Pulau Besar, Melaka, sebelum ini terkenal dengan lokasi sekitar pulau yang mengamalkan perkara-perkara mitos dan mistik. Ada sesetengah datang ke pulau ini semata-mata untuk aktiviti pemujaan dan khurafat yang dilakukan mereka yang terlalu taksub dengan sesuatu kepercayaan.

Melaka Tutup Sementara Pulau Besar. Tiada Aktiviti Perkhemahan, Elak Penularan COVID-19 Melaka Tutup Sementara Pulau Besar. Tiada Aktiviti Perkhemahan, Elak Penularan COVID-19

Namun, hari ini Pulau Besar, Melaka berbeza dengan situasi suatu ketika dahulu. Lokasi ini menjadi tumpuan dan kegemaran orang ramai untuk melakukan aktiviti perkhemahan terutama pada hujung minggu atau cuti umum. Suasana sekitar Pulau Besar ini sangat menarik dan sesuai untuk percutian santai keluarga.

Ads

Melaka Tutup Sementara Pulau Besar. Tiada Aktiviti Perkhemahan, Elak Penularan COVID-19 Melaka Tutup Sementara Pulau Besar. Tiada Aktiviti Perkhemahan, Elak Penularan COVID-19

Walau bagaimanapun, kemeriahannya terhenti seketika apabila Kerajaan Melaka menutup sementara Pulau Besar daripada sebarang aktiviti dan kunjungan orang awam bermula 28 Oktober 2020 lalu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak, bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Ads

Melaka Tutup Sementara Pulau Besar. Tiada Aktiviti Perkhemahan, Elak Penularan COVID-19

Arahan itu selari dengan keputusan mesyuarat majlis keselamatan negeri baru-baru ini yang melarang sama sekali sebarang perjumpaan berskala besar melebihi 50 orang dalam satu-satu masa. Buat masa ini semua aktiviti berskala besar di Melaka akan ditangguhkan dan begitu juga dengan aktiviti di pulau-pulau lain yang seperti Pulau Upeh.

Ads

Melaka Tutup Sementara Pulau Besar. Tiada Aktiviti Perkhemahan, Elak Penularan COVID-19

image via google | Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI