ada buat promotion untuk 1 way from Port Klang to Singapore dengan harga $25 sahaja so I pun grab lah peluang ni sebab harga murah sangat.
The best part about naik cruise is that with one price, you got complete makan 5 kali sehari and the water park as well as other activities macam zipline, golf and more lah.
The things that I only pay kt sana is Gratitude Fee which is $21 for per pax per night dan internet which is about $8 per day.
Sampai SG, pusing pusing area Marina then terus balik nak bas ke KL.
Truly worth it rasa nak repeat je lagi. Boleh tengok harga bawah as confirmation ya
Kredit: Kamarul Sulaiman
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI