Tidak salah untuk mengembara dan melancong ke negara asing secara solo. Apatah lagi pengembaraan itu melibatkan bayak negara. Mengembara secara solo sebenarnya banyak memberikan pengalaman yang tidak ternilai harganya.
Malah anda juga tidak bergantung dan perlu mengikuti jadual orang lain untuk ke mana-mana. Bawa sahaja kaki ke arah ingin tuju pasti sampai. Namun mengembara secara solo ini perlu dilakukan dan dirancang dengan baik.
Berikut merupakan beberapa perkara penting perlu anda pertimbangkan apabila mengabara secara solo!
Research dahulu
Buat perancangan dan kajian yang mendalam sebelum pergi ke sesebuah negara atau lokasi. Ambil tahu kadar jenayah di negara tersebut dan baca review-review yang dikongsikan oleh pengembara sebelum ini di Internet.
Jangan bawa banyak barang berharga
Kalau boleh tinggalkanlah segala barang kemas yang mahal di rumah dan jangan dibawa semasa mengembara secara solo. Ia boleh merendahkan lagi risiko dirompak. Jika memakai barang kemas anda boleh menjadi sasaran penjenayah yang tak berhati perut.
Ads
Bawa yang perlu sahaja
Ketika keluar untuk berjalan-jalan tidak perlu membawa duit yang banyak, kad kredit atau segala peralatan elektronik yang mahal. Stay low profile dan bawa apa yang anda rasakan perlu sahaja.
Jangan mudah percaya
Ia kedengaran seolah-olah sangat sinikal dan prejudis. Tapi begitulah lumrah dunia sekarang yang penuh dengan macam-macam jenis orang apatah lagi penjenayah. Ya, anda perlu bersopan dan sentiasa bercakap dengan ramah tetapi ingat jangan mudah percayakan orang asing.
Ads
Awasi apa yang anda makan
Jika baru kenal dengan orang asing berhati-hatilah dengan apa yang mereka beri anda makan atau minum.
Simpan dan bawa nombor kecemasan
Setiap negara mempunyai nombor kecemasan yang berbeza. Tidak sukar untuk mencari nombor tersebut kerana ia pasti akan ada di mana-mana sahaja. Selain itu, anda juga perlu simpan nombor telefon kedutaan Malaysia. Just in case kalau ada apa-apa kecemasan berlaku. Dan satu perkara lagi tolonglah inform kepada ibu bapa atau adik-beradik ke mana sahaja anda pergi.
Ads
Pilih tempat tinggal selamat
Tempat penginapan juga perlu anda tekankan faktor keselamatan. Carilah hotel atau hostel yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Jangan kerana harganya murah anda ketepikan soal keselamatan pula.
Simpan salinan dokumen penting
Untuk worst case scenario, salinan dokumen ini sangat penting sekali. Bawa dan simpan di tempat selamat salinan passport, kad pengenalan dan juga dokumen penting yang lain.
Insurans perjalanan
Ya, insurans perjalanan atau travel insurance sangat penting. Ia merupakan back up kepada anda jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Kita hanya mampu merancang tetapi tidak dapat menjangka apa yang berlaku di masa akan datang.
Sentiasa berhubung
Amatlah penting untuk salah seorang ahli keluarga sentiasa up-to-date akan di mana keberadaan anda. Contohnya nama hotel kamu menginap, nombor penerbangan dan juga lokasi yang bakal dituju.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika bersiar-siar di pantai, menjadi perkara biasa aktiviti orang awam mengutip batu-batu yang cantik di persisiran pantai. Rutin itu kadangkala sekadar suka-suka untuk melengkapkan acara normal percutian di mana sahaja pantai di dunia. Tiada undang-undang sebelum ini yang mengatakan amalan mengutip batu di pantai adalah salah.
Berlainan pula di pantai peranginan Amroth di Pembrokeshire, Wales. Pengujung telah dikejutkan dengan larangan daripada mengambil atau mengambil batu di kawasan berkenaan. Mengalihkan batu-batu pantai adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman!
Papan amaran keras mengenai peraturan ‘pelik’ itu telah dipasang di pantai itu menyatakan bahawa mereka yang berbuat demikian berdepan denda sebanyak £1,000 (RM5,280). Papan tanda larangan itu turut menegaskan bahawa batu-batu di pantai tersebut merupakan benteng pertahanan pantai daripada hakisan laut.
Kesalahan itu dikatakan tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan. Bagaimanapun, wakil Majlis Daerah Pembrokeshire mengesahkan bahawa pihaknya bukan orang yang bertangungjawab memasang papan tanda itu.
Menurut seorang penduduk tempatan, Ben Williams, perbuatan mengambil batu itu sukar untuk dibendung.
“Apabila anak anda yang berusia tiga tahun mahu menyimpan batu cantik yang ditemuinya, saya tidak boleh katakan tidak kepadanya. Bukan apa yang diambil dari pantai menjadi masalah tetapi apa yang ditinggalkan di sana oleh pengunjung,” katanya.
Pantai tersebut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pembrokeshire. Namun penduduk sekitar yang mendiami di lokasi tumpuan pengunjung itu sedikit bimbang dengan kesan hakisan yang semakin jelas kelihatan. Oleh itu, banyak benteng-benteng diwujudkan disekitar persisiran pantai untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pengembaraan outdoor sememangnya memberikan kepuasan yang tersendiri. Berada jauh dari peradaban dunia yang sibuk dengan pelbagai hiruk-pikuk bising mampu memberikan ketenangan.
Jadi kali ini, LIBUR ingin kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel dan lakukan aktiviti outdoor terutamanya ke lokasi terpencil.
Berikut merupakan beberapa senarai ubat-ubatan basic sahaja.
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
Ubat selsema dan demam
Ubat batuk
Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine
Ubat sakit tekak
Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan
Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka
Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh
Micropore tape
Alat untuk mencuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara
Pin keselamatan, gunting dan penyepit
Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide)
Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate)
Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide)
Ubat julab untuk sembelit
Antacid untuk penghadaman
Krim antifungal atau antibakteria
Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone
Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone
Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
Penitis mata
Ear plugs
Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
Kad insurans perlindungan kesihatan
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.
Sumber: myDR & MyHEALTH
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau ke Cameron Highland, memang geram lihat buah-buah strawberi yang merah menyala tu. Kalau ada peniaga jual borong, lagilah rasa nak beli semua. Cuma masalahnya buah strawberi ni tak tahan lama. Beli banyak tapi bila sampai dekat rumah, alahai…tak boleh simpan lama pula.Walaupun simpan dalam peti sejuk, sehari dua buah akan jadi lembik, berkulat dan benyek. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk simpan buah strawberi ni supaya boleh tahan samapi 2 minggu. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Buah strawberi
2 liter air
4 sudu teh garam kasar
CARA-CARA:
1. Keluarkan strawberi dari bekasnya. Buang buah yang busuk dan kotoran yang ada pada buah.
2. Basuh bersih buah menggunakan air paip yang mengalir. Toskan.
3. Dalam bekas berlainan, masukkan air dan garam. Kacau hingga garam larut.
4. Masukkan buah strawberi tadi ke dalam air garam. Pastikan tenggelam.
5. Toskan sekali lagi dengan letak buah satu persatu dalam penapis. Elakkan tuang sekaligus semua sekali kerana buah ini cepat lebam dan berair.
6. Ambil tisu dan lap buah bagi mengeringkan lebihan air.
7. Letak buah dalam bekas asalnya dan simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Hasilnya buah strawberi boleh tahan selama 1-2 minggu.
Selamat mencuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!