
Masjidil Haram di Kota Mekah, Arab Saudi adalah masjid paling suci bagi umat Islam. Seni binanya sangat unik dan menarik, mampu memukau mata yang memandang.
Terletak di Gua Musang, sebuah masjid baharu menggunakan model inspirasi yang sama dengan Masjidil Haram telah dibina di kawasan selatan negeri Kelantan. Dikenali sebagai Masjid Razaleigh ia menelan belanja RM32 juta dan bakal menjadi ikon baharu untuk menarik kedatangan pelancong ke negeri serambi Mekah ini. Menarik sangat masjid ni tau..
- Masjid berkeluasan 70,000 kaki persegi itu dilengkapi bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam, dewan makan dan ruang solat yang boleh memuatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa.
- Masjid itu juga menyediakan ruang kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf.
- Berlatar belakangkan gua batu kapur, Gua Musang, masjid itu bukan sahaja besar, bahkan turut mempunyai rekaan warna, jubin dan hiasan luar termasuk sembilan menara mirip Masjidil Haram.
- Selain itu, masjid yang dibina oleh pakar tempatan sejak akhir 2016 itu juga dilengkapi tempat letak kereta yang luas.
image via google | FB Maaf Sebut
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Bertukar Musim, Di Kedah Mesti Ada Tempat Cantik Muncul

Kita sedia maklum Malaysia merupakan negara yang beriklim khatulistiwa. Maka, tidak wujud cuaca empat musim seperti di negara lain. Tetapi apa yang untungnya, kita masih boleh memiliki pelbagai suasana yang menarik selepas atau sebelum musim tertentu.
Kalau anda ingat lagi, negara kita pernah dikejutkan menerima suhu cuaca yang rendah, ketika itu suasana sekitar kelihatan sangat nyaman seolah berada di Kota London. Seperti yang diviralkan disesetengah lokasi, setiap tahun kelihatan beberapa jenis pokok mengeluarkan bunga yang cantik umpama bunga sakura sudah tiba musimnya. Begitu juga ketika musim kemarau, di Perlis wujud sebuah lokasi yang seakan berada di pekan Texas. Terbaru turut menjadi tular, sebuah negeri nun dihujung utara iaitu kedah muncul pula hamparan rumput karpet menghijau di tali air ketika musim panas yang melanda ini.
Suasana kawasan tali air di Kampung Pulau Tembun, Sungai Daun Tengah, Yan bagaikan pesta apabila dikunjungi ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar di atas hamparan rumput liar sejak minggu lalu. Ada yang duduk dan berbaring di atas hamparan rumput yang subur dan lembut itu disepanjang tali air yang kering-kontang sejauh kira-kira satu kilometer. Tali air tersebut kering kerana tiada keperluan untuk membekalkan air ke kawasan sawah padi di situ kerana hampir keseluruhannya telah dituai.
Jika anda berada di sekitar lokasi itu jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar indah di kawasan unik itu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Lokasi Best Di Aceh Yang Akan Buat Korang Rasa Nak Repeat Balik Tahun 2019 Ni!

Isi Kandungan
ToggleLibur ada senarai baru tempat-tempat best yang akan buat korang rasa nak repeat balik Acheh tahun ni. Confirm! Tempat-tempat ni perkongsian terkini daripada Zati Mohd yang kebetulan ke Acheh sebab suami beliau konvo baru-baru ni.
Libur nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan tahniah la kepada suami Zati Mohd kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya plus dapat travel tempat-tempat best yang ada di Aceh!
Untuk anda yang nak ke Aceh, ingat tau, dekat sana bukan saja sabang, muzium, atau tempat-tempat lain yang dah biasa korang boleh pergi. Ada beberapa lagi tempat lain yang menarik antaranya adalah seperti perkongsian Zati Mohd ini:
?LHOKMEE PASIR PUTIH

Sekitar 45 minit perjalanan dari banda Aceh ke sini. Bagi pencinta alam atau peminat photography, anda wajib ke sini. Selain itu, anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam.
? BATE HILLS, Ujong Batee

Sebelum tiba di pasir putih korang boleh menikmati minum ringan di Cafe Ujong Batee. Kawasan yang pernah menjadi sejarah terdamparnya ikan paus.
?LHONGA LEUPUNG


Untuk mengambil gambar di sini, anda akan dikenakan bayaran (ikut kawasan). Perjalanan sekitar 45 minit dari banda Aceh akan membawa anda menyelusuri keindahan pantainya yang mempunyai ombak besar.
?PUNCAK GEURUTE


Perjalanan dengan motosikal selama satu jam dari Lhonga Leupung dengan keadaan berbukit bukau menyelusuri desiran ombak besar dan keindahan alam akan membuat anda menikmati keindahan dunia dan lupakan segala masalah. Jika menaiki kereta sila bawa ubat loya ?. Jika anda naik motor seperti sis sila nikmati kawasan hutan yang curam serta berbukit bukau dengan hati yang tenang.
Oh ya jangan lupa shopping ikan kering, sotong kering dan ikan bilis di persisir kawasan Lhok Seudu. Murah gilaaa punyaaaa.
?GRAMEDIA, Banda Aceh.

Bagi peminat buku hasil tulisan Asma Nadia atau Tere Liye. Anda boleh datang ke sini. Tapi harga buku tak ada murah sangat. Memadai untuk kita yang pencinta buku ?.
Sebenarnya ada lagi kawasan lain. Seperti air terjun, kawasan kolam air panas. Tapi disebabkan kekangan masa sebab nak photoshoot konvo jadinya lain kali kita datang lagi ???.
Kalau korang nak shopping di kedai yang boleh menggunakan ringgit Malaysia dan jugak boleh dapt beg dengan harga yang murah serta berbaloi, boleh datang ke kedai pakcik Yan Kedah ni di Pasar Aceh. Beg silang paling murah RM15. Beg bulat yang trending sekarang baru RM25. Begpack Aceh boleh dapat sekitar RM30. Berbaloi kan?




Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Destinasi ‘Istimewa’ Untuk Yang Suka Cari Tempat Percutian Unik

Isi Kandungan
ToggleSelain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
DA NANG, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI