Lupakan seketika percutian biasa di resort atau hotel moden. Tukar mood cuti anda dengan memilih lokasi di perkampungan Orang Asli pasti memberikan pengalaman berbeza, terutama pada warga kota yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda.
Perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang menawarkan pemandangan indah banjaran Titiwangsa yang membahagikan tiga negeri, iaitu Perak, Pahang dan Kelantan. Perkampungan ‘hijau’ dan damai ini ternyata belum dinodai dengan sebarang pencemaran, terutama persekitaran sosial dan alam semula jadi. Sebatang sungai yang mengalir di kampung ini cukup jernih, menjadi tumpuan pengunjung ke kampung ini untuk mandi manda. Air yang mengalir di celah batu-batu besar membentuk ‘jakuzi’ semula jadi yang memberi kesan urutan melegakan belakang tubuh.
Paling menarik di perkampungan ini ada menawarkan penginapan berbentuk chalet yang lengkap dengan kemudahan tandas dan bilik air yang selesa. Jom la cuba menginap di Chalet Pos Gob Gua Musang, Kelantan.
Ini info lokasi ini perkongsian daripada Azhar Mohamed
Warga Gua Musang dah sampai ke sini? Cantik sungguh keindahan Chalet di perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan yang belatarbelakang banjaran Titiwangsa. Suasana alam semulajadi. Tenang, nyaman dan damai jauh dari kesibukkan kota. Untuk sampai ke sini perlu menyelusuri jalan ‘offroad’ sejauh 80KM. Ada 20 unit chalet di sini dan Komuniti Orang Asli di sini dari suku kaum Temiar.
Info:
Berminat untuk menginap di sini boleh hubungi Pusat telecentre atau Chalet Pos Gob, (Senik 013-3243770 / Man 013-3909775 / Malina 013-6400423 / Abus 014-2186280) atau emel terus ke egob.tpoa@gmail.com
Untuk berkunjung ke sini, setakat ini hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja. Jadi perlu berhubung dengan nombor tertera untuk mengetahui situasi keadaan jalan masuk. Cuaca mempengaruhi keadaan jalan. Jika berkesempatan ke sini jangan lupa untuk menjaga kebersihan.