Daerah Padawan di Kuching, Sarawak ada destinasi alam semula jadi yang sangat indah iaitu Air Terjun Bengoh.
Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.Ia boleh dianggap sebuah permata tersembunyi bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan
Pernah viral beberapa bulan lalu, setelah beberapa foto gambar yang sangat cantik mengenai Bengoh Range dikongsikan seorang gadis yang berkesempatan ke sini.
Pengunjung perlu mengambil pakej menyeberangi kawasan tadahan air empangan Bengoh seluas 127 kilometer persegi sebelum meneruskan perjalanan kira-kira 4.7 kilometer ke hilir air terjun. Kawasan ini terletak berdekatan empangan Bengoh dan perlu menggunakan bot untuk sampai ke destinasi.
Bagi mereka yang menggemari pendakian lasak, trek laluan air terjun Bengoh mempunyai cabaran tersendiri yang mampu menguji ketahanan fizikal dan mental pengunjung. Sebahagian laluannya adalah curam dan untuk ke sana, mereka perlu melalui titian jambatan gantung yang terletak pada paras ketinggian 10 meter.
Dapat menjejakkan kaki di sini, pengunjung pasti berasa kagum dengan panorama Air Terjun Bengoh. Kawasan ini ada keistimewaannya tersendiri, seperti tasik buatan yang sangat menakjubkan. Destinasi ini telah ditemui sekitar tahun 1999 oleh penduduk kampung berdekatan. Melihat kepada potensi besar kawasan itu sebagai destinasi ekopelancongan, mereka giat menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk menyediakan laluan sesuai untuk pengunjung.
Ketika itu jalan yang ada adalah laluan yang biasa dilalui oleh penduduk kampung untuk ke pekan berhampiran. Laluan dahulu sangat teruk, oleh itu penduduk memperbaiki laluan agar pengunjung dapat melaluinya secara selesa. Kini, kawasan tersebut dilengkapi kemudahan asas seperti pondok istirehat, laluan berkayu dan tandas awam. Selain air terjun utama, terdapat juga beberapa air terjun kecil yang boleh disinggah sama ada untuk bergambar, mahupun untuk menyejukkan diri seketika.
Cuti-cuti Malaysia jom~
image via google | astroawani | FB Aizaharwani MJ
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI