Setiap kali ke Hatyai, kita tak lepaskan peluang kunjungi Pasar Terapung Khlong Hae, Hatyai. Tempat tumpuan pelancong ini sememangnya amat terkenal hinggakan tidak lengkap percutian kalau tidak ke sana.
Tapi di Malaysia sendiri tak kurangnya banyak tempat unik dan menarik. Kalau korang ke Pantai Timur khususnya ke daerah Tumpat, jangan lupa singgah di Pasar Terapung Pulau Suri.
Apa best di sini dan korang kena try semua makanan yang dijual sebab semuanya sedap-sedap.
Pasar di sini terkenal kerana mempunyai deretan bot-bot kecik yang diletakkan di tepi-tepi sungai malah yang lebih menarik lagi bot-bot ini juga turut menjual pelbagai jenis makanan serta minuman. Oleh itu, tidak pelik kalau pasar ini dikenali sebagai pasar terapung atau floating market.
Kelantan Floating Market @ Pulau Suri kini dibuka untuk orang ramai pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi – 3.00 petang. Jadi letakkan dalam list kunjungan korang ya.
Sebagai Pasar Terapung Pertama di Malaysia, untuk ke sini, korang perlu menaiki sampan atau bot yang disediakan pengusaha tempatan.
Jika dari Jeti Kuala Besar, perjalanan menaiki bot atau sampan berenjin hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja manakala jika dari jeti Kok Majid, ia mengambil masa hampir 40 minit.
**media[]**
Jangan risau tentang kemudahan asas di sini kerana ia dilengkapi tandas dan surau. Pelbagai jualan dan barangan yang berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang datang dengan harga yang sangat berpatutan. Antaranya, lokan bakar, hidupan laut segar yang digoreng dan dibakar, ketupat sotong, kuih muih tradisi, jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.
Selain makanan tradisional, pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta barangan dari jiran yang turut dijual disini seperti buah-buahan, bahan mentah segar, kerepek dan tudung.
Jadi jangan lupa rasai pengalaman rare ini ini. Sumber : Laman Web Rasmi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.