Menara ikonik bandaraya kosmopolitan di Kuala Lumpur iaitu Menara KL akan bertukar warna kepada warna pink sempena sambutan ulang tahun Barbie yang ke-60 tahun sehingga 31 Mac ini bermula pukul 7 petang sehingga pukul 12 tengah malam.
Sambutan ulang tahun ini telahpun dimulakan di seluruh dunia sejak awal Mac lalu tetapi di Malaysia, kemeriahan dan keriangan sambutan ulang tahun berlangsung semalam di dataran Menara KL dengan dihadiri oleh orang ternama antaranya ahli astrophysicist pertama negara Professor Dr. Mazlan Othman, dan ahli perniagaan Datin Vivy Yusof.
Beberapa bangunan ikonik di seluruh rantau Asia Tenggara juga turut sama bertukar warna pink dalam meraikan acara sambutan ulangtahun ke-60 Barbie seperti Manila City Hall, Filipina, Muzium Fatahillah, Indonesia, Singapore Flyer, Singapura, dan Emquartier, Thailand.
Barbie turut mengambil kesempatan dalam sambutan ulangtahun ini untuk memperkenalkan slogan ‘You Can Be Anything’ kepada semua remaja perempuan untuk menjadi apa sahaja yang mereka inginkan dalam mencapai cita-cita mereka selama ini.
Sebanyak 60 patung permainan Barbie bertemakan kostum pekerjaan mula dijual secara eksklusif antaranya angkawasan, juruterbang, pembaca berita, ahli politik, ahli astronomy dan pemain bola sepak.
Buat peminat-peminat Barbie diluar sana, ayuh serikan lagi kemeriahan sambutan 60 Barbie dengan berkunjung ke Menara KL, ambil gambar berlatarbelakangkan Menara KL dan hashtag #barbie60 sekarang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terpedaya Dengan Promosi Pakej Murah. Ini Antara Tip Elak Tertipu Kalau Ke Mabul, Semporna Sabah!
Semporna Sabah menjadi salah satu antara destinasi popular yang sering dikunjungi pengunjung.
Ini kerana keindahan pantai di kawasan sekitar yang menggamit pelancong untuk datang merasai sendiri keseronokkan mandi laut di beberapa pulau popular antaranya Mabul.
Namun bagi mereka yang pertama kali pergi ke sini, elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan. Kita tidak tahu apa situasi di sana, lagi-lagi yang tiada pengalaman sebelum itu.
Perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Nurulhuda Mdaris memberitahu tip untuk arrangekan trip bagi elak ditipu ketika bercuti ke Mabul, Semporna Sabah.
Tip Elak Ditipu Kalau Ke Mabul Semporna Sabah
Tips untuk arrangekan trip or untuk tidak ditipu bila ke Mabul,Semporna Sabah
1. Tiket air asia macam biasa..InsyaAllah tak akan kena scam dgn airasia kecuali pada hari itu waktu pkp semua airasiaX kena scam diorang tak ada duit nak bayar
2. Pastikan boatman yang korang bayar itu kenal..or ada kawan-kawan yang suggest kan..kalau korang Google InsyaAllah kena tipu
3. Sama jugak dengan driver..kalau tak nak kena tipu jangan bayar deposit..dekat airport banyak je driver tunggu bole amik dari sana terus..kalau small group lagi senang..kalau yang big group tu meh la aku uruskan senang sikit..kang kena tipu fobia pulak kan
4. Pakej or penginapan..nak selamat ambik dari agoda ke apa apa platform booking bilik..biasanya bilik saja yang kau booking aktiviti add on lain which is akan jadi mahal lah cerita dia sebab banyak add on masa di sana..kena bawak cash lebih or maybe bole transfer online je waktu kau kat penginapan itu nanti
5. Untuk sop dan segala tok nenek covid ni kat Semporna Sabah dah macam biasa di Semenanjung..dia pun Malaysia jugak…tak ada apa apa yang perlu dirisaukan untuk masuk ke Sabah..pastikan mysejahtera kau biru saja
6.Korang akan jumpa pakej-pakej murah gila lah rm500 lah rm800 lah kan..untuk yang jenis murah-murah ini diorgan TIDAK TIDUR DIPULAU YE.. mereka akan tidurkan korang di jeti semporna yang mana tak best sangat pun kalau tak masuk pulau..masuk pulau seafood heaven gilak! Lepak pulau lagi best.
7. Untuk pembelian lobster dan ketam di pulau nego sampai habis..ahahahahah..1 ekor lobster dorg akan open harga RM100 sekor..bole nego sampai rm50-60 sekor tak kira berat ke apa..ketam 15 ekor RM100 boleh dapat..akan bergaduh jugak la dengan diorang nak nego punya pasal.. mungkin akan dapat lagi murah tapi pepandai lah bab ini
8.Untuk pakej aktiviti pun bole nego dekat sana no worries..depends on berapa ramai group korg tu..lagi ramai lagi murah
Ni aku listkan berapa kerugian seorang untuk trip ni ye :
Air tiket : RM350 returned
Pakej : RM950 (harga tahun 2022 dah naik ye)
Donation : RM5
Seafood Feast : RM35
Shopping : RM300
Diving : RM200
Total : RM1835 (tapi pembayaran semua secara ansuran so tak perlu lah pening-pening)
Artikel Berkaitan:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Check In Apartment Direct Owner, Wanita Kongsi Nyaris Kena Scam Masa Bercuti Ke Bukit Bintang, KL
Ramai yang memilih bercuti kala ini. Sekian lama berkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masa untuk menenangkan fikiran dan bersantai-santai sebelum dilambakkan dengan kerja yang tidak pernah habis.
Namun saat teruja bercuti itu, hati-hati ketika booking apartment “direct owner” kerana tidak semuanya indah seperti kita harapkan. Kadang kala, jimatnya hanya beberapa puluh saja tapi servisnya mungkin tidak seperti kita harapkan.
Seorang ahli Geng Backpackers Buddies Malaysia (BBM) berkongsi pengalaman agak pahit semasa cuba check ini di salah satu apartment di Bukit Bintang dalam percutiannya baru-baru ini.
Ini perkongsiannya:-
Last week aku book apartment di area Bukit Bintang dengan satu laman web yang glamer tu. Aku book apartment tu sebab rate 9.2. Ramai review apartment tu bersih. Lepas berjaya book untuk 2 hari, dapat harga RM 475.
Sejam lepas tu, tetiba dapat call dari nombor yang tak dikenali. Dia cakap dia owner apartment. Kalau cancel book kat web, book dengan dia direct, hanya bayar RM440. Aku pun cancel kat web. Aku cakap kat owner, aku akan check-in kul satu, 17/10. Check out 19/10. Owner cakap OK.
Tiba hari nak check in, aku pun tiba di apartment, jam 2.30 petang. Owner tunjuk apartment di tingkat 42. Wow view dalam bilik tu memang nampak view cantik, nampak KLCC dan KL tower. Ada 2 room.
Tapi sayang. Apartment tak clean lagi. Toilet utama ada bathtub tapi langsir tak ada. Cuma di cover dengan plastik yang separuh. Kalau mandi ke, mesti orang dari Blok B tu nampak. Memang tak secure.
Owner cakap lagi sejam setengah, cleaner akan bersihkan. So aku amik keputusan, pergi mandi kat pool apartment yang besar dan luas tu.
Kul 4.45 petang, aku naik ke apartment, tengok apartment masih kotor. Call owner. Tanya mana cleaner. Owner cakap nanti cleaner datang. Aku cakap kat owner, since dah 2 jam ni, kalau cleaner tak datang , aku nak check out sebab bilik semua memang kotor.
Nak solat Asar pun tak boleh. Dengan lantai yang perhabis dan kotor. Owner pun marah. Dia cakap kalau nak keluar, keluarlah. Ayat paling sakit hati di dengar dr mulut owner,
‘sister, you are muslim, i am muslim’. So apa masalah u muslim I muslim. Ishh geram aje.
Lantas, aku pun check outlah dari apartment tu. Nasib baik lah, duit RM440 tak di transfer lagi. Selamat. Bila dah keluar daria apartment tu dan yang kelakarnya after 15 minit, owner yang berlagak tu, mesej balik cakap, kalau nak masuk balik bilik tu, dia akan bagi rate RM400 sahaja untuk dua malam.
Ishhh tak de maknanya aku nak stay kat situ setelah dia menghalau tadi. No way. Owner ni foreigner. Dia cakap dia ada 41 buah apartment dalam pusat beli belah tu. Patutlah dia cepat-cepat call suruh cancel dengan booking dan order direct dengan dia. Dia nak elakkan bayar komisen ke laman web tu. Kalau direct book dengan owner, kita tak boleh bagi review. Ooo bijak bijak.
Bila tengok perangai owner nikan, teringat masa hampir-hampir jadi mangsa scam kat owner apartment kat London walaupun masa tu aku book apartment tu dari laman web tu.
Jangan percaya kalau mana-mana owner contact balik suruh order luar dari website. Nasib baik aku tak kena scam. Nasib baik aku tak transfer lagi duit. Alhamdulillah.
Kredit Sumber: Cantik Molek
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video Viral ‘Tioman Dilanggar Ikan Lumba-Lumba’, Wargamaya Terus Teruja Nak Bercuti Ke Pulau Tioman
Kalau di Malaysia, nak tengok ikan lumba-lumba ‘live’ depan mata memang jarang-jarang berlaku. Bukan tidak ada kelibat spesies ikan ini di perairan kita, ada! Cuma kesempatan untuk melihat secara langsung agak sukar.
Di Pulau Tioman, peluang menyaksikan sekawan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di sekeliling bot menjadi pengalaman tidak dilupakan buat pengurus sebuah resort di Pulau Tioman, Rompin. Beberapa hari ini, tular di media sosial menerusi klip video yang dikongsikan Facebook Juara Mutiara Resort menunjukkan sekumpulan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di perairan Pulau Tioman, Pahang.
Rakaman klip video ikan lumba-lumba itu yang tular dirakamkan sekitar jam 12 tengah hari 22 Julai 2020 lalu, semasa pengurus sebuah resort bersama isteri dan dua kru resort menaiki bot dari Kampung Tekek untuk pulang ke Kampung Juara di pulau tersebut. Mereka melihat ada kelibat ikan lumba-lumba dari jauh dan terus membuat keputusan untuk cuba menghampiri kumpulan ikan tersebut walaupun tahu kemungkinan besar ikan itu akan melarikan diri. Mereka tidak menyangka jumlah ikam lumba-lumba itu sangat banyak iaitu sekitar 20 ekor.
Kumpulan ikan itu juga dilihat tidak terganggu dengan kehadiran mereka, sebaliknya terus bermain di bawah bot selain turut mengikut pergerakan bot selama lebih lima minit sebelum kawanan ikan itu pergi. Air laut yang jernih di Pulau Tioman ketika itu juga menyebabkan rakaman ikan tersebut jelas kelihatan dan paling menarik ikan-ikan itu juga ‘bergurau’ dengan menyentuh jari mereka apabila diletakkan di permukaan air. Video tular tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang turut teruja mengetahui kewujudan ikan lumba-lumba di Pulau Tioman.
Menurut pengurus resort tersebut kepada Bernama, dia tahu ikan lumba-lumba ada di perairan sekitar Pulau Tioman, namun sangat sukar untuk dijumpai. Malah, ini merupakan kali keempat beliau berpeluang jumpa ikan tersebut walaupun memang membesar di pulau itu.
“Tapi, kejadian semalam yang paling manis dan rezeki kerana selain jumlahnya yang banyak, ikan yang saya jumpa semasa memancing atau membawa bot semuanya dari jarak jauh dan pantas melarikan diri jika menyedari kehadiran bot,” katanya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI