St Basil Cathedral merupakan binaan ikon terkenal wajib melawat jika ke Moscow, Rusia. Ia mempunyai fungsi sebagai tempat beribadat termasyhur di negara Eropah. Jika anda ke Jerteh, Terengganu pasti terpesona dengan sebuah masjid seni binanya seakan-akan St. Basil Cathedral yang berjaya menarik perhatian orang ramai.
Terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu, Masjid Lapan Kubah atau mendapat jolokan sebagai ‘Masjid Russia’ menarik perhatian orang ramai erdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah kampung itu.
Ads
Pembinaan masjid ini telah dicetuskan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira tujuh tahun lalu dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai. Masjid ini menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia lebih 100 tahun dan usang.
Masjid Lapan Kubah kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri. Keunikan seni bina masjid ini dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun 2017 tidak putus-putus dikunjungi.
Ads
Ada yang sanggup datang dari jauh bukan sekadar untuk melihat malahan dengan niat untuk turut solat di masjid. Dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan, masjid yang dibina di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Ads
Disebabkan masjid ini kini menjadi antara mercu tanda kampung di Jerteh, pengurusan masjid turut bercadang membuat satu sudut khas bagi menempatkan info dan bahan yang menampilkan sejarah awal masjid lama sehingga terbinanya masjid baharu ini.
Selain itu, terdapat beduk yang digunakan untuk memanggil orang kampung setiap kali waktu solat yang berusia lebih 50 tahun yang akan turut dipamerkan di sudut itu kelak.
Mendengar nama Sungai Amazon sahaja ramai yang mengetahui bahaya dan rahsia alam ngeri yang menanti di sepanjang sungai yang melintasi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, Brazil, Bolivia, Venezuela, Ecuador,dan Guyana.
Jika diabadikan di dalam filem-filem atau dokumentari, Sungai Amazon seringkali dimomokkan serta dikhabarkan sebagai sungai yang sangat bahaya di dunia dan perlu dielakkan untuk dikunjungi. Mana tidaknya, kawasan disekitar Sungai Amazon didiami oleh komuniti peribumi yang masih tidak mengecapi arus permodenan. Mereka masih mengamalkan cara hidup kuno seperti memakan daging manusia dan sama sekali tidak menerima dan mengalukan kedatangan orang luar.
Selain itu, hutan dan sungai Amazon juga terkenal dengan haiwan pembunuh seperti ikan pirana, annaconda, buaya, serangga beracun dan binatang-binatang buas yang lain. Ada sebab atau tidak untuk anda menghabiskan masa selama hampir tiga tahun semata-mata untuk bersiar-siar di sepanjang sungai hutan Amazon? Semestinya ia kerja gila jika anda mempunyai impian untuk bercuti di sini!
Namun, seorang warga Britain, Ed Stafford membuktikan itu bukan perkara mustahil. Pada tahun 2010, dia yang berumur 34 tahun ketika itu mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 860 hari.
Setelah meninggalkan dunia ketenteraan dan berpangkat seorang kapten, dia berasa sangat bosan dengan rutin pekerjaannya di pejabat. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memberitahunya bahawa belum ada lagi manusia yang pernah dan ingin untuk berjalan disepanjang Sungai Amazon. Ed Stafford menganggap kenyataan rakannya itu sebagai satu cabaran pada dirinya.
Akhirnya dia tekad untuk melepaskan jawatan dan melakukan misi gila saranan rakannya. Ed Stafford bersama seorang rakan baiknya, Luke Collyer telah memulakan perjalanan pada 2 April 2008, meninggalkan Samudera Pasifik di bahagian selatan Peru. Pada awalnya, Ed Stafford merasakan bahawa perjalanan menjelajahi hutan sungai Amazon itu akan memakan waktu sekitar satu tahun, namun anggapannya itu ternyata silap.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan komuniti orang asli telah menangkap dan memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh haiwan sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Luke Collyer pulang ke rumahnya setelah hanya mampu bertahan tiga bulan menjelajah bersama Ed Stafford. Mungkin rakannya beranggapan misi ini mustahil dan tidak patut diteruskan demi keselamatan diri
Namun, Ed Stafford tetap ingin meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui seorang pekerja renjer hutan Peru, Sanchez Rivera. Setelah dipujuk Sanchez Rivera yang berumur 31 tahun sedia untuk membantunya sebagai penunjuk arah dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Sepanjang perjalanan, Ed Stafford dan Sanchez Rivera terpaksa berhadapan dengan pirana, ular anaconda, pusaran air, arus banjir, hujan tanpa henti, digigit ribuan nyamuk, dan penyakit berjangkit. Mereka juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada buaya Caiman yang panjangnya hingga 18 kaki.
Mereka berdua hidup dengan memakan pirana dan bahagian dalam pohon palm, serta berhenti seketika diperkampungan orang asli yang dikenali Sanchez Rivera di sepanjang sungai. Tetapi ancaman terbesar adalah masyarakat pribumi disitu yang telah dianiaya selama puluhan tahun oleh penguatkuasa wilayah, sehingga kaum ini sering curiga dan sering melakukan kekerasan kepada pengunjung asing.
Namun demikian, selama dua setengah tahun Ed Stafford tidak menyerah. Mungkin kerjaya sebagai seorang tentera pada masa lalu banyak membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sukar. Dia bersusah payah berenang, naik semula ke batas disepanjang tepian sungai dan melangkah secara perlahan sambil menebas hutan dengan parang.
Kira-kira 85 kilometer lagi berjalanan sebelum tiba di lokasi penamat, Ed Stafford pengsan akibat kepenatan melampau. Walau bagaimanapun dia tetap menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Ketika hampir tiba di lokasi penamat, Ed Stafford dan Sanchez Rivera kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim Brazil, yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Segala pengalaman indah dan detik sukar untuk menjadi manusia pertama berjalan menyusuri Sungai Amazon ini telah dibukukan dalam sebuah jilid berjudul Ed Stafford Walking The Amzon.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang misi bahaya ini dia mendapati bahawa banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca.
“Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya,” katanya.
Entri ini kita kongsikan kepada pembaca tujuh lokasi Instagrammable di Malaysia yang dikeluarkan oleh Big Seven Travel.
FYI, Big Seven Travel ada membuat satu kajian mengenai lokasi Instagrammable di seluruh dunia dan dalam 50 buah negara yang tersenarai, Malaysia menduduki tangga ke-17 lokasi gambar Insatgram paling popular.
Bertuahnya bumi Malaysia. Selain daripada dikurniakan masyarakat yang berbilang kaum, tanah tercinta ni turut dihiasi dengan pemandangan yang indah-indah.
Jadi! lokasi pertama Instagrammable places adalah:
Memang syok bila tidur malam ditemani bunyi deruan air terjun. Cukup mendamaikan dan tenang. Itulah pengalaman yang biasanya camper dapat bila berkhemah di satu-satu campsite.
Yanie Haron berkongsi pengalaman camping di Takah Pengkoi campsite selama 2 hari 1 malam yang disifatkannya cukup menarik meskipun tapak campsite di sini agak terhad.
Bila dapat rehat sambil dengar deruan air cukup mendamaikan tambah pula lokasi yang berdekatan dengan sungai, anak-anak pun seronok dan mandi-manda.
Jom ikuti perkongsiannya:
Takah Pengkoi, Bekok, Segamat, Johor | 2-3 Julai 2022 | 2h 1m
Kawasan yang dijaga oleh orang asli dan dimajukan menjadi tempat rekreasi yang dapat dikunjungi oleh orang ramai. Tempat cantik, kawasan bersih, air bersih dan jernih.
Lama dah duk tengok tempat ni dari awal-awal camping dulu. Akhir nya sampai jugak kami ke sini. Dalam 2 jam je dari Melaka. Seawal jam 5 am dah gerak. Solat subuh di Tangkak. Teruskan perjalanan, dalam 7 am ++ dah sampai ke sini.
Masa sampai tu, campers yang masuk semalam dah ada la. Tapi orang awam yang picnic belum sampai lagi. So dapatlah kami pilih tapak bawah yang agak ok dan tenang jugak la sebab paling hujung kan. Jadi bukan laluan orang. Tapi perlu seberang sungai.
Tapak kat sini agak limit dan tak besar mana setiap satu tu. Khemah jenis dome memang sangat sesuai. Tapak ada sampai level 4 tapi jenuhla nak berangkut kalau camping kat atas-atas tu. Yang camping bawah pun jenuh dah. Biasa la air terjun kan, memang kene turun naik tangga.
Detail campsite;
Fee Camping rm40 (adult), Picnic rm15 (adult)
Toilet (cangkung) & bilik mandi
Surau
Sinki (mungkin di sesetengah kawasan. Yg pasti kat tpt kami level bawah, ada)
Parking (kawasan parking)
Stream (air terjun & sungai)
Laluan masuk boleh access semua kenderaan, bersimen lebih kurang 3km (rujuk video)
Coverage telco; kebanyakannya (Tapi maxis, hp sis yang Reno 2 tak ada line, yang Reno 6 ada jugak. Lepas la untuk wasap & calll . Tapi on off)
Overall Takah Pengkoi ni buat kami rasa nak repeat walaupun tapak agak limit, ramai orang picnic dan jenuh nak ngangkut sebab kene naik turun naik tangga. Tapi malam tido dengar deruan air, tempat redup dan tenang, air terjun best rasa nak berendam je, sejuk dan segar.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...