
Baru-baru ini viral apabila isteri kepada seorang wakil rakyat menjalani kuarantin kendiri Covid-19 di sebuah villa persendirian di Kelantan.
Villa dimaksudkan adalah Villa Danialla sebuah tempat yang mempunyai pantai persendirian dan bebas gangguan orang luar.
Terletak betul-betul berhadapan dengan Pantai Bachok, di Kelantan dan mempunyai keistimewaan tesendiri.
Terletak hanya 45 minit dari Kota Bharu, Villa Danialla merupakan lokasi paling sempurna untuk anda yang mahu lari seketika dari kesibukan bandar.
Terdapat 10 jenis bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian. Tak perlu riasu jika membawa keluarga besar percutí ke sini kerana ada bilik yang memenuhi keperluan masing-masing.
Bukan itu sahaja, selain untuk merehatkan minda di sini, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.
Antaranya adalah merehatkan diri dalam infinity pool yang mempunyai pemandangan lautan biru Laut China Selatan serta menghadap Pulau Perhentian.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan urutan Thai pada harga RM140 untuk 2 jam. Atau boleh pergi ke sauna Russian yang berharga pada RM90 sekali masuk (maksimum 6 orang), tetapi diingatkan supaya booking 3 jam lebih awal.
Untuk aktiviti lain, boleh menyewa untuk menunggang kuda pada kadar ditetapkan, berman volleyball di pantai serta boleh berkaraoke di lokasi disediakan.
Kredit Foto: FB Villa Danialla
Artikel BerkaitaN:
10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti
Lepak Tepi Pantai Lihat Matahari Terbenam, Nikmat Cuti Berdua Guna Camper Kelisa Yang Diubahsuai
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Destinasi Percutian Sekitar Sepang Yang Menarik Untuk Anda Teroka!

Isi Kandungan
ToggleDaerah Sepang antara daerah yang penting di Selangor kerana di sini menempatkan pelbagai fasilitis awam yang penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.
Tapi dalam masa kita ulang alik terbang ke sana ke mari melalui daerah Sepang ni, apa tempat percutian menarik yang boleh kita singgah untuk berehat, cuci mata, makan dan membeli belah? Okay ini antara lokasi yang dicadangkan kepada anda:
Movenpick Hotel

Anda cari hotel yang terbaik di daerah Sepang? Movenpick Hotel KLIA mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Hotel bercirikan rekaan Islamik ini hanya terletak 10 minit dari KLIA dan klia2, membuatkan sesiapa yang ingin datang ke Selangor atau Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain. Malah, sekiranya kehadiran anda untuk menghadiri acara perlumbaan automotif di Sepang International Circuit (SIC), lokasi hotel ini juga berada kurang 7 minit dari SIC.

Pelbagai fasilitis disediakan untuk kemudahan anda seperti kolam mandi yang berasingan lelaki dan wanita, gimnasium, spa dan enam restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia kepada anda. Selain daripada itu, dewan konvensyen di sini juga mampu menampung sehingga 2,500 pengunjung pada satu-satu masa untuk bersidang.
Sepang International Circuit
Terkenal dengan jolokan nama ‘home of Malaysian motorsport’, Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotorannya. SIC terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SIC bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa semata-mata, ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik seperti konsert dan sebagainya. Malah, anda juga dibenarkan untuk menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC.
Mula dibuka pada tahun 1998, SIC telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.
Muzium Automobil Malaysia

Muzium Automobil Malaysia ini terletak di Welcome Centre SIC dan mempunyai ruang pameran dua tingkat, mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik yang pernah digunakan di negara ini satu masa dahulu. Antara jenis kenderaan yang dipamerkan adalah The Brushmobile 1904, Ford Speedster 1923 dan Alvis Tourer 1935.
Selain daripada pameran kenderaan klasik, muzium ini juga menjadi pusat informasi mengenai sejarah automobil negara seiring dengan perkembangan industri automotif negara yang menjadi salah satu pengeluar kenderaan dan hub di rantau ini.
Pengunjung yang datang ke sini pasti akan lebih tahu mengenai perkembangan industri automotif negara yang melibatkan DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas, dan juga Perodua. Kemasukkan ke muzium ini adalah percuma dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Go-Kart SIC
Ingin merasai memandu di litar Sepang tapi takut nak memandu kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi? Okay, anda boleh cuba bawa Go-Kart dulu sebelum berjinak-jinak membawa kenderaan yang lebih besar ya. Bagaimana? Anda boleh ke SIC dan di sana, ada satu trek Go-Kart untuk anda yang ingin memandu kereta cilik tersebut.
SIC yang sebenar telah dibina pada tahun 1998 oleh jurureka trek F1, Hermann Tilke. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk keseluruhan trek SIC dan sebelum trek sebenarnya dibina, beliau telah membina trek kecil sebagai model terlebih dahulu.
Dan kini, trek model itulah yang digunakan sebagai trek untuk anda dan rakan-rakan berlumba menggunakan Go-Kart ala-ala Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.
Ladang Buah Naga HL, Bagan Lalang

Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL.
Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.


Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Mitsui Outlet Park
Mitsui Outlet Park antara lokasi shopping barangan berjenama dengan harga rendah di Sepang. Selain daripada kedai membeli belah berjenama seperi Nike dan Salomon, di sini juga menyediakan anda dengan pelbagai deretan restoran beraneka juadah daripada masakan tradisi Malaysia hingga ke luar negara seperti makanan Jepun, barat, Perancis, Thailand dan masalah China.
Medan Ikan Bakar & Makanan Laut
Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan. Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Balik Kampung Bila Bercuti Di Homestay Labu Kubong. Petang-petang Naik Basikal Ronda Satu Kampung Ambil Gambar!

Nak rasa percutian yang seakan di kampung sendiri? Petang-petang ronda satu kampung naik basikal sambil melawat ke beberapa tempat menarik yang ada di sekitarnya. Jika itu yang korang cari, Homestay Labu Kubong yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini menepati apa yang diinginkan.
Jauh dari kesibukan kota, kampung ini berlatarka sawah padi yang luas menghijau selain dikelilingi gunung-ganang. Cukup cantik dan menenangkan. Bila pemandangan dah cantik, mesti korang tak puas nak OOTD kan? rakam gambar kenangan sampai puas kerana ada banyak port cantik yang boleh anda ambil gambar kat sini.
Paling best bila balik kampung dapat ronda satu kampung dengan basikal. Kat sini korang boleh buat semua tu. Pilih sahaja nak ronda kampung naik basikal atau tram, penduduk kat sini ramah-tamah layan korang.
Boleh juga join aktiviti harian penduduk kampung yang masih mengekalkan tradisi seperti melawat dusun, mandi di tali air, melawat tempat memproses kerepek pisang dan madu kelulut. Pasti berbaloi korang punya percutian nanti. Bercuti dengan anak-anak atau BFF confirm semua suka sebab ada banyak aktiviti.
Alamat: Homestay Labu Kubong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak
Kredit foto: Homestay Labu Kubong , GoPro via FB Tourism Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pokok Boabab & Haiwan Lemur, Dua Mercu Tanda Ini Jadikan Republik Madagascar Unik

Kalau biasa menonton filem animasi Madagascar, tentu kita akan terbayangkan pengembaraan empat ekor haiwan dari Zoo Central Park yang telah menghabiskan hidup mereka dalam kurungan yang bahagia dan secara tidak dijangka dihantar kembali ke Afrika.
Hadapi pelbagai rintangan dan harus bertahan ketika berusaha untuk kembali ke Bandar Raya New York dengan bantuan kader penguin yang licik serta banyak watak lain di sepanjang jalan menjadikan filem animasi ini mendapat ulasan postitif dari peminat filem animasi hingga wujudnya empat sekuel mengenai filem ini.
Dihasilkan oleh DreamWorks Animation, filem Madagascar bermula pada tahun 2005 diikuti Madagascar: Escape 2 Africa pada tahun 2008. Filem ketiga berjudul Madagascar 3: Most Wanted Eropah dihasilkan pada tahun 2012. Sepatutnya ada terhasil Penguins of Madagascar pada tahun 2014 tapi malangnyaia tidak diterbitkan lagi sehingga ke hari ini akibat penstrukturan semula studio.
Keseluruhan plot menerusi siri ini mengikuti Filem-filem dalam francais ini telah mendapat ulasan kritikal positif secara keseluruhan. Itu di dalam filem tetapi di dunia sebenar, Republik ini sememangnya wujud.
Dalam satu perkongsian dari pengguna fb, John Mohamad, dirinya berkongsi keunikan negara tersebut yang sememangnnya sangat terkenal.
Madagascar satu negara yang tidak asing lagi pada kebanyakan orang, negara ni merupakan sebuah pulau besar yang berkeluasan 592,800 kilometer persegi. Negara yang terletak di lautan Hindi ini juga merupakan negara kepulauan yang kedua terbesar di dunia.
Mempunyai penduduk seramai 26,262,313 orang, negara ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang cukup memukau pandangan pelancong. Mungkin ada yang terfikir bila sebut sahaja nama Madagascar akan ingat cerita kartun Madagascar yang mempunyai sejenis haiwan yang kenali sebagai lemur.
Haiwan lemur ni boleh ditemui disekitar pulau keempat terbesar didunia ini, sebanyak 70 spesis lemur telah dikenalpasti oleh pengkaji. Disamping haiwan lemur, sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok Boabab juga merupakan salah satu 'mercu tanda' yang ada pada negara ini.
Pokok ni boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter dan dikatakan mampu hidup beratus tahun lamanya. 90 peratus hidupan yang ada di negara unik ini disifatkan sebagai Endemic iaitu tidak boleh dijumpai di tempat lain.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI