
Bila sebut One Utama, ia bukanlah asing kerana sering menjadi tumpuan ramai. Pusat membeli belah ini memang happening kerana ada banyak pilihan boleh didapati di sini bahkan ada banyak kedai-kedai berjenama yang bertapak di situ. Pendek kata, ianya lengkap serba serbi.
Terkini, menjadi tarikan utama pusat membeli belah ini ialah pusat luncur Rollerwa yang amat terkenal di Korea Selatan dan kini ia membuka cawangannya di sini. Berkeluasan 17,000 kaki persegi, pusat hiburan keluarga ini menjanjikan keseronokan bukan sedikit.
Baru saja dibuka penghujung Disember lalu, bagi peminat lagu k-pop dan pandai bermain kasut roda, inilah masanya korang menari sepuasnya di sini.
Bertempat di District K, tingkat 1 kompleks membeli-belah 1 Utama, pusat luncur dari Korea Selatan, Rollerwa ini menjanjikan keseronokan khususnya buat remaja yang menggilai lagu-lagu dari negara Korea khususnya lagu trending masa kini.
Sambil menari sepuasnya, korang boleh keluarkan peluh dengan bermain kasut roda luncur ini. Apa yang seronoknya, tidak hanya lagu-lagu K-Pop tapi di Rollerwa ini korang akan dibawa mengenali K-Culture dan K-Goods mengenai Korea yang terkenal di seluruh dunia. Bahkan ada spot bergambar yang sangat cantik di sini.
Bayaran masuknya hanya RM12. Sesi dua jam termasuk gelanggang luncur, kasut roda, dan peralatan keselamatan adalah RM50 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
.
.
Untuk penyewaan satu hari, bagi dewasa ialah RM80 dan kanak-kanak RM70. Jika ada kasut luncur sendiri, ada diskaun RM3 ya.
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, korang bolehlah berseronok di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemandangan Mahal Di Belantara Resort, Ini Port Healing Dalam Hutan

Isi Kandungan
ToggleKalau anda nak rasa port healing dalam hutan yang menarik, boleh datang ke Belantara Resort di Trong, Perak.
Bukan hanya hutan semata-mata tetapi ada juga tempat mandi-manda berkonsep taman tema, sesuai untuk bawa anak.
Menurut Puan Rubi Hasman, dia cukup berpuas hati datang ke sini. Eh, jom lah baca pengalamannya dulu.
Punca Pilih Belantara Resort
Pemandangan di sini cantik sangat. Banyak betul port menarik yang instagramable. Tapi itu lah, mak bawa anak ni tak sempat nak discover semua.
Jalan masuk agak menyeramkan sebab lalu kawasan kampung, kebun getah, kebun kelapa sawit dan jalan berbatu yang belum ditar. Tapi jangan risau, jalan dia cantik dan kereta biasa pun boleh masuk.
Masa sampai hujan, jadi tak sempat nak ambil gambar persekitaran lebih banyak. Lepas hujan dah reda sikit baru bawa anak anak mandi mini theme park.
Mini theme park dia best. Sesuai untuk anak-anak sebab tak dalam sangat. Mak-mak boleh menyembang di tepi sambil anak anak bermain.
Makan malam dan breakfast disediakan. Termasuk dalam pakej penginapan. Makanan buffet yang bagi saya agak banyak pilihan. Yang paling best, makanan sedap.
Makan malam – satay gemok, ayam bakar, spagetti bolognese, nasi, lauk ayam, kuey teow goreng dan banyak lagi.
Breakfast – nasi hujan panas, soto, cereal, teh panas, kopi dan macam-macam lagi.
Selain dari theme park, ada playground, sungai, tempat main bola tampar dan lapangan memanah. Kalau nak kayuh basikal atau naik atv pun boleh tapi yang ni ada caj tambahan.
Untuk khemah yang kami duduk, tandas di luar. Tapi tak jauh sangat pon. Tandas pon bersih dan selesa. Kalau ambil chalet, ada tandas di dalam.
Yang paling penting ada line ya dekat sini. Internet laju.
Jadi untuk keseluruhannya, bagi saya okay sangat tempat ini. Kena datang sekali bagi rasa suasana dekat amal semula jadi.
Lokasi:
Belantara Resort, Trong, Perak.
Pesanan:
Nak pergi, boleh search Belantara resort. Kena guna google maps, Waze tak detect.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak ‘Me Time’ Short Vacay Glamping Di Janda Baik, Pahang

Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, hampir kesemua waktu mereka didedikasikan untuk kepentingan anak-anak, suami, dan kerja-kerja lain seperti urusan rumah tangga.
Sama ada bekerja atau tidak, seorang ibu biasanya tidak mempunyai privasi dan kesempatan untuk melakukan perkara normal dengan tenang. Dengan meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri, si ibu pasti mampu meleraikan kekusutan dalam fikiran, bertindak dengan lebih tenang, dan lebih menghargai suami serta anak-anak. Jomlah ‘me time’ dengan bercuti!
Cadangan lokasi untuk anda ‘me time’? Ini perkongsian daripada si ibu anak dua, Teha Amin yang berkesempatan ‘meninggalkan anak-anak’ dan holiday bersama teman-teman seangkatan baru-baru ini.
Tadaaaaa… Berpusu-pusu peyem masuk bertanya kami bertiga mak dara pingitan ni berglamping kat mana. Haaaa… Kami tak pi jauh mana pun dekat je lebih kurang sejam dari Bandaraya Kuala Lumpur sahaja.
Tempat cuti-cuti glamping kami adalah di Janda Baik iaitu Villa Canopy Glamping Park. Percutian kalini taklah seperti cuti-cuti sebelum ni. Untuk korang yang tak suka adventure nak kena duduk bilik sejuk tilam empuk segala2nya selesa, ini bukanlah tempat yang sesuai utk korang. But if u guys orang yang flexible di campak ke mana pun ON tempat ni adalah satu tempat baru yang seronok untuk diterokai. This is our first time glamping jadi memang excited. Rasa macam kembali ke alam persekolahan lak. Bila sampai je nampak banyak tent terus bersorak kegembiraan.
Senang je cara check in sesampai je bagi nama terus dorang tunjuk tent mana untuk kami. Takde kunci apa bagai macam korang check in hotel. Just sampai tent bukak la zip tent tu. Takde kunci apa, rasanya selamat kot. Kalau korang takut tak selamat korang bawak la mangga kunci besar tu untuk lock tent korang. But utk kami sepanjang berada di situ Alhamdulillah selamat semuanya.
Seronok betul suasana kat sini sebab asyik dengar bunyi durian gugur je. Time tengah tidur pun boleh termimpi kutip durian sebab asyik bunyi durian jatuh.So happy la utk kami yang kaki makan durian ni. Pantang dengar bunyi durian jatuh, memasing buat muka excited.
Setiap tent di sediakan katil, ada yang disediakan tilam, ada aircooler, tempat sangkut baju, and lampu. Untuk siang hari agak panas lelagi kami pergi musim panas. Air cooler ni membantu la juga tapi semua kena duk bebetul depan aircooler tu hahahah. Waktu malam pula, makkkk aiii sejukkk..! Tapi toksah risau katil selimut tebal semua sama macam hotel 5 bintang korang tu. Haaa tapi tapi tapi.. Toilet berada di luar ya. Jadi, memalam nak ke toilet memang kami buat rombongan terus pergi bersama sama. Takde makna la nak pegi sengsorang. Tapi suasana memang tak seram pun. Tak menakutkan. And ramai juga yang lepak tak tidur beborak di persekitaran jadi segala-galanya rasa selamat.
Alhamdulillah semua berjalan dengan baik memandangkan Mak Mak Trip first time glamping kan..selalu ke hotel jeww… Next plan kami nak bawak anak2 lak glamping. Yehuuuuu.
CANOPY VILLA GLAMPING PARK,JANDA BAIK
RM333/4pax Include Breakfast. Tapi kami bertiga je lebih selesa kalau berempat mungkin jadi rimas bilik tu. Breakfast dia nasi lemak sedap, kuih and ada bubur nasi pun sedap. Semua sedap la. Air korang bancuh sendiri. Ada water filter and 3in1 milo. 0133338122 – Ni no person incharge. Maaflah aku tak sempat nak tanya nama Abang tu. Tapi dia and family dia alhamdulillah setakat ni sangat baik melayan kerenah pengunjung hahaha. Kalau nak book boleh sebut nama Teha confirm dia tak kenal and korang takkan dapat apa2 diskaun pun (Aku book Agoda je)
Review:
- Toilet : Besar & Bersih, cuma air slow sikit maybe weekend ramai orang but overall memang okay.. Kotor sikit lantai bila ramai dah masuk memasing pakai selipar kan but setakat ni okey je tak busuk. Cuma yang ada kecil mesti renyah sikit sebab toilet berada di luar and kena jalan jauh skit dalam 50 meter utk tent kami. Ada yang lebih jauh and ada yang lebih dekat. Ikut tent korang kat mana.
- Plugpoint : Dalam Tent ada. and cukup untuk kami bertiga. Kalau ramai mayb boleh bawa extension.
- Kitchen and sink : Dapur di lengkapi peralatan A to Z..so takyah nak angkut periuk² …boleh guna sama² dengan orang lain..asalkn jaga kebersihan lepas guna..Overall puas hati.. Lepas guna wajib basuh. Even lepas breakfast pun kena cuci pinggan sendiri. Kalau spesis kluster kayangan toksah mai.
- Fire pit : Rm100 utk sewa pit bbq & Rm100 utk fire camp..Pihak canopy akan hidupkn api utk bbq & fire camp..so senang la kita enjoy je.
- 5 minit jalan kaki ke Sungai….dekat je sambil melihat keindahan kampung.
- Parking distance to campsite : Parking teramat dekat dengan Canopy Villa..satu area je…so memang dekat la.. Cuma time kami pergi memang ramai. Kalau dah parking double2 tu pepandai la letak no phone kat kereta.
- Phone Coverage? Line memang ikut mood dia. Kadang slow kadang takde langsung. Wifi ada tapi ok kat cafe je masuk tent tak dapat dah. Mungkin tent yang lebih dekat dengan cafe akan dapat line wifi tu. Line Umobile so far paling ok…Line lain hidup segan mati takmau.. Untuk korang yang takleh berpisah dengan media sosial toksah datang nanti buat stress je. Stress gak utk aku malam first tu sebab dok sibuk key in sales Cuckoo tapi line ciput. But hari seterusnya aku letak je phone tu dalam bag. Malas fikir dah.
- Aktiviti yang ada dalam camp: Berbasikal, memanah, badminton, pingpong, volley ball, permainan karem, karaoke.
- Kedai berdekatan yang korang patut cuba:
- Kafe Olla Patin Tempoyak: Ada lauk2 and special dish Patin tempoyak and patin goreng. Yummy!! Ada sambal mangga fulamak meleleh. Teringat2. Air dia semua sedap. Kami try kedondong asam boi memang power pekat likat. Kopi ais dia pun power. Eh ntah la semua best.
- Nero Bianco Deli: Hipster cafe. Western Food. Bukak dari pkul 11 pagi ke malam. Sedap gak.
- Pinto Cafe: Haaa ni adventure sikit. Korang kena naik bukit skit. Tapi jangan risau memang ok je tak menakutkan. Sampai tempat parking, korang park and menapak lak naik atas. Haaa kalau bawak orang tua mungkin boleh hantar ke atas. Tak sure lak tang tu. Tapi jalan tu memang boleh utk kereta naik. Sini makan dia biasa2 je tapi kopi diorang buat sendiri mmg terbaik. Ada mini library utk aku yang minat buku mmg jatuh cinta la tempat ni. Baca buku + coffee fuhhh terbaik.
Okeyla sampai sini je review utk cuti2-cuti Mak Mak Me Time kami kali ni. Next cuti lagi, aku citer lain k. Tata titu tutu. Kalau korang rasa nak buat reunion atau family day aku rasa ni tempat yang best utk korang pergi. Boleh share posting ni dengan family & bestfriend korang utk pergi bersama nikmati suasana kampung. Enjoy!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arachnocampa Luminosa, Ulat Kalimantang Tarikan Pelancongan Popular Di Gua Waitomo, New Zealand

Waitomo yang membawa maksud ‘aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah’ merupakan salah satu tarikan utama New Zealand. Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomo mengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton.
Apa yang menariknya Gua Waitomo ini? Tidak seperti gua-gua lain, Gua Waitomo menjanjikan pengalaman atau harus penulis katakan keajaiban ciptaan Tuhan. Formasi gua yang terbentuk secara semulajadi ini berusia sekitar 30 juta tahun dengan struktur batu kapur unik.
Apa bezanya dengan gua-gua yang terdapat di tempat lain? Satu perkara yang harus diketahui adalah di sini terletaknya satu spesies unik hidupan gua ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa, ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.
Ulat kelemayar ini menjana satu bentuk cahaya kalimantang. Ulat ini akan membina sesawang seperti labah-labah untuk memerangkap serangga. Serangga ini menghabiskan jangka hayatnya sebagai larva dan cahaya yang terhasil adalah tindak balas biologi bahan kimia yang terletak pada bahagian ekor dengan oksigen di udara.
Cahaya ini akan menarik serangga kecil yang menghuni gua Waitomo untuk dijadikan makanan. Sistem ekologi gua Waitomo dikatakan sempurna sebagai habitat ulat kelemayar ini.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman menakjubkan ini dengan memilih beberapa pilihan pengembaraan, samada menaiki bot melalui aliran air di dalam gua, menjelajah dengan berjalan kaki melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran atau bagi yang gemarkan pengalaman extrim, pengunjung boleh mencuba ‘Black Water Rafting’ dan bersiap-siap untuk menyusuri aliran air menggunakan tiub pelampung, bersedia untuk basah di dalam gua yang gelap.
Penjelajahan Unik
Bot yang boleh memuatkan sekitar 12 orang pada satusatu masa ini akan dibawa menjelajah Gua Waitomo menyusuri laluan air yang gelap gelita. Jangan risau kerana pengemudi bot-bot ini adalah mereka yang profesional dan arif dengan laluan gua tersebut.
Bagi mereka yang ingin menjelajah Gua Waitomo dengan berjalan kaki pula, pengunjung akan dibawa masuk melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan struktur besar gua-gua di Waitomo.
Di sini pengunjung akan dibawa oleh seorang pemandu arah dan penerangan terperinci dan pengalaman melihat sendiri ulat kelemayar ini secara dekat pasti memberikan sebuah pengalaman baru dan mengujakan.
Bagi mereka yang berjiwa lasak, pastinya ‘Black Water Rafting’ menjadi pilihan utama. Pengunjung akan dibekalkan pakaian kalis air dan tiub pelampung. Penjelajahan unik Gua Waitomo ini bakal membawa pengunjung menyusuri anak-anak sungai yang terbentuk di dalam gua secara berkumpulan sambil ditemani seorang pemandu arah profesional yang informatif, memberi penerangan dan membawa pengunjung melihat habitat ulat ini dari permukaan air.
Semestinya Gua Waitomo menjanjikan sesuatu yang amat berlainan daripada percutian biasa anda. Sesungguhnya alam ini terlalu luas untuk diterokai dan jika anda fikir yang anda sudah melihat semuanya, fikirkan semula.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI