Berita

Media FAM Trip Tourism Selangor Penuh Havoc Di Resort Taman Eco Rimba Komanwel. Banyak Aktiviti Best Boleh Explore!

Share

Seramai lebih 150 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan banyak lagi telah menyertai program penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media yang dianjurkan oleh Tourism Selangor bagi tahun 2022.

Acara yang bermula sejak pagi pada 1 Ogos itu berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran penggiat media. Acara bermula dengan FAM Trip yang memberi peluang kepada semua yang hadir untuk meneroka Resort Taman Eco Rimba Komanwel yang terletak di Rawang Selangor.

Open Day & Media FAM Trip

Acara dimulakan dengan aktiviti zumba dan seterusnya ekplorasi tempat-tempat yang ada di sekitar Taman Eco Rimba Komanwel itu. Setiap yang hadir diberikan passport dah perlu mendapatkan cop bagi setiap aktiviti yang disertai.

Resort Taman Eko Rimba di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi.

Penggiat media turut diberikan task untuk setiap check point yang dilawati iaitu memuat naik gambar OOTD paling kreatif dan menarik untuk 5 hadiah yang ditawarkan selain 15 hadiah lucky draw untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.

Taterletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Majlis Apresiasi Media

Acara diteruskan lagi pada waktu malam dengan Majlis Makan Malam Apresiasi Media bagi menghargai sumbangan dan jasa penggiat media kepada Tourism Selangor.

Dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Menurutnya, Program ini dianjurkan oleh Kerajaan  Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor.

Menurut kenyataan daripada pihak Tourism Selangor, untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komenwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kita jalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.

“Untuk tahun ini, sebanyak 27 kategori anugerah dan penghargaan yang kita perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini. Sesi penilalain diambil kira, jumlah liputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media.” Tambah beliau.

Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi. Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor dalam memacu kemajuan dalam bidang pelancongan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Oleh
SAHR