Taiping baru saja menang anugerah bandar ketiga terbaik dunia baru-baru ni tapi tak lama lepas tu, ada orang luar yang tegur kawasan air terjun di negara kita dipenuhi dengan sampah sarap.
Ken Butler, seorang pelancong dari luar negara yang datang ke negara ini memuatnaik status di Facebook beliau yang menunjukkan kawasan air terjun di sekitar Kuala Lumpur dicemari dengan sampah sarap.
Keadaan tempat berkelah yang dipenuhi sampah sarap itu amat menyedihkan beliau dan menyeru supaya rakyat Malaysia berbuat sesuatu supaya keadaan itu boleh berubah.
Libur amat bersetuju dengan pandangan beliau. Rakyat Malaysia perlu berubah kearah yang lebih baik lagi terutamanya membabitkan soal kebersihan alam sekitar.
Banyak tempat-tempat pelancongan dan berkelah yang menarik tercemar dengan longgokkan sampah sarap daripada pengunjung yang datang bercuti.
Mentaliti dan sikap tidak bertanggungjawab ini seharusnya diubah supaya Malaysia terus kekal cantik dan bersih untuk keselesaan kita bersama.
Amalkan sikap pandai makan, pandai simpan dan jangan tinggalkan sampah sewaktu kita nak balik dari mana-mana lokasi percutian. Buang dalam tong sampah dan kalau tiada tong sampah, bawa sampah tu balik ke rumah dan buang dalam tong sampah di rumah. Tak kan la di rumah pun tiada tong sampah kan?
Jangna sampai orang luar yang kena tegur sikap pengotor kita. Tak tahu malu ke?!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Disinari Limpahan Warna Bendera Palestin, Menara Kuala Lumpur Tunjuk Tanda Solidariti & Sokongan
Nampaknya pelbagai cara yang ditunjukkan orang ramai dalam memberi tanda sokongan melanda negara Palestin yang menjadi mangsa keganasan Regim Zionis.
Malam tadi ikon kebanggaan negara kita, Menara Kuala Lumpur dilimpahi cahaya berwarna Bendera Palestin iaitu hijau, merah, putíh dan hitam.
Dalam posting di Facebook, pihak Menara Kuala Lumpur memberitahu Ini adalah sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan saudara seislam kita yang ada di sana.
Menara Kuala Lumpur dilimpahi cahaya berwarna bendera #Palestine (hijau, merah, putih & hitam) tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan saudara islam di sana.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka terus kuat untuk berjuang!
Ternyata tanda solidariti ini juga turut mendapat sokongan warganet lain. Mereka juga turut muat naik perkongsian balas dengan cara yang sama.
Walaupun kita jauh dak tidak mampu berbuat apa-apa, tetapi sokongan begini juga menunjukan semangat kita untuk sama-sama merasai dan memahami perjuangan rakyat di sana yang menyambut Syawal dalam keadaan berduka.
Artikel Berkaitan:
Usah Bersedih, Ini 6 Cara Raikan Syawal 2021 Dengan Lebih Bermakna
Jambatan Kaca Di China Rosak Teruk Dilanda Angin Kuat & Hujan Batu
7 Idea Raya Walaupun Berdepan PKP, Gamit Suasana Lebaran Di Negeri Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aktiviti Air Yang Mencabar Dan Menyeronokkan Selain Daripada Selam Skuba & Snorkeling
Boleh dikatakan hampir semua orang sukakan pulau, pantai dan laut. Kombinasi tiga elemen ini cukup mempersonakan mata, jiwa, minda dan hati saat tiba saja ke destinasi percutian yang terletak di ketiga-tiga elemen berkenaan.
Masakan tidak, menghabiskan masa di tepi pantai sambil menghirup udara nyaman bayu laut boleh memberikan ketenangan yang cukup mendamaikan lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah sekian lama kerja keras di hari-hari yang lain.
Tapi seringkali kita dijamukan dengan aktiviti air yang sudah menjadi biasa apabila mengambil pakej atau merancang trip ke pulau, pantai dan laut seperti selam skuba ataupun selam snorkel.
Tak ada aktiviti lain ke selain daripada itu? Jawapannya, ada. Ada beberapa aktiviti air yang lain anda boleh cuba sekiranya ingin keluar sebentar daripada kebiasaan menyelam skuba ataupun snorkeling.
Di sini Libur senaraikan kepada anda, apakah aktiviti membabitkan air yang anda boleh lakukan sewaktu bercuti ke kawasan pulau, pantai mahupun laut. Aktiviti ni bukan sahaja menyelam, malah lebih daripada itu.
Ada aktiviti menyelam menggunakan peralatan yang terbaru dan ada juga aktiviti ronda-ronda menggunakan kenderaan bawah laut. Jadi aktiviti yang disenaraikan ini adalah pelbagai dan memberikan pilihan yang berbeza kepada anda.
Ada di antara lokasi ini tiada di Malaysia. Tapi, apa salahnya kalau disenarai pun kan? Mana la tahu satu hari nanti anda ada pasang angan-angan untuk ke tempat-tempat yang Libur senaraikan, boleh la mula menyimpan daripada sekarang.
Menyelam menggunakan H2O Ninja Mask
Anda boleh cuba untuk menyelam menggunakan H2O Ninja Mask. Aktiviti ini sama seperti selam snorkeling tetapi menggunakan H2O Ninja Mask, bukan topeng biasa snorkeling. Alat biasa snorkeling selalunya menghasilkan kabus yang akan membuatkan anda perlu membersihkan kabus tersebut setelah beberapa minit menyelam, ditambah dengan alat penafasan yang agak janggal dipakai lebih-lebih lagi kepada yang pertama kali menyelam.
H2O Ninja Mask berkonsepkan topeng penafasan full-face, membolehkan anda bernafas seperti biasa menggunakan hidung berbanding alat konvensional snorkeling yang bernafas menggunakan mulut. Selain itu, cermin khas yang digunakan membolehkan anda menyah-kabus sebanyak 90 peratus – menjadikan pengalaman menyelam anda lebih baik daripada selalu.
Menyelam Snuba
Menyelam snuba ini sama seperti yang anda lihat penyelam yang menyelam ke dasar laut dalam menggunakan hos lalu disambung dengan tong oksigen. Snuba ini membolehkan anda menyelam ke kedalaman yang lebih dalam berbanding snorkeling tetapi tidaklah melebihi kedalam menyelam skuba – yang memerlukan anda memakai peralatan yang lebih rumit dengan teknik-teknik tertentu.
Satu alat penafasan yang mudah akan disambungkan dengan tong oksigen lalu diberikan kepada anda untuk dipakai, membolehkan anda menyelam ke kedalaman 15 kaki dengan mudah. Dengan kadar penglihatan yang jelas di bawah laut, pasti pengalaman menyelam anda lebih menyeronokkan berbanding biasa.
Antara lokasi yang terkenal dengan peralatan seperti ini adalah di Florida Keys, Amerika Syarikat. Penyelam boleh meneroka kawasan terumbu yang dipanggil sebagai Great Florida Reef. Bilakah peralatan seperi ini akan sampai ke Malaysia. Kita tunggu mana-mana syarikat yang ingin melabur dengan peralatan ni nanti ya.
Submersible Scooter
Alat menyelam ini seakan-akan bentuk motorsikal, anda boleh menunggang dan tidak perlu untuk menyelam beriya ke sana ke mari dengan menggunakan Submersible Scooter ini. Ia ada ruang yang memboleh anda memasukkan kepala dengan selesa dan bernafas seperti biasa.
Ruang kepala ini membolehkan anda menoleh ke kiri dan ke kanan dengan mudah, lantas menjanjikan pengalaman menyelam yang berbeza dengan orang lain. Aktiviti menyelam seperti ini anda boleh lakukan di Kepulauan Honduras, Hawaii ataupun Mauritius. Jauh? Tak berapa jauh pun sebenarnya dengan teknologi pengangkutan yang kita ada zaman sekarang ni.
Lagipun, ramai orang Malaysia yang berbulan madu ke sana. Manalah tahu satu masa nanti anda pula yang akan berbulan madu ke tempat-tempat yang disebutkan tadi. Boleh la cuba aktiviti Submersible Scooter ni.
Aquatica Submarines
Kapal Selam Aquatica ini adalah kapal selam mini yang boleh memuatkan antara 3 hingga 5 orang dalam satu-satu masa. Ini bukanlah kapal selam perang berkuasa nuklear yang anda tonton dalam filem. Ini hanyalah kapal selam mini rekreasi yang boleh membawa anda menjelajah ke dasar laut untuk merasai dan melihat dengan mata kepala sendiri, apakah yang ada di bawah laut selama ni.
Kapal selam Aquatica ini boleh menyelam ke kedalaman 3,300 kaki. Selain daripada digunakan untuk tujuan pelancongan, kapal selam Aquatica ini juga digunakan sebagai pengangkutan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.
Atlantis Submarines
Satu lagi kapal selam yang membolehkan anda merasai pengalaman di bawah laut. Anda boleh rasai sendiri pengalaman menyelam menggunakan kapal selam Atlantis ini sewaktu bercuti sama ada ke Hawaii, Caribbean ataupun Guam.
Kapal selam menggunakan kuasa bateri ini boleh menyelam ke kedalaman 100 kaki dan boleh membawa penumpang dengan kapasiti 12 orang dalam satu-satu masa. Disebabkan menggunakan kuasa bateri, kapal selam ini mesra alam sekitar dan tidak memberikan pencemaran bunyi, sama ada kepada hidupan bawah laut mahupun kepada anda sebagai penumpang.
Selain daripada itu, di tapak selaman kapal selam ini, syarikat pengoperasinya juga telah meletakkan terumbu karang buatan manusia di beberapa lokasi kapal tenggelam – lalu menghasilkan terumbu karang buatan yang kini menjadi rumah kepada penyu dan ikan-ikan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alaa..3 Bulan Lagi Baru Harga Barang Di Pulau Pangkor Dijangka Turun
Umum mengetahui Pulau Pangkor telah diiktiraf sebagai pulau peranginan baru bebas cukai bermula 1 Januari 2020 yang lalu.
Namun pengisytiharan rasmi dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Ramai yang teruja dengan status baru itu dan pastinya tidak sabar untuk membeli produk bebas cukai dengan tawaran harga lebih rendah berbanding tempat lain.
Namun begitu pengunjung ke Pulau Pangkor dijangka dapat merasai penurunan harga barangan yang ketara kesan daripada pengisytiharan pulau peranginan itu sebagai Pulau Bebas Cukai dalam tempoh tiga bulan lagi.
KPDNHEP sedang menjalankan kajian bagi memantau kenaikan harga barangan, makanan dan perkhidmatan di Pulau Pangkor dan maklumat harga ini akan dijadikan panduan serta asas kepada kajian hadapan. Sebanyak 109 premis seperti pasar awam, kedai runcit, pasar raya, penyedia perkhidmatan seperti teksi, hotel, restoran dan gerai makanan di pulau itu telah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP.
**media[120818]**
- Berdasarkan pemantauan, 23 jenis barangan keperluan pengguna dan 18 makanan siap masak mengalami kenaikan harga melebihi 10 peratus antaranya disebabkan faktor logistik kerana barangan mentah terpaksa dibawa masuk melalui jeti Kampung Acheh berbanding Jeti Marina, Lumut, sebelum ini.
- Pemantauan ke atas 20 premis hotel, resort dan rumah tumpangan pula mendapati sebuah premis menaikkan caj perkhidmatan menerusi pakej yang ditawarkan manakala sebuah lagi premis mengalami penurunan.
- Buat masa ini pula terdapat enam jenama rokok akan mengalami penurunan harga kira-kira 100 hingga 150 peratus. Setakat ini, satu jenama rokok sahaja iaitu Marlboro mengalami penurunan harga dari RM150 satu paket (karton) untuk 10 kotak, turun kepada RM58.
**media[120819]**
Menerusi sumber Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata penurunan harga berkenaan akan berlaku secara berperingkat dan pemantauan akan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Masalah peniaga sekarang mereka ada stok lama yang dibeli dengan harga lama, jadi ia mengambil masa untuk menghabiskannya. Pemantauan mendapati, setakat ini harga masih sama tetapi hanya untuk jangka masa pendek," katanya
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI