Menari K -Pop Sepuasnya, Pusat Luncur Rollerwa Dari Korea Selatan Kini Dibuka Di 1 Utama

Share

Bila sebut One Utama, ia bukanlah asing kerana sering menjadi tumpuan ramai. Pusat membeli belah ini memang happening kerana ada banyak pilihan boleh didapati di sini bahkan ada banyak kedai-kedai berjenama yang bertapak di situ. Pendek kata, ianya lengkap serba serbi.

Terkini, menjadi tarikan utama pusat membeli belah ini ialah pusat luncur Rollerwa yang amat terkenal di Korea Selatan dan kini ia membuka cawangannya di sini. Berkeluasan 17,000 kaki persegi, pusat hiburan keluarga ini menjanjikan keseronokan bukan sedikit.

Baru saja dibuka penghujung Disember lalu, bagi peminat lagu k-pop dan pandai bermain kasut roda, inilah masanya korang menari sepuasnya di sini.


Bertempat di District K, tingkat 1 kompleks membeli-belah 1 Utama, pusat luncur dari Korea Selatan, Rollerwa ini menjanjikan keseronokan khususnya buat remaja yang menggilai lagu-lagu dari negara Korea khususnya lagu trending masa kini.

Sambil menari sepuasnya, korang boleh keluarkan peluh dengan bermain kasut roda luncur ini. Apa yang seronoknya, tidak hanya lagu-lagu K-Pop tapi di Rollerwa ini korang akan dibawa mengenali K-Culture dan K-Goods mengenai Korea yang terkenal di seluruh dunia. Bahkan ada spot bergambar yang sangat cantik di sini.

Bayaran masuknya hanya RM12. Sesi dua jam termasuk gelanggang luncur, kasut roda, dan peralatan keselamatan adalah RM50 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.


.


.

Untuk penyewaan satu hari, bagi dewasa ialah RM80 dan kanak-kanak RM70. Jika ada kasut luncur sendiri, ada diskaun RM3 ya.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, korang bolehlah berseronok di sini.

Oleh
almaswa Haji Che Ros