Hujung minggu biasanya waktu untuk menghabiskan masa bersama keluarga atau yang tersayang. pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk acara bonding antaranya bercuti ke pusat peranginan, piknik di pantai atau air terjun dan banyak lagi.

Bukan aktiviti sebegitu sahaja yang boleh anda lakukan untuk eratkan lagi hubungan bersama keluarga dan teman-teman, bermain di karnival berbayar The World of Nickelodeon yang happening juga pasti menyeronokkan.

Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis! Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis!

THE WORLD OF NICKELODEON KINI TIBA DI MALAYSIA

Spongebob SquarePants, PAW Patrol®, Rise of Teenage Mutant Ninja Turtles, Dora the Explorer dan Bubble Guppies merupakan sebahagian daripada The World of Nickelodeon yang kini sudah tiba di Malaysia.

Karnival berbayar The World of Nickelodeon yang bermula dari 28 April sehingga 23 Julai 2023 ini merupakan destinasi yang terbaik untuk semua golongan muda dan seisi keluarga untuk menikmati hari yang menggembirakan. Dengan keluasan 14,000 kaki persegi, dunia permainan yang menyeronokkan ini mempunyai 17 stesen menarik dan pelbagai peluang untuk anda merakamkan gambar anda di sana.

Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis! Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis!

Anda juga akan berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis permainan antaranya melempar bola di Bubble Guppie’s Fisketbal Game, mencuba Teenage Mutant Ninja Turtles Vertical Challenge dan mencabari diri dengan permainan Dora Jungle Jump-a-thon. Selain itu, anda juga boleh berhibur di Slime Lounge sebelum meneruskan aktiviti seterusnya di Bikini Bottom Bubble Bash atau melakukan misi Mutant yang terakhir.

Ads

Bawa kamera anda dan bersedia untuk merakamkan seberapa banyak gambar di lokasi tayangan yang anda inginkan. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan watak-watak Nickelodeon kegemaran anda!

Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis! Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis!

Anda boleh menempah tiket di www.my.trip.com dan nikmati hari anda dengan permainan menyeronokkan di The World Of Nickelodeon sepanjang hari terutamanya pada hujung minggu!

Waktu Operasi

Ads

Tarikh : 28 April 2023 – 23 Julai 2023

Masa : 10.00 pagi – 9.40 malam

Tempat : Let’s Play @ Pavilion Bukit Jalil Level 5, Lot No. 5.85.00

Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis! Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis!

Ads

Harga Tiket:

Dewasa RM16 (Isnin-Khamis)

Dewasa RM26 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)

Kanak-kanak RM46 (Isnin-Khamis)

Kanak-kanak RM56 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI