Pemakaian hijab atau tudung tidak sepatutnya menjadi sebab seseorang individu tidak boleh melaksanakan tugas dan kerja dengan baik disesebuah organisasi terutamanya di sektor perhotelan.
Umum mengetahui berkerja di sektor perhotelan memerlukan kita sentisa berada dalam keadaan kemas, mahir berkomunikasi dan selalu berinteraksi dengan ramai orang. Namun tudung tidak sepatutnya dijadikan isu lebih-lebih lagi di Malaysia yang merupakan negara Islam.
Pada tahun yang sudah, Kementerian Sumber Manusia mendapati 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar 'standard grooming' yang melarang pekerja wanita bertudung. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan antara Disember 2017 sehingga 26 Januari 2018, larangan itu membabitkan bahagian tertentu, khususnya di bahagian makanan dan minuman (F&B) serta bahagian hadapan.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mengambil langkah dengan menasihatkan hotel-hotel terbabit agar mengambil tindakan pembetulan supaya tidak melaksanakan larangan bertudung. Kementerian memandang serius terhadap isu diskriminasi yang didakwa berlaku dalam kalangan beberapa majikan sektor perhotelan.
Sebagai langkah menangani diskriminasi di tempat kerja, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia turut berkata akan meneruskan pemantauan ke atas beberapa lagi premis pekerjaan di sektor perhotelan. Harap-harap untuk tahun 2020 ini, tiada lagi masalah diskriminasi seperti ini berlaku.
Sumber: Berita Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI