Masuk Kenderaan Sendiri Ke Thailand, Wanita Ini Kongsi Cara-cara Bawa Kenderaan Ke Betong, Boleh Travel Dengan Family!

Share

Kalau hendak ke Hatyai, Sungai Golok dan juga Betong di Thailand, lebih mudah sekiranya korang bawa sendiri kenderaan, apatah lagi kalau bawa family sekali bersama. Senang nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Caranya juga tidak terlalu rumit dan susah asalkan ada geran dan juga sebaiknya membeli insurans kenderaan yang boleh digunakan sepanjang bercuti di sana.

Wanita yang dikenali sebagai Athirah Abas berkongsi gambar dan cara untuk masuk ke Betong, Thailand dengan kenderaan sendiri. Yang nak masuk ke sempadan lain pun boleh jadikan inikan rujukan juga.

Ikuti perkongsiannya:

Saje nak share cara bawa masuk kenderaan ke Betong/ke seluruh Thailand. Boleh lihat gambar bersama penerangan di bawah

Boleh la travel dengan family!

  1. Kena bawak geran original, kalau geran photostat/kereta orang lain kena pergi balai polis untuk cop pengesahan

2. Kena beli insurans kereta (tak nak beli pun boleh tapi kalau jadi apa-apa tanggung sendiri). Kalau dekat Betong, selepas pemeriksaan polis dan sebelum masuk imigresen terus belok kiri ada orang jual insurans

3. Dah masuk Imigresen Malaysia, pass je passport/boarder pass dekat pegawai. Dia terus cop, tak payah turun kereta. Imigresen Thai kena turun kereta, nanti dia tolong isi kan white card dan TM2 form. Lepas tu cop passport masuk Thai.

4. Dah settle ada checkpoint no 2 untuk declaration. Yang ini owner kereta je turun bawak passport dan geran je. Balik Malaysia kena bagi form ni balik kalau tak kena denda 1000 Baht sehari kalau lambat bagi.

Total hangus sebelum masuk Betong:

  1. Insurans: RM40 (19 hari)

Rupanya boleh buat setahun RM70 je

  1. White card : RM4 untuk 2 orang
  2. TM2 : RM5
  3. Declaration form: RM3

Total semua RM53

Kalau bawa family ramai-ramai memang lebih mudah bawa kereta sendiri masuk ke sana, senang nak bergerak dan lebih jimat!

Kredit Athirah Abas via Destinasi Bajet

 

 

 

Oleh
SAHR