Masjid Taksim Dengan Kubah Setinggi 30 Meter, Mercu Tanda Baru Terletak Di Tengah Bandar Istanbul Turki

Share

Selain Masjid Hagia Sophia yang terkenal di Istanbul Turki, satu lagi masjid yang bakal jadi tumpuan pelancong.

Masjid Taksim yang baru saja saja siap dibina 28 Mei lalu menyaksikan masjid ini sebagai simbol Islam di Dataran Taksim yang terletak di tengan-tengah bandar terbesar negara itu.

Pembinaan masjid yang dimulakan pada tahun 2017 akhirnya dapat dibuka secara rasminya semalam (28 Mei 2021) setelah menempuh pelbagai halangan sepanjang pembinaan.

Masjid yang diperjuangkan pemimpin itu, mula dibina pada Februari 2017 selepas mencetuskan perdebatan oleh pengkritik dan menjadi perbalahan di mahkamah sejak beberapa dekad lalu.

Mempunyai kubah setinggi 30 meter dibuka secara rasmi oleh Presidennya, Recep Tayyip Erdogan sekaligus menjadi simbolik baru di dataran yang sering dianggap sebagai simbol sekularisme Mustafa Kemal Ataturk.

Masjid berkapasiti 2250 orang ini dilaporkan juga mengandungi ruang pameran, perpustakaan, dapur sup dan tempat letak kereta. Ia adalah mercu tanda keagamaan ketiga yang akan didirikan di tengah-tengah bandar baru-baru ini oleh Erdogan.

Masjid ini dibangun dengan sistem senibina “top-down”, yang digambarkan sebagai satu-satunya masjid di Turki yang dibina dengan teknik ini.

Oleh itu, penggalian tanah tidak diperlukan dan kawasan di sekitar masjid dipelihara. Tempat ini menggabungkan seni bina masjid tradisional dengan sentuhan moden yang diilhamkan oleh ciri seni bina bangunan abad ke-19 di daerah Beyoğlu.

Masjid ini juga menjadi pusat kebudayaan di mana pameran boleh diadakan. Kawasan seluas 2,950 meter persegi (31,753 kaki persegi) dibuka untuk beribadah.

Dibina di kawasan seluas kira-kira 16,000 meter persegi, juga boleh menempatkan tempat letak kenderaan 163 buah kereta saja.

SUMBER: DETEKTIF KEMBARA VIA BACKPACKERS BUDDIES MALAYSIA

Artikel Berkaitan:

Kalau Travel Ke Turki, Makanan Ini Wajib Anda Cari & Cuba

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Balat, ‘Hidden Gems’ Berusia 200 Tahun Di Istanbul. Destinasi Cantik Buat Kaki OOTD!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman