Hutan yang dipanggil Maliau Basin atau Danum Valley ini sememangnya menjadi syurga kepada para penyelidik dan pencinta flora dan fauna.
Mendapat jolokan The Lost World of Sabah, destinasi ini diselia oleh Yayasan Sabah. Disebabkan keunikan Maliau Basin, perjalanan sukar dan berdebu sejauh lebih 100 kilometer dirasakan cukup berbaloi.
Maliau Basin yang diliputi hutan asli seluas 390 kilometer persegi itu bersepadan dengan tebing yang menjangkau ketinggian 1,675 meter dari aras laut. Keistimewaan Maliau Basin pastinya tertumpu kepada kepelbagaian spesies hidupan liar, sumber air sungai dan air terjunnya. Maka tidak hairanlah jika ia sangat terkenal menjadi satu lokasi pusat kajian yang sempurna.
Pengunjung dan pelancong tidak dibenarkan membuat sebarang kerosakan. Sehelai daun pun tidak boleh dicabut dan dibawa keluar. Lebih menarik, hutan itu menjadi lokasi kepada air terjun yang tidak terkira banyaknya. Setakat ini, lebih 10 tapak air terjun dijumpai.
Bagi yang sukakan aktiviti lasak, mereka boleh menjalani aktiviti trekking ke kem-kem satelit untuk melihat air terjun. Pengunjung juga boleh menikmati keindahan alam sewaktu melalui titian gantung, laluan denai dan banyak lagi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI