Melancong Cara Bajet, Ikuti Tip Cukup Mudah Ini Untuk Percutian Lebih Menjimatkan!

Share

Siapa kata kita perlu ada bajet yang beribu-ribu ringgit untuk melancong dan makan angin? Semua itu tidak benar!

Namun perlulah ukur baju di badan sendiri. Paling penting lokasi serta jenis percutian yang anda mahu. Tapi ia tidak mustahil dilakukan dengan bajet cukup minima. Ikuti beberapa tip dari LIBUR di bawah!

Survey secara terperinci

Langkah awal yang harus dilakukan adalah survey tempat yang akan anda lawati. Hal ini penting kerana ia akan membantu anda untuk mengenal pasti berapa banyak budget yang harus disiapkan. Siapkan juga berbagai keperluan lainya sebelum berangkat. Misalnya tempat menginap, tempat yang akan dikunjungi, dan juga tempat makan agar aktiviti anda jadi lancar.

Siapkan wang tambahan

Walaupun anda sedang menikmati keseronokkan bercuti, anda harus siapkan juga wang tambahan. Wajib! Jangan sampai nanti kehabisan wang dan tak boleh pulang ke negara sendiri. Tetapi ingat, wang itu hanya untuk keadaan darurat. Apa-apapun anda wajib untuk follow pada rencana awal mengenai budget awal pada tahap survey tadi ya!

Pilihan transport yang paling bernas

Pengangkutan adalah salah satu point yang harus kamu perhatikan. Sebaiknya, gunakan kenderaan atau pengangkutan yang murah. Jangan sesekali ambil jalan mudah dan menggunakan yang mahal. Jika perlu berjalan sedikit, kenapa tidak? Tidak mengapa lama sedikit, yang penting pengalamannya kan?

People photo created by tawatchai07 – www.freepik.com

Gunakan kenderaan peribadi

Masih mengenai pengangkutan. Kenderaan peribadi memiliki beberapa kelebihan lain dibanding kendaraan umum seperti kereta dan bus. Dengan menggunakan kenderaan peribadi, anda boleh bajet untuk perbelanjaannya.

Tambahan pula jika pergi bersama dengan rakan-rakan, kata orang boleh “tong-tong” duit minyak dan tol. Apa yang bestnya bila naik kenderaan sendiri, anda boleh berhenti di mana-mana kawasan anda suka untuk ambil gambar dan juga untuk berehat. Tidak terburu-buru. Best!

Pilih waktu yang tepat

Pilihlah waktu yang tepat untuk bercuti. Kalau boleh jangan pergi ketika musim cuti, kerana kebiasaannya penginapan dan juga kedai cenderahati akan menaikan harga pada musim cuti.

Tetap bagi anda yang hanya memiliki waktu pada musim cuti, relaks jer. Anda masih boleh mendapatkan tempat penginapan dan perbelanjaan yang murah dengan melakukan survey secara detail tentang tempat menginap dan kos perbelanjaan terlebih dahulu.

Promosi hebat

Perhatikan juga promo-promo yang ditawarkan tiap-tiap tempat percutian yang kamu akan pergi. Kebiasannya promosi tambang murah tiket penerbangan mahupun promosi murah untuk penginapan akan muncul di internet.

Jadi kamu harus rajin melihatnya satu persatu. Untuk menjadikannya lebih mudah, kamu juga boleh terus tekan pada laman web yang direka khas untuk promosi percutian. Lebih mudah dan cepat!

Pilih percutian domestik

Kenapa harus ke luar negara kalau di dalam Malaysia sudah ada tempat best untuk bercuti? Banyak hidden paradise yang ditawarkan di Malaysia. Pilih saja area mana anda mahu pergi.

Bukan hanya membantu meningkat ekonomi negara, malah ia juga memudahkan perjalanan percutian anda. Apa yang penting, ia lebih murah! Jadi anda pun tak perlu memikirkan kos perbelanjaan yang tinggi!

Oleh
mohd farizul Ibrahim