Sebuah kapal terbang WestJet yang membuat penerbangan dari Toronto ke Jamaica terpaksa berpatah balik selepas salah seorang penumpangnya ingin menjadi 'viral' dengan mengaku dijangkiti koronavirus.
Tindakan 'bodohnya' itu telah menyebabkan seramai 243 penumpang di atas pesawat Boeing 767 itu panik dan memaksa juruterbang berpatah balik dan mendarat di Florida. Syarikat penerbangan berkenaan mengesahkan kejadian itu dengan menegaskan kesemua anak kapalnya telah menjalankan tugas sehabis baik bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di atas pesawat.
Lelaki yang dikenali sebagai James Patok berusia 29 tahun itu kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Saringan kesihatan telah dijalankan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu dan dia didapati dia tidak dijangkiti koronavirus. Dia diperintahkan untuk hadir ke mahkamah pada 9 Mac depan atas tindakannya itu.
Salah seorang penumpang berkata pesawat hampir sampai ke Jamaica namun terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan. Kru pesawat turut memberikan lelaki itu topeng muka dan sarung tangan. Malah, dia juga diasingkan di tempat duduk bahangian belakang. Kebanyakkan penumpang kecewa apabila mengetahui ia adalah palsu. Perbuatannya itu sangat mementingkan diri dan membuatkan kami rugi waktu bercuti.
Stesen televisyen Kanada, Global News, melaporkan lelaki itu mengaku dia sengaja mahu memuat naik video di laman sosial supaya ia tular. Dia mengaku telah melakukan satu kesalahan tetapi tidak menafikan gembira dengan publisiti yang diterimanya. Menurutnya dia hanya membuat 'jenaka' pengumuman mengatakan dia baru pulang dari wilayah Hunan, tidak lebih dari itu.
Ads
"Apa yang saya buat, saya berdiri, saya kata, 'Perhatian semua. Saya baru balik dari wilayah Hunan.' Itu sahaja," katanya.
Seorang rakyat Malaysia berusia 36 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 15 Mei lalu kerana memiliki bahan lucah berunsur kanak-kanak.
Suspek ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah berunsur eksploitasi kanak-kanak selepas dilakukan pemeriksaan oleh Penguatkuasa Imigresen Australia (ABF).
Memetik sumber daripada CNA, ABF menemui bahan terlarang termasuk rakaman video menjijikkan berupa penderaan seksual terhadap kanak-kanak selepas melakukan pemeriksaan pada telefon bimbit suspek.
Pihak berkuasa Australia merampas telefon bimbit berkenaan dan membatalkan visa lawatan suspek selain dikenakan tuduhan dibawah Akta Kastam Australia kerana membawa masuk bahan larangan.
“Pelancong seharusnya tahu bahawa memiliki bahan lucah mengeksploitasikan kanak-kanak adalah satu perkara yang dipandang serius di bawah undang-undang Australia,” kata Pemangku Komander ABF Wilayah Barat Australia, Emma Newman.
Hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda sehingga AU$525,000 boleh dikenakan bagi kesalahan memiliki bahan lucah terlarang itu di Australia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika hendak bercuti ke luar negara, perkara pertama yang perlu difikirkan semestinya harus menukar matawang MYR ke matawang negara yang akan ditujui.
Sebelum itu jangan lupa melakukan perbandingan terlebih dahulu apabila ingin menukar wang. Anda perlu melihat perbezaan kadar pertukaran wang asing daripada pengurup wang berbeza agar anda tidak ditipu atau kerugiaan. Bergantung kepada jumlah wang yang anda ingin tukarkan, pasti anda juga dapat menjimatkan wang. Dengan nilai matawang Malaysia yang sekejap turun dan naik, pastinya ramai yang akan tercari-cari money changer yang menawarkan kadar tukaran wang dengan harga berpatutan.
Di Kuala Lumpur dan Selangor, ada beberapa pengurup wang berlesen menjadi pilihan dan tumpuan ramai. Antaranya seperti:
Jalinan Duta
Cawangan Jalinan Duta juga boleh didapati di KL Sentral. Tidak jauh dari Nu Sentral tetapi kadar tukaran yang ditawarkan sedikit berbeza.
Lokasi: Nu Sentral – LG47A Lower Ground
Global Millennium Trading (GMT)
Jika anda berada berdekatan dengan kawasan lembah Klang memang berbaloi kalau menukar duit ringgit anda di sini. Lokasi GMT juga mempunyai banyak cawangan lain seperti di:
IOI City Mall – No 43C Lower Ground Floor
Nu sentral, LG 35, Jalan Tun Sambanthan
Amcorp Mall, Lot KG 15, Ground Floor
Jalan Pudu Branch, No 120, Jalan Pudu
Masjid India Branch, No 86-88, Jalan Masjid India
Visionary Creation Sdn Bhd
Visionary Creation ini hanya terletak bersebelahan dengan GMT sahaja. Kadar tukaran wang yang ditawarkan juga tidak banyak berbeza dengan GMT.
Lokasi: IOI City Mall – LG 34B Lower Ground Floor
Vital Rate
Terdapat banyak cawangan Vital Rate yang lain selain di Pavillion Mall. Antaranya adalah di Suria KLCC, Plaza Sungei Wang dan KL Sentral. Pun begitu, kadar tukaran di cawangan Pavilion Mall dikatakan yang paling murah.
Lokasi: Pavilion Mall KL – Lot 1.24.00 Level 1
Spectrum Forex
Bagi sesiapa yang tinggal mahupun bekerja berdekatan dengan bandar Sunway, lawatilah money changer ini kerana cawangan ini dikatakan menawarkan kadar tukaran wang antara yang terbaik dan termurah.
Lokasi: Sunway Pyramid – LG2-61 Lower Ground 2
Max Money
Terdapat beberapa cawangan Max Money selain di sini. Antaranya adalah cawangan Maluri, Mid Valley dan Port Klang.
Lokasi: Sungei Wang – Plaza Sungei Wang LG 153
Sky Xchange
Ini antara money changer yang dikatakan terbaik di Jalan Masjid India. Bolehlah cuba ke cawangan ini jika anda tinggal berdekatan.
Lokasi: Jalan Masjid India – 1002-A, Ground Floor
My Money Master
My Money Master ini sudah menjadi buah mulut ramai kerana dikatakan mempunyai kadar tukaran wang di antara yang termurah di Lembah Klang. Pelanggan yang beratur di lokasi ini kebiasaannya memang ramai.
Lokasi: Mid Valley – LG040 Centre Court
MV Forex
MV Forex terletak di sebelah My Money Master. Kadar tukarannya juga dikatakan agak murah dan sering dipenuhi dengan pelanggan yang mahu menukar matawang.
Lokasi: Mid Valley – LG042 Centre Court
NS Cashpoint
Ini antara money changer terbaik di kawasan Sentul dan Gombak. Cawangan ini juga merupakan money changer kegemaran ramai. NS Cashpoint juga mempunyai banyak cawangan seperti di:
Sentul Boulevard No 6 Ground floor
Pavillion KL Lot C3.12.00, Level 3
Mid Valley Megamall, Lot LG30, Mid Valley City
Suria KLCC, Lot C41B, Concourse Level
Ampang, Lot 144, Jalan Ampang
Brickfields, No.282, Ground Floor, Jalan Tun Sambanthan
Antara Duit
Kadar tukaran yang ditawarkan adalah antara yang termurah di kawasan Segi Tiga Emas dan berdekatan KLCC.
Lokasi: Avenue K – C7, Concourse Level, Avenue K Mall
Yusul Enterprise
Terletak di dalam Tesco Kepong, kadar tukaran wang di sini juga agak murah dan tidak ramai pelanggan untuk beratur panjang.
Lokasi: Tesco Village Mall – Lot SB41, LG1 Carpark, Menjalara
Jika anda sudah buat perancangan untuk bercuti ke Sydney dalam masa terdekat ini, diharap membuat sedikit persediaan awal dan menjaga keselamatan diri.
Buat pertama kali, bandar terbesar di Australia iaitu Sydney dan kawasan sekitar berdepan tahap amaran kebakaran paling tinggi. Pihak berkuasa turut memaklumkan risiko terhadap nyawa dan kediaman. Australia kemarin dilaporkan mengisytiharkan darurat di Sydney dan penduduk dinasihati berjaga-jaga susulan siri kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.
“Tiada binaan atau rekaan yang mampu bertahan dalam situasi yang mungkin terjadi dalam keadaan bencana,” kata Shane Fitzsimmons, Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales yang merangkumi Sydney.
Suhu tinggi dan angin kencang mencetuskan kebakaran menyebabkan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengisytiharkan darurat selama tujuh hari bermula kelmarin. Menurut Berejiklian, fokus utama mereka adalah melindungi nyawa, harta benda dan memastikan keselamatan semua pihak. Sejenis cecair yang menghalang kebakaran lebih besar berlaku dilihat disimbah sekitar lokasi ini menggunakan helikopter dan bantuan anggota keselamatan.
Setakat ini, tiga orang dilaporkan maut manakala ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal, 150 kediaman turut musnah susulan berpuluh kebakaran tidak terkawal di utara negeri terbabit. Dalam pada itu, situasi terkini dilihat sedikit pulih, membolehkan sebilangan penduduk pulang ke rumah masing-masing namun jerebu dilaporkan di beberapa kawasan yang dilanda kebakaran.