Beruntung warga Kuantan kerana tak lama lagi, ibu negeri Pahang Darul Makmur itu bakal dihiasi dengan satu monumen pelancongan bertaraf antarabangsa iaitu Menara Teruntum.
Menara Teruntum yang dijadualkan siap pada bulan Julai ini berketinggian 180 meter dan, pengunjung yang datang boleh menikmati keindahan bandar Kuantan dari atas serta kecantikan panorama Sungai Kuantan yang menghiasi bandar itu.
View this post on InstagramA post shared by Ariff HE (@ahazami) on
Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan menara ikonik di Kuantan itu sudah mencapai 85 peratus dan akan dibuka kepada orang awam selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib.
Dengan adanya Menara Teruntum ini, ianya menjadi menara yang paling tinggi di Pantai Timur Semenanjung dan akan ramailah pelancong-pelancong yang bakal singgah ke sana untuk merasai sendiri keseronokkan yang ditawarkan di bandar Kuantan.
Selain itu, mercu tanda terbaharu negeri Pahang ini juga bakal meletakkan negeri itu di dalam kalender pelancongan negara. Oleh demikian, Berita Harian Online melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kuantan akan menghidupkan kembali Kuantan River Front dan Kuantan River Cruise bersempena dengan kehadiran Menara Teruntum yang baharu itu.
Pengunjung yang datang akan dapat merasai dan menikmati pemandangan sepanjang Sungai Kuantan menggunakan dua perkhidmatan itu nanti dan dalam masa sama, program jejak sejarah turut akan diwujudkan untuk pelancong mendalami dengan lebih lanjut mengenai sejarah di tempat itu.
https://www.instagram.com/p/Br_t-EZhITJ/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sungai Bangang, Kolam Hijau Jernih Sesuai Untuk Yang Pandai Berenang Sahaja
Sungai Bangang terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Nama sebenar sungai ni ialah Sungai Bangan atau Sungai Balu. Mungkin kerana slanga orang Terengganu dibunyikan ‘G’ dibelakang, ia lebih popular dikenali Sungai Bangang.
Lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar diakses. Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih.
Ini mungkin sungai paling jernih di MalaysiaFull story sini http://www.libur.com.my/sungai-bangang/#CBL #sungaibangang
Posted by Majalah Libur on Tuesday, 31 October 2017
Sungai Bangang biasa dikunjungi pendaki. Untuk ke sini, trip popular dikalangan pendaki dengan trip gelaran CBL (Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan Air Terjun Langsir) ; tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit diperlukan untuk pendakian.
Gunung Berembun setinggi 1038 meter, Air Terjun Chemerong antara yang tertinggi di Malaysia setinggi 370 meter dan Air Terjun Lansir pada ketinggian 801 meter dari paras laut.
Pendakian biasanya bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.Pendakian ke puncak Gunung Berembun mengambil masa enam jam atau lebih bergantung kepada cuaca, stamina, dan jumlah pendaki. Kebiasaannya trip mengambil masa 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang juga bergantung kepada faktor-faktor tersebut.
Selepas di puncak, pendaki turun untuk berkhemah. Ada yang berkhemah di Jeram Lesung. Di sini ada kolam besar dan agak dalam, serta dua lubang air seolah-olah lesung. Ada juga bermalam di kawasan khemah Air Terjun Sungai Langsir yang lebih luas. Untuk ke Sungai Bangang perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam atau lebih untuk ke kolam hijau jernih ini.
Sungai ini melalui antara tebing batu lalu membentuk kolam memanjang dan tidak lebar namun cukup dalam untuk anda terjun tiruk dari tebing setinggi lebih kurang 1 meter. Dalam kolam mungkin lebih kurang 2-2.5 meter bergantung pada paras air. Bahagian dalam mungkin akibat hakisan air deras. Air di sini memang sangat jernih. Kalau direkod foto atau video, memang jelas nampak anda dalam air. Jika anda berpeluang kesana, nikmati keindahan alam ciptaan Allah dan semoga alam kita terus terpelihara serta jangan buang sampah merata-rata.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Hotel Furama, Penginapan Ada Playground Dalam Bilik
Selepas ini kalau nak staycation di KL, boleh pilih Hotel Furama ini. Best sebab dekat dengan Bukit Bintang. Nak jalan ke Times Square, Pavilion, makan shawarma semua dekat.
Hotel Furama, Dunia Fantasi Anak-anak
Apa yang seronoknya, boleh book ‘Family Themed Rooms’. Ada macam-macam tema untuk anak-anak macam Safari, Castle, Underwater.
Hotel ini menarik sebab ada indoor playground yang besar kat dalam hotel. Kalau stay kat sini masuk untuk parent free dan anak RM10. Toilet dan cafe yang luas untuk parent menunggu.
Ya, inilah hotel tema dunia fantasi kanak-kanak yang menarik buat anak-anak anda! Sesuai nak datang ‘beli jiwa’ anak-anak waktu cuti sekolah. Eh, waktu hujung minggu pun boleh!
Lokasi:
Furama Bukit Bintang, 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jejaki Sejarah di Melaka, Ini Tempat Wajib Lawati Bila Bercuti Di Sana!
Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara Putera Raja dari Palembang terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit baginda telah berlari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai olehSiam.
Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Apabila tibanya di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Tempat Bersejarah, Muzium dan Mercu Tanda di Melaka Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan destinasi pelancongan di Malaysia yang sangat popular. Negeri Melaka lebih signifikasikan dengan destinasi bersejarah yang mempunyai seni bina yang unik. Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO sebagai satu bandar warisan yang mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya.
Hari ini mari kita lihat destinasi percutian di Melaka. Berikut merupakan destinasi-destinasi kawasan sejarah, muzium dan mercu tanda yang ada di sekitar Melaka yang boleh dilawati pada cuti sekolah bersama dengan anak-anak dan keluarga.
1. Kota Afamosa
Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawanMelakapada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika IstanaKesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yangmasihtinggal di Asia. Kota A Famosa yang disiapkan dengan mempunyai empat menara, atauketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter.
Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte MadredeDios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untukmembina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara merekamembina kubu utama yang digelar “A Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka(Fortaleza de Malaca).
Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membinakota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunanlain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque ini sebenarnya meliputi satu kubu pertahanan yang kuat iaitu mengandungi pintu gerbang utama di pelbagai arahdanterdapat 70 buah meriam di sepanjang kubunya. Yang tinggal sekarang ini hanyalahsebahagian pintu gerbangnya sahaja.
Bagi pengunjung yang melawat ke Kota A Famosa ini, mereka dapat menyematkansemangat patriotisma dalam diri kerana kubu ini dibina hasil daripada tinggalan bangunanbersejarah dan monument yang masih boleh berdiri utuh. Namun begitu, pengunjungyangmelawat Kota A Famosa ini dapat melihat dengan mata kepala sendiri tentang kemegahanKota A Famosa ini. Jelaslah bahawa, sebagai rakyat Malaysia kita perlu sentiasa menghayati sejarah daripada pejuang-pejuang pahlawan Melayu dahulu yang telah berjuang mati-matianuntuk mempertahankan tanah air tercinta.
2. Muzium Samudera
Muzium Samudera ditubuh berteraskan kepada replika kapal Flor de La Mar. Kapal Flor de La Mar merupakan kapal perang yang dinaiki oleh Alfonso de Albuquerque untukmenyerang Melaka pada tahun 1511. Alfonso de Albuquerque tiba di pelabuhan Melakapada1 Julai 1511. Muzium ini terletak di muara Sungai Melaka yang sangat hampir dengan tarikan lain yang ada di sekeliling seperti Stadhuys dan Menara Taming Sari.
Tujuan kedatangan beliau disebabkan oleh peristiwa memalukan yang dialami panglima perangnya Lopez de Sequeira semasa rombonagn tersebut yang datang ke Melaka pada tahun1509. Kedatangan beliau bersama kapal ini telah berjaya untuk membolehkan Portugis menakluki Melaka daripada pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
Penubuhan muzium ini membolehkan masyarakat khususnya generasi muda dapat mengenali lebih dekat bahawa bagaimana kuasa penjajah menggunakan kapal sebagai kemudahan yang penting untuk melaksanakan misi perdagangan dan penjajahan.
Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat para pedagangyangmembawa bersama kapal-kapal yang serba lengkap untuk membuat perdagangan. Tetapi kuasa pejajah asing yang cuba menakluki Melaka telah menyebabkan banyak kapal perangdan kapal dagang musnah. Muzium ini juga mempunayi rentetan sejarah yang cukup menarikpengkaji sejarah.
3. Masjid Selat Melaka
Masjid Selat juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang bertandangdi Melaka. Masjid dikenali sebagai Masjid Terapung kerana Masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang.
Menjadi salah satu tempat kegemaran para jurugambar tidak kira tempatan atau negara luar. Ianya dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang di dunia. Pulau Melaka ini merupakan pulau buatan manusia.
Keindahan dan kecantikan masjid ini memang tidak boleh dinafikan. Pembinaan Masjid Selat ini menelan belanja hampir RM11 juta, dibina diatas tapak berkeluasan 1.8 hektar. Masjid ini dapat menampung kapisiti lebih kurang 2000 jemaah pada satu-satu masa.
Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat Melaka cukup membuatkanhati para pengunjung terusik. Lebih terasa ketenangan apabila mereka bersolat di dalamnya, diselangi dan disulami hembusan bayu Selat Melaka yang pasti menenangkan jiwa.
Sekiranya para pengunjung ingin melihat keindahan panorama Masjid Selat Melaka, mereka perludatang pada waktu terbaik iaitu lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktumagrib. Panorama masjid ini diceriakan dengan cahaya matahari berwarna jingga yangsangat memukau. Keindahan masjid ini turut menjadi tempat pengunjung pelancong asingyangbukan beragama islam.
4. Masjid Cina Al- Muttaqin
Masjid Cina Al-Muttaqin terletak di Krubong, Melaka yang berdekatan dengan StadiumHang Jebat dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negeri Melaka. Ianya mampu memuatkansehingga 1,500 jemaah dalam satu masa.
Pada pengunjung yang pertama kali jejak kaki di masjid ini sudah pasti merasakan bahawa diri mereka berada di Beijing, Shanghai. Pengaruhini bukan sahaja dilihat melalui reka bentuknya, bahkan hiasan sekitar kawasan masjid termasuklah kolam dengan ikan koi, landskap pokok buluh, seni kaligrafi China dan kewujudan pagoda-pagoda yang melengkapkannya.
Tujuan utama seni bina ini ialah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilangkaum negara ini bahawa Islam tidak pernah menghalang budaya mana-mana kaum selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Masjid yang sangat indah ini dibina atas tapak seluas 0.4 hektar dan menelan kos RM7.5 juta. Pembinaan masjid ini bermula pada Oktober 2012 dan siapkan pada Jun 2014.
Masjid yang berwarna merah garang yang tersergam indah umpama istana raja di Negara China ini, memang menjadi antara tarikan pelancong ke Negeri Melaka. Tidak dapat dinafikan bahawa, sekali pandang bangunan masjid ini umpama sebuah Tokong Buddha. Namun tetap ada ciri-ciri penting yang membezakannya.
Secara umumnya, terdapat pelbagai tempat yang menarik di negeri Melaka. Keindahan tempat-tempat yang menarik tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Para pelancong perlu menikmati sendiri keindahan tersebut. Oleh itu, semoga artikel ini dapat menarik dan memberikan inspirasi serta seribu satu idea percutian untuk bercuti ke negeri bersejarah ini kelak.
Nur Syamimi Binti Anuar berkongsi tiga tempat menarik yang ada di Melaka untuk anda kunjungi. Sememangnya anda akan berasa seronok dapat mengunjungi tempat bersejarah di Melaka. Semoga anda semua mendapat percutian yang bermanfaat!.
Kredit: Artikel ini disumbangkan oleh Nur Syamimi Binti Anuar, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI