Menara MAHA Tarikan Baru Pelancongan, Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Langkawi

Share

Penanaman cerucuknya bermula pada November 2013. Namun projek pembinaan Menara MAHA setinggi 138 meter di bandar Kuah yang menjadi daya tarikan pelancongan di Langkawi semakin menjadi kenyataan apabila ia hampir siap tahun ini.

Bakal menjadi daya tarikan baru pelancong, terletak di tepi laut dalam kawasan Pekan Kuah, menara MAHA yang mempunyai ketinggian 138 meter ini merupa bangunan pencakar langit yang tertinggi di dalam pulau Langkawi buat masa sekarang ini.

Menara MAHA jugak di reka dengan bentuk yang ikonik yang di pengaruhi oleh corak geometri dan sturktur seni bina islam. Tempat di bawah puncak menara adalah dek permandangan langit dan permandangan laut di sekitar Pekan Kuah.




Selain itu di bahagian paling atas sekali adalah untuk kegunaan telekomunikasi 138M (LEVEL 40), Manakala pada ketingian 102.5M (LEVEL 17) adalah ruang dek permandangan sekitar pekan kuah dan laut. Pada ketinggian 57.5M sehingga 10.5M (LEVEL 10-15) terdapat ruang untuk aktiviti dan komersial, Yang menariknya pada ketinggian 57.8M (LEVEL 8) terdapat ruang restoran (Sky

Restaurant) anda juga boleh makan di situ sambil menikmati suasana permandangan yang indah.

Pada 3 tingkat aras bawah sekali terdapat ruang legar, serta kedai menjual pelbagai barang seperti kedai cendera mata, kedai runcit, butik pakaian dan lain-lain lagi.
Pada waktu malam anda akan dapat melihat Menara MAHA Langkawi akan dipancarkan dengan cahaya lampu limpah bagi memeriahkan suasana di kawasan menara tersebut. Terdapat juga kawasan dataran di menara tersebut agar pengunjung boleh meluang masa dengan aktiviti riadah. Sumber : Putri Mahsuri/ Langkawi Viral

Oleh
almaswa Haji Che Ros