Sama ada anda memakai kasut, but ataupun selipar ketika mengembara, semuanya memainkan peranan penting.
Setiap satunya bukan sahaja melindungi kaki, malah turut memberikan keselesaan ketika meneroka tempat-tempat yang dijejaki.
kasut-but-atau-selipar
Namun, antara kasut, but dan selipar, semuanya mempunyai kekurangan tersendiri. Kalau tersalah pilih, aktiviti mengembara pasti terganggu. Jadi, memilih dan menentukan pelindung kaki yang sesuai ketika mengembara amat sekali digalakkan agar fungsi sebenarnya dapat dioptimumkan.
Ads
KASUT
Tidak kira daripada pun sekali buatannya, kasut dilihat lebih praktikal digunakan ketika mengembara. Jika anda jenis yang suka mengembara di bandar, kasut seperti trainer dan loafer adalah pilihan yang tepat. Ia mudah, cepat, ringan dan selesa ketika dikenakan pada kaki. Namun, kasut tidak praktikal apabila hari hujan ataupun berada di tempat berair seperti sungai, laut atau pun tasik. Kecenderungannya untuk basah adalah tinggi, sekali gus menyebabkan kaki merasa tidak selesa dan mengganggu emosi ketika mengembara.
Ads
BUT
But lazimnya diperbuat daripada kulit, mempunyai tapak yang tebal dan berat. Ia boleh disifatkan sebagai pelindung kaki terbaik ketika mengembara. Selain mengelak kaki daripada dimasuki air, ia juga melindungi kaki daripada objek-objek tajam seperti paku, kaca ataupun besi. Namun, tidak ramai yang memilih untuk memakai but kerana ia berat dan memenatkan kaki untuk melangkah lebih jauh. Di samping itu, membawa but juga menyebabkan berat bagasi anda bertambah. Pelindung kaki ini hanya praktikal digunakan ketika anda mengembara ke negara yang mempunyai musim sejuk.
Ads
SELIPAR
Selipar dilihat sebagai pelindung kaki yang praktikal ketika mengembara. Ia ringan, cepat, mudah dan selesa ketika digunakan. Jika anda seorang yang gemar dengan aktiviti di tengah bandar, pelindung kaki ini adalah jawapannya. Namun, memakai selipar jadi tidak praktikal apabila hari hujan. Ia boleh menyebabkan anda tergelincir dan merasa tidak selesa. Malah, pelindung kaki ini juga boleh menyebabkan kaki anda merasa sakit jika berjalan terlalu jauh ataupun lama. Walau bagaimanapun, selipar seharusnya ada bersama dengan setiap pengembara kerana ia memudahkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penularan virus COVID-19 menjadi igauan ngeri penduduk dunia hinggakan ia mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada normal baharu serta memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.
Tatacara normal baharu yang berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah beberapa bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei 2020 tetapi setiap pendaki perlu mematuhi SOP. Puncak gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabali terletak di Taman Kinabalu, Kundasang kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu yang juga kawasan Tapak Warisan Dunia.
Pendakian Ke Panalaban
Berdasarkan normal baharu itu hanya 100 pendaki dibenarkan dalam sehari (berbanding kira-kira 165 orang sebelum PKP) untuk mendaki dan setiap pendaki akan diperiksa suhu badan selain mencatat nama pada buku daftar di pintu masuk utama Taman Kinabalu sebelum dibenarkan berada di kawasan taman untuk urusan pendakian.
Setiap pendaki termasuk malim gunung dan porter tidak terkecuali daripada SOP yang ditetapkan itu bagi memastikan keselamatan setiap pendaki terjamin.
Pertamanya, suhu badan pendaki perlu melepasi tahap yang ditetapkan, barulah dibenarkan untuk mendaftar masuk bagi urusan pendakian seperti bayaran insurans, malim gunung, penginapan dan porter.
Waktu pendaftaran pula bermula seawal 7.00 pagi-10.30 pagi sahaja sebelum bergerak ke Timpohon bagi memulakan pendakian ke Panalaban sejauh enam kilometer.
Tepat pukul 9.40 pagi, selepas menandatangani buku daftar masuk di pintu Timpohon, 88 pendaki termasuk media dibenar untuk meneruskan pendakian ke Panalaban yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.
Panalaban adalah tempat perhentian yang menempatkan beberapa asrama penginapan untuk pendaki bermalam sebelum meneruskan pendakian keesokan hari ke puncak Kinabalu.
Baju hujan adalah antara keperluan yang perlu dibawa ketika mendaki selain sarung tangan, stokin, makanan ringan, minuman, ubat dan pakaian yang mudah kering selain ringan bagi memudahkan pergerakan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika mendaki ialah perubahan suhu dan ketinggian akan menyebabkan pendaki merasa pening, loya dan muntah berpunca daripada mabuk gunung (AMS)
Jika pendaki merasa sesak nafas dan kesejukan yang melampau, mereka perlu maklumkan kepada malim gunung supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka.
SOP Pendakian Untuk Semua Pendaki
Sepanjang pendakian ke Panalaban, pendaki akan melalui tujuh pondok perhentian iaitu pondok Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Paka dan Waras.
Pemeriksaan suhu badan semua pendaki termasuk malim gunung dan porter akan dijalankan lagi di pondok Layang-Layang yang berada di ketinggian 2,702 meter dari aras laut.
Jika suhu mereka lebih daripada 37.4 darjah selsius, individu itu akan dikuarantin di bilik yang telah disediakan di pondok Layang-Layang.
Selepas itu, suhu pendaki diperiksa lagi di pondok Waras; di pintu masuk restoran dan penginapan Laban Rata; sebelum bertolak ke puncak Gunung Kinabalu dan selepas turun dari puncak Kinabalu.
Semasa berada di puncak Kinabalu pula, bagi mengelakkan kesesakan hanya empat orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa dan perlu bergilir untuk bergambar.
Proses sanitasi dibuat di setiap kawasan rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
Proses sanitasi juga dibuat di setiap kawasan penginapan yang terdiri daripada beberapa buah antaranya rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
Kedudukan katil di setiap bilik juga disusun dengan jarak yang ditetapkan selain penyediaan cecair pembasmi kuman di setiap pintu masuk bilik penginapan.
SOP Di Restoran Laban Rata
Pelayan di restoran Laban Rata membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Bagi penyediaan makanan di restoran Laban Rata, pendaki tidak dibenar untuk mengambil makanan sendiri seperti sebelum ini.
Bagi mematuhi SOP, pelayan di restoran akan membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan.
Jumlah pendaki yang berada di restoran ini untuk menjamu selera juga dikurangkan kepada 30 orang berbanding 40 orang sebelum ini dan tempoh 30 minit diberikan untuk setiap kumpulan berada di restoran itu.
Setiap pelayan mahupun tukang masak di restoran itu juga memakai pelitup separuh muka sebagai langkah keselamatan.
Sebuah laman Facebook portal gajet, wiser.my mendedahkan rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Google Maps berbanding Waze untuk membantu mereka mencari petunjuk arah.
Dalam tinjauan yang dilakukan dan dikongsikan astroawani pada penghujung tahun lalu, 65 peratus memilih Google Maps berbanding hanya 35 peratus yang memilih Waze.
**media[146582]**
Menerusi ruangan komen, netizen memaklumkan mereka lebih suka menggunakan Google Maps kerana dianggap lebih 'boleh diharap' dan tidak memberatkan sistem telefon.
Namun ramai juga yang menyifatkan Waze lebih baik kerana dilengkapi real time reporting tool yang membolehkan pengguna mengetahui situasi di jalan raya dengan lebih tepat, termasuk sekatan jalan raya dan kemalangan.
**media[146580]**
Dalam pada masa itu, Google dilaporkan akan menambah beberapa ciri seperti yang ada pada Waze kepada Google Maps untuk Android dan iPhone, selain sokongan Street View (Android) dan maklumat cuaca (iPhone), lapor portal antarabangsa bgr.com. Turut akan ditambah ialah ciri mengesan penutupan lorong, objek yang menghalang laluan dan petunjuk kawasan pembinaan.
**media[146584]**
Apa pilihan aplikasi petunjuk arah anda?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, atau pemanduan pacuan empat roda.
Kebanyakan pusat peranginan di Terengganu akan menutup operasi mereka seketika bagi menghadapi musim tengkujuh untuk tempoh beberapa bulan terutama dari bulan November hingga Januari. Namun tidak bagi Tasik Kenyir kerana lokasi ini sering dibanjiri pengunjung dan menjadi tumpuan pelancong terutamanya kaki pancing.
Nak tahu kenapa? Menariknya setiap kali pada musim tengkujuh, Tasik Kenyir bagaikan pesta kerana ramai kaki pancing yang turun berkampung di sini untuk menghabiskan cuti akhir tahun mereka. Tasik Kenyir yang terkenal sebagai lubuk ikan air tawar akan menjadi tumpuan dalam kalangan kaki pancing kerana kebiasaannya pelbagai spesis ikan akan bertambah dengan banyak pada musim tengkujuh seperti Sebarau, Kelah, Temoleh, Baung, Lampan dan Belida.
Pelancong tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan mereka ketika berkunjung ke Tasik Kenyir pada musim tengkujuh. Di sini tiada ombak seperti perjalanan ke pulau peranginan yang lain, malah pengusaha bot juga sudah berpengalaman luas beroperasi ketika musim tengkujuh dan sedia maklum mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa. Mereka sentiasa memastikan aspek keselamatan pelancong diutamakan dan peka dengan perubahan cuaca semasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Menarik bukan? Jomlah buat tempahan segera trip ke Kenyir!
image via google | astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!