‘Malaysia Masih Selamat! Kita Tak Perlu Halang Pelancong Dari Wuhan Datang!’- Perdana Menteri

Share

Keadaan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia belum lagi sampai di peringkat kritikal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Setakat ini, empat disahkan kes Koronavirus yang dikesan di negara kita.

“Buat masa sekarang ia belum lagi kritikal hingga perlu menghalang pelancong, contohnya. Kita perlu menilai bila peringkatnya kritikal. Namun kita akan terus melakukan pemeriksaan ke atas pelancong, apabila terdapat beberapa petunjuk yang mungkin telah dijangkiti,” katanya kepada Bernama.

Kebanyakan negara sudah mengambil beberapa langkah kerana ia sesuatu yang amat serius memandangkan kita tidak mengenali penyakit ini sebelum ini.

"Bagaimanapun, manifestasi penyakit ini agak sukar dikesan. Ini persoalannya apabila orang ramai boleh bergerak dan pergi ke mana-mana dengan amat pantas. Sebelum anda boleh mengesan seseorang itu sakit, dia telahpun sampai ke destinasinya, jadi kita terpaksa menerima bahawa satu kawalan sepenuhnya adalah suatu yang mustahil,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata, setakad ini kerajaan belum ada rancangan untuk menghalang pelancong dari Wuhan, China daripada memasuki negara ini.

Ditanya sama ada kerajaan berhasrat untuk kuarantin semua pelancong China dan negara lain yang dijangkiti sejurus memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata tindakan itu tidak sesuai dilaksanakan memandangkan jumlah pelancong negara berkenaan yang memasuki negara ini meningkat sehingga dua juta orang.






“Pelancong dari China kadang-kadang meningkat sehingga dua juta. Kita nak simpan dia di mana? Jadi yang mana ada simptom, ada sikit sign pun kita kuarantin mereka. Anda boleh hantar pulang mereka ke China tetapi dalam proses menghantar mereka pulang, mereka akan bersentuhan dengan orang lain. Adalah lebih baik mereka dikuarantin terlebih dahulu sehingga mereka menunjukkan tiada tanda, barulah kita hantar mereka pulang,” katanya.Tun Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir berkata, adalah lebih mudah jika seseorang yang telahpun mempunyai penyakit lain untuk dijangkiti dengan virus baharu ini, itulah sebabnya kerajaan perlu bekerja di luar sistem yang mana kita boleh mengasingkan mereka dengan cepat pada masa hadapan.

“Kita juga tidak pasti mengenai rawatan. Jadi buat masa sekarang ia melibatkan pencegahan dan bukan rawatan… dan pencegahan melibatkan memakai topeng mulut dan hidung dan jauhi tempat ramai orang, yang disyaki mempunyai penyakit itu,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di China dan negara yang turut dijangkiti virus berkenaan untuk mengambil langkah sewajarnya dengan menggunakan topeng mulut dan hidung bagi mengelakkan jangkitan.

"Kerajaan China mengambil tindakan tegas dengan mengasingkan mereka yang dijangkiti oleh penyakit itu yang bermula di Wuhan dan menghalang mereka daripada bergerak keluar. Kerajaan China juga telah mengenakan kuarantin kepada seluruh 11 juta penduduk (di Wuhan), ini satu tindakan drastik dan ia menunjukkan ketegasan kerajaan China bagi mengawal penyakit itu,” katanya.

Malaysia Ada Pengalaman Tangani Kes Virus

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail pula memaklumkan Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes virus 2019 novel koronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang mengawal penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Virus Ebola dan Virus Nipah yang pernah terjadi sebelum ini.

“Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjaga diri kita, tetapi kita memerlukan kerjasama semua rakyat Malaysia. Jangan tular berita palsu, menakutkan dengan memberi gambaran kita dalam keadaan panik, adalah penting untuk menjaga satu sama lain," nasihat beliau selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi kluster 2019 novel koronavirus.

Malah katanya kepada status virus koronavirus di negara ini masih dalam keadaan terkawal tanpa perlu mencetuskan suasana panik. Di China ia dikategorikan sebagai wabak tapi di negara ini ia disifatkan sebagai satu kluster.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna