Mengembara Ke Negara Asing Secara Solo Dengan Selamat

Share

Tidak salah untuk mengembara dan melancong ke negara asing secara solo. Apatah lagi pengembaraan itu melibatkan bayak negara. Mengembara secara solo sebenarnya banyak memberikan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Malah anda juga tidak bergantung dan perlu mengikuti jadual orang lain untuk ke mana-mana. Bawa sahaja kaki ke arah ingin tuju pasti sampai. Namun mengembara secara solo ini perlu dilakukan dan dirancang dengan baik.

Berikut merupakan beberapa perkara penting perlu anda pertimbangkan apabila mengabara secara solo!

Research dahulu

Buat perancangan dan kajian yang mendalam sebelum pergi ke sesebuah negara atau lokasi. Ambil tahu kadar jenayah di negara tersebut dan baca review-review yang dikongsikan oleh pengembara sebelum ini di Internet.

Jangan bawa banyak barang berharga

Kalau boleh tinggalkanlah segala barang kemas yang mahal di rumah dan jangan dibawa semasa mengembara secara solo. Ia boleh merendahkan lagi risiko dirompak. Jika memakai barang kemas anda boleh menjadi sasaran penjenayah yang tak berhati perut.

Bawa yang perlu sahaja

Ketika keluar untuk berjalan-jalan tidak perlu membawa duit yang banyak, kad kredit atau segala peralatan elektronik yang mahal. Stay low profile dan bawa apa yang anda rasakan perlu sahaja.

Travel photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

Jangan mudah percaya

Ia kedengaran seolah-olah sangat sinikal dan prejudis. Tapi begitulah lumrah dunia sekarang yang penuh dengan macam-macam jenis orang apatah lagi penjenayah. Ya, anda perlu bersopan dan sentiasa bercakap dengan ramah tetapi ingat jangan mudah percayakan orang asing.

Awasi apa yang anda makan

Jika baru kenal dengan orang asing berhati-hatilah dengan apa yang mereka beri anda makan atau minum.

Simpan dan bawa nombor kecemasan

Setiap negara mempunyai nombor kecemasan yang berbeza. Tidak sukar untuk mencari nombor tersebut kerana ia pasti akan ada di mana-mana sahaja. Selain itu, anda juga perlu simpan nombor telefon kedutaan Malaysia. Just in case kalau ada apa-apa kecemasan berlaku. Dan satu perkara lagi tolonglah inform kepada ibu bapa atau adik-beradik ke mana sahaja anda pergi.

Pilih tempat tinggal selamat

Tempat penginapan juga perlu anda tekankan faktor keselamatan. Carilah hotel atau hostel yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Jangan kerana harganya murah anda ketepikan soal keselamatan pula.

Simpan salinan dokumen penting

Untuk worst case scenario, salinan dokumen ini sangat penting sekali. Bawa dan simpan di tempat selamat salinan passport, kad pengenalan dan juga dokumen penting yang lain.

Insurans perjalanan

Ya, insurans perjalanan atau travel insurance sangat penting. Ia merupakan back up kepada anda jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Kita hanya mampu merancang tetapi tidak dapat menjangka apa yang berlaku di masa akan datang.

Sentiasa berhubung

Amatlah penting untuk salah seorang ahli keluarga sentiasa up-to-date akan di mana keberadaan anda. Contohnya nama hotel kamu menginap, nombor penerbangan dan juga lokasi yang bakal dituju.

Oleh
mohd farizul Ibrahim