Penerbangan Malaysia (MAS) menerusi cabang operasi pelancongannya, MHholidays, melancarkan kempen percutian terbaharu, 'Kids Fly + Stay Free', yang membolehkan pelanggan menikmati pakej percutian dengan potongan harga sebanyak 60 peratus.
MAS turut menjalinkan kerjasama khas dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), bagi pakej #BahMarilah, khusus mempromosikan sektor pelancongan di negeri itu. Pakej ini bakal menarik pelanggan menerokai tarikan popular di Sabah, dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus untuk promosi percutian sehingga 24 Ogos nanti.
Hotel dan tarikan pelancong di Sabah sudah mula bergiat aktif dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dipatuhi oleh pelancong dan pengusaha. Ketika ini orang ramai sudah mula rancak mengunjungi Sabah bagi menerokai tarikan pelancongan yang ada. Beberapa lokasi utama seperti Kundasang, Ranau dan Kiulu menyaksikan kehadiran pelancong yang semakin bertambah. Bukan itu sahaja, malah para pelanggan yang menempah perjalanan dengan MHholidays akan layak bagi buku tawaran '‘MHholidays & Suria Sabah Shopping Mall Privilege Booklet' yang menawarkan diskaun tambahan seperti potongan harga 20 peratus untuk pembelian di Big Apple Donuts & Coffee, Birkenstock, Purest Borneo dan Under Armour, selain tawaran sedia ada di Sabah.