Pernah terfikir atau tidak bagaimana kita hendak melihat permukaan matahari, sedangkan jarak matahari dari bumi sejauh 147.35 juta kilometer itu mampu membakar kulit kita. Kalau berada dalam jarak dekat pasti semua benda yang ada di dunia ini akan terbakar.
Menerusi perkongsian asal daripada portal Amanz.my, saintis dari Teleskop Solar Daniel K. Inouye yang terletak di Hawaii telah berjaya merakam gambar serta video permukaan matahari pada resolusi tertinggi dalam sejarah manusia.
https://youtu.be/ELTNqOiJ6Lk
Video di atas menujukan permukaan matahari dengan keluasa 36,500 × 36,500 km persegi. Apa yang anda lihat ialah permukaan matahari yang dipenuhi dengan sel plasma. Plasma bergerak dari bahagian dalam ke permukaan matahari menerusi proses perolakan. Apabila tiba ke permukaan plasma mula menyejuk dan mula tenggelam semula. Setiap sel di dalam imej di atas mempunyai dua kali ganda luas permukaan negara kita Malaysia. Ada yang mengatakan permukaan tersebut jika dilihat dari foto seakan bertih jagung yang lazat.
Suhu permukaan adalah sekitar 6,000 Kelvin dan adalah lebih sejuk berbanding bahagian korona yang boleh mencecah 1 juta Kelvin. Dengan imej beresolusi tinggi ini, saintis akan dapat mempelajari lebih banyak misteri mengenai matahari yang terletak di tengah-tengah sistem suria.
Antara yang kelak dapat dilakukan ialah melakukan ramalan bilakah ribut solar akan berlaku. Pada waktu ini ramalan dapat dilakukan 48 minit sebelum ia berlaku. Saintis percaya menerusi Teleskop Solar Daniel K. Inouye ramalan boleh dilakukan 48 jam sebelum berlaku. Ini adalah penting memandangkan ribut solar boleh mengakibatkan gangguan telekomunikasi dan bekalan elektrik di bumi.
Dalam masa lima tahun, jumlah data yang bakal dikumpul mengenai oleh Teleskop Solar Daniel K. Inouye adalah lebih besar berbanding kesemua data yang dikumpul sejak Galileo mula menghala teleskop ke matahari pada tahun 1612.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI