Mesti ramai yang perasan, waktu siang kita ketika ini cerah lebih awal. Ada yang kelam-kabut melakukan rutian harian biasa pada waktu pagi kerana menyangka telah lambat untuk melakukan urusan lain atau pergi ke kerja.
Begitu juga pada waktu petang, jam baru menunjukkan pukul 6.30, tetapi suasana sekeliling sudah mula gelap untuk masuk waktu malam.
Nak tahu apa yang terjadi? Baca perkongsian daripada saudara Omén Necrofis ini.
Waktu Kita Menjadi Awal
Tanpa kita sedar, kita sedang merasai kesan daripada Fenomena Analema di mana matahari terbit (syuruk) awal sekitar pukul 7 pagi dan matahari terbenam (Maghrib) sekitar 7 malam.
- Kemuncaknya adalah pada awal minggu bulan November. Ia adalah fenomena biasa bumi berdasarkan kedudukan matahari. Ia kembali kepada keadaan biasa pada penghujung setiap November dan menjadi lambat pada setiap Februari. Bagaimana ia berlaku tidak akan dihuraikan di sini.
- Dalam tempoh ini kita akan tidur awal dan bangun awal. Dengan kata lain, masa seakan-akan cepat kira-kira 15-30 daripada waktu biasa. Pukul 7.00am (sudah terang) di mana pada tempoh ini adalah seperti pukul 7.30pm pada bulan-bulan biasa.
- Dengan kata lain matahari terbit dan terbenam lebih awal berbanding hari-hari biasa.
Waktu solat Zuhor dan Maghrib semakin cepat menjelang awal November. Waktu Zuhor boleh mencapai seawal 12.56-12.59 pm dan maghrib seawal 6.56-7.00 pm (waktu semenanjung ikut kawasan). - Kalau berpuasa dalam tempoh ini akan iftar lebih cepat daripada hari-hari biasa… Yang berkerja mengikut waktu akan masuk kerja ‘awal’. Keadaan sebaliknya berlaku pada bulan Januari dan Februari di mana masa seakan-akan lambat pula kira-kira 15-30 minit pukul 7.00am (masih gelap) di mana pada tempoh itu adalah sama spt pukul 6.30am pada hari-hari biasa.
- Fenomena inilah yang menyebabkan waktu solat kita sering berubah-ubah sepanjang tahun dan tidak tetap pada satu masa sahaja. Ia fenomena tabii alam dan menjadi rutin setiap tahun tertib mengikut aturanNya (sunnatullah).
” Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu mengambil pengajaran (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmatNya itu)”. Al-Furqan: 62
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI