Perasan atau tidak, kebanyakkan tempat di kawasan anda sedang mengalami cuaca panas yang terik.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan di facebook rasmi mereka MET Malaysia memaklumkan Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas. Keadaan ini akan berlaku sehingga Mac nanti terutamanya di utara negeri Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.
MET Malaysia turut menasihati orang ramai agar dalam tempoh cuaca panas dan kering kini, masyarakat diingatkan agar menjimatkan penggunaan air. Berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak membuat pembakaran terbuka serta minum air secukupnya untuk kesihatan tubuh badan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Foto Dua Ekor Tikus Bergaduh Menang Anugerah. Ini Kisah Disebalik Gambar ‘Pergaduhan’ Tersebut
Seorang jurugambar, Sam Rowley, telah memenangi anugerah fotografi hidupan liar dari Natural History Museum London. Jurugambar terbabit berharap foto 'dua ekor tikus sedang bertarung' akan membuka mata masyarakat tentang satu sisi kehidupan di kotaraya London yang tidak diteroka banyak pihak.
Sam Rowley, seorang jurugambar bersama BBC, mendapat idea untuk mengambil gambar seumpama itu selepas menerima video yang dihantar seorang rakan, yang memaparkan dua ekor tikus bergaduh di tepi jalan. Jurugambar berusia 25 tahun itu kemudiannya menghabiskan masa kira-kira seminggu, singgah ke beberapa platform stesen kereta api dan berada di lokasi dari malam sehingga awal pagi. Sam Rowley, mengakui dia menerima pandangan pelik daripada orang ramai ketika berbaring di lantai di banyak stesen kereta api sekitar London demi mendapatkan shot yang diingini.
Sumber: nhm.ac | astroawani
'Ramai yang terkejut dan ada yang nampak tidak selesa pada mulanya apabila saya berbaring di lantai platform untuk mengambil gambar, tetapi apabila saya menjelaskan sebab saya berbuat demikian, mereka okey. Saya agak kecewa dengan apa yang saya dapat pada mulanya, tetapi usaha pasti akan membuahkan hasil. Anda harus menceritakan kisah tentang bagaimana manusia dan haiwan ada perkaitannya. Kita selalu fikir tentang haiwan liar yang besar dan gah, tetapi saya rasa kita perlu juga menghargai haiwan kecil, yang turut berjuang untuk terus hidup,' katanya.
Natural History Museum London, memaklumkan penyertaan itu dipilih kerana ia memberikan gambaran menarik tentang bagaimana haiwan hidup dalam persekitaran yang dikuasai manusia. Foto itu dipilih sebagai pemenang menerusi undian orang ramai, menewaskan 48,000 penyertaan lain.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beringat Sebelum Kena, Kenali Petanda Kemunculan ‘Kepala Air’ Ketika Beriadah Di Air Terjun
Kejadian kepala air sering berlaku di kawasan air terjun dan sungai tumpuan ramai. Kecelakaan akibat kepala air bukan sahaja membabitkan lemas, tetapi boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya berlaku rempuhan sampah atau balak yang dibawa arus, yang mungkin juga boleh membawa maut.
Kejadian terperangkap dalam ‘kepala air’ dapat dielakkan sekiranya pengunjung peka dengan persekitaran dan perubahan cuaca di kawasan pusat rekreasi air terjun atau sungai.Oleh itu semua individu tidak kira peringkat umur perlu sentiasa berwaspada dengan perubahan kawasan sekeliling. Ajar keluarga anda, kanak-kanak, rakan dan sesiapa sahaja panduan mengesan tanda-tanda bakal berlaku ‘kepala air’.
Basic survival tips utk mengenali kepala air harus di pelajari oleh setiap parent campers, dan diberi pendedahan kepada anak-anak. Salah satu antaranya :
1. Buih-buih yang timbul dengan banyak dari permukaan air yang datang dari hulu.
2. Daun-daun /sampah-sampah /batang kayu di bawa bersama deras air.
3. Perubahan warna air yang datang dari hulu, kebiasaan air berubah jadi warna gelap dari tone air biasa (terhasil dari pergolakkan keladak/sampah/mendapan).
4. Deru angin dan deras air berubah dengan laju dan bunyi lebih kuat. Ada sebab kenapa org tua-tua tak kasi buat bising /hingaq bila masuk hutan, supaya kita lebih peka dengan perubahan alam.
5.Kawasan berpotensi kepala air mempunyai bentuk geografi tadahan hujan yang besar dan kurang pecahan aliran air.
6. Walaupun hujan jauh dari kawasan rekreasi, kepala air masih boleh berlaku.
7. Tanda-tanda kesan kepala air pernah berlaku di kawasan tersebut boleh dilihat di tebing-tebing sungai atau aliran air.
8 Dari jauh kadang-kala boleh dengar bunyi batu & kayu itu menandakan kepala air yang sangat kuat dan besar sedang menghampiri.
9. Daun-daun hijau secara tiba-tiba ada banyak dalam sungai.
10. Kita tak nampak hujan di puncak bukit, jadi sekiranya nampak awan mendung dan terdengar guruh atau serta paras air mula meningkat, lebih baik tinggalkan lokasi terbabit dengan segera.
.
Image via google | Sumber: Alya Ammar Qary via Family Camping Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor
Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai.
Dengan itu, pantai ini mewujudkan banyak peluang fotografi yang unik kepada pelancong. Destinasi ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agrikultur.
Ini merupakan tip percutiaan menarik daripada sumber Port Cuti Bajet untuk anda yang teringin ke Pantai Sky Mirror.
PERCUTIAN BERBALOI KE PANTAI PERSIS CERMIN
Sebelum ni, bila time cuti sekolah je aku bawa anak2 bercuti dekat hotel apartment dekat tengah2 KL. Seronok bukan main lah budak-budak tu. Tapi cuti sekolah kali ni, teringin nak cuba yang lain dari yang lain. Yang unik sikit lah kata orang. So, terus aku search online.
Ramai juga yang suggest sky mirror kalau nak bercuti yang unik dan menarik. Bila aku tengok google dan facebook, serius! Jatuh cinta tengok gambar2 dia. Cantik macam dekat luar negara. Kaki bergambar comfirm suka sebab boleh jimat banyak!
Aku stay kat sana 2 hari 1 malam. Disebabkan bot aku tu gerak Jam 1.15 petang, so jam 10 pagi aku dah drive gerak dari bangi. Perjalanan dari jeti ke tempat bergambar tu pulak dalam 30-40 minit je dengan menaiki bot.
Serius memang cantik kawasannya. Dengan langit dan air laut yang biru, tenang je rasa. Gambar yang kita snap pun jadi cantik giler2! Serius puas hati!
Aku stay dekat hotel Malawati. Percaya tak, untuk 5 orang dengan 2 katil queen dan 1 katil single aku hanya bayar RM48 sahaja! Stay weekend pula tu. Memang murah dan jimat sangat-sangat.
Bagi yang blur-blur tak tahu sky mirror tu apa, korang boleh try google. Tempat dia cantik untuk bergambar dan dengar-dengar ada 3 tempat je yang macam ni. Serius lah! Salah satunya dekat Kuala Selangor, Malaysia kot. Bangga jap.
- Rate ke sky mirror RM80 untuk dewasa, RM60 untuk kanak-kanak, dan ada additional 20% discount untuk OKU child. Pakej termasuk semua perjalanan pergi balik naik bot, dan semua pic-pic cantik yang ada kat sana, team Sky Mirror yang snap. Gigih tau dorang terbaring untuk hasil kan effect mirror yang cun.
- Orang kata, alang-alang bercuti tu biar betul-betul bercuti kan? Dalam masa sehari tu memang aku habiskan masa dekat sky mirror, bagi monkey makan dekat bukit Malawati, dan Eagle Feeding.
- Sebenarnya, kalau korang stay 2 malam pun boleh buat macam-macam aktiviti lagi. Meh aku list kan untuk korang refer:
- Sky mirror – pantai persis cermin
- Firefly – saksikan ribuan kelip-kelip terangi malam
- Eagle feeding – helang beterbangan tunjukkan aksi di tengah laut.
- Blue tears – fenomena air laut biru yang unik
- Taman melawati – ratusan monyet yang jinak
- Ikan air tawar
4. Kalau pergi semua aktiviti ni pun..boleh dapat rate RM140-RM150 je bergantung dengan korang punya nego.
5. Dengan 2 hari korang stay, semua aktiviti ni korang boleh buat bersama keluarga or kawan-kawan. Serius memang cantik kalau dapat tengok sendiri kelip-kelip dan blue tears tu!
6. Kalau bab makan pulak, ade beberapa tempat yang sangat recommended. Antaranya aroma ikan bakar. Setengah jam dari jeti. Tapi disebabkan aku pergi sabtu dan cuti sekolah. Comfirmlah dah penuh. Oleh itu aku suggest korang yang nak ke Sky Mirror dan nak makan Aroma Ikan Bakar ni book dulu untuk reserve tempat duduk. So senang lah nanti.
7. Dekat sky mirror ni ade banyak ejen yang bersedia membantu kita dari naik bot ke sky mirror, eagle feeding, firefly dan sesi fotografi pun sama. Macam aku, lepas search di facebook aku jumpa company Fun Life. Diorang memang best!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI