Bagi sesiapa yang pernah menginap di Hotel de Art terutama di USJ 21, anda pasti tahu mengenai keunikkan yang ditonjolkan oleh hotel berkenaan. Kepada yang masih belum pernah berkunjung ke situ, Hotel de Art USJ 21 ini adalah salah satu daripada rangkaian 5 butik Hotel de Art yang lain.
Ini bukan budget hotel tau, tapi butik hotel
Wait a minute, butik hotel? Apa itu butik hotel? Okay mari Libur kongsikan sedikit maklumat mengenai butik hotel kepada anda.
Petikan daripada www.tripsavvy.com, butik hotel ini mempunyai beberapa karakter atau elemen yang tersendiri seperti; mempunyai kurang daripada 100 bilik, walaupun bersaiz kecil tapi menyediakan perkhidmatan setaraf hotel lima bintang, memberikan atmosfera yang moden dan kontemporari, diperkayakan dengan sentuhan tempatan daripada satu-satu tempat, dan memfokuskan servis makanan dan minuman selain layanan setaraf lima bintang.
Tripsavvy juga menyebut butik hotel adalah mesra kepada haiwan peliharaan tetapi dalam konteks negara Malaysia, semestinya haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
Okay cukup info mengenai butik hotel buat masa ini. Nanti kita sambung lebih lanjut dalam artikel yang lain. Kita sambung dengan cerita Libur berpeluang untuk menginap di Hotel de Art USJ 21.
Bertemakan ‘english garden’ untuk tampilkan kelainan kepada pengunjung
Setibanya saya di hotel ini yang terletak di Jalan USJ21/6, Subang Jaya, luaran bangunan dan
lobi hotel mempesonakan saya dengan lukisan mural yang dilukis oleh artis professional. Anda jangan terpedaya dengan pandangan mata ya, semua corak lukisan yang ada di dinding hotel ini bukan wallpaper, tapi ianya dilukis. Sebagai seseorang yang turut meminati seni, saya boleh bagi kredit kepada pelukisnya kerana berjaya menghasilkan lukisan yang teliti dan cantik. Goodjob!Pemilihan perabot dalaman dan hiasan dinding juga secara peribadi saya boleh katakan kena dengan konsep. Siap ada pendiang api, tapi pendiang api palsu la. Tak sesuai letak pendiang api dalam bangunan di Malaysia ni sebab kita bukan ada musim sejuk pun. Cuma attention to detail Hotel de Art USJ 21 ini saya rasa berjaya untuk memberikan mood berdasarkan konsep english garden mereka.
Koridor dan bilik hotel turut dihiasi lukisan mural
Usai proses check-in, saya pun berjalan menuju ke bilik yang diberikan di tingkat dua. Apa yang menarik perhatian saya adalah ruang koridor dan bilik turut dihiasi dengan lukisan mural. Dalam hati terdetik, jenuh juga pelukis ni nak lukis satu bangunan, habis satu dinding tu dia lukis. Tapi hasil lukisan inilah yang membuatkan rangkaian Hotel de Art menang anugerah emas kategori Creative & Innovative Boutique Hotel anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018. Kudos Hotel de Art!
Lokasinya berdekatan dengan lokasi hotspot di USJ
Pengunjung yang datang atas urusan kerja dan mesyuarat atau perlu menghadiri majlis, kursus dan seminar boleh letakkan Hotel de Art USJ 21 ini dalam senarai pilihan kerana lokasinya berada berhampiran dengan One City Mall, Main Place Mall, stesen LRT dan 10 minit memandu daripada Plaza Tol USJ. Hotel ini menyediakan 27 bilik bermula dari harga RM88 rasanya mampu untuk memenuhi keperluan anda untuk bermalam sekiranya ingin menghadiri majlis kahwin di One City Mall atau menghadiri seminar di Main Place Mall keesokkan harinya.
Cuma.. Hotel de Art USJ 21 ni kurang pada beberapa perkara
Pendapat saya, Hotel de Art USJ 21 ini mampu menepati 100% karakter dan elemen yang perlu ada pada sesebuah butik hotel kalau mereka mampu menyediakan makanan dan minuman dalam hotel yang bersesuaian kepada pengunjung.
Hotel de Art USJ 21 ada menyediakan ruang dapur yang selesa untuk kegunaan pengunjung, tapi tidak lebih daripada itu. Makanan dalam hotel yang disediakan juga adalah makanan frozen yang perlu dipanaskan semula.
Kepada para pengunjung yang ingin menginap di sini, pastikan anda makan terlebih dahulu di mana-mana kerana tiada restoran berdekatan yang boleh anda pergi dengan berjalan kaki dalam jangka masa 5 minit.
Kedua, hotel ini bukan untuk backpack. Walaupun menawarkan harga serendah RM88, rasanya tidak bersesuaian dengan backpack tourist yang mahukan harga budget terendah untuk kos penginapan mereka. Hotel de Art USJ 21 ni nampak macam budget hotel, tapi sebenarnya tidak. Dia butik hotel. Ada perbezaan di situ, so take note fellows.
Selain daripada makanan frozen hotel, ketiadaan restoran berdekatan dan tidak sesuai untuk backpack tourist, saya rasa Hotel de Art USJ 21 adalah butik hotel yang sesuai dengan anugerah yang dimenanginya.