MaTiC Arah Tutup Lebih 50 ‘Destinasi Pelancongan & Tumpuan Ramai’ Sehingga 30 April 2020

Share

Malaysia sedang giat melaksanakan usaha untuk mencegah penularan wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik pada 11 Mac.

Ia berikutan peningkatan kes yang semakin ketara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Untuk membendung penularan wabak ini, pelbagai destinasi tumpuan pengunjung dan pelancong mengambil inisiatif dengan melakukan penutupan sementara waktu bagi mengelak orang ramai berkumpul.

Terkini, Kementerian Pelancongan Keseniaan & Kebudayaan Malaysia (MaTic) telah memaklumkan semua fasiliti awam di bawah jabatannya dan agensi ditutup serta merta sehingga 30 April 2020 menerusi facebook rasminya

. Terdapat lebih 50 lokasi yang terlibat.

Sebarang pertanyaan :

Hubungi Kami
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

TEL; 03 9235 4848 / 4900 / 4800
FAX;03 2162 1149
EMAIL :infomatic@matic.gov.my

Oleh
Husna