Umum mengetahui, Malaysia antara negara yang masih menyekat masuk pengunjung dan pelancong luar negara.
Namun kerajaan Malaysia digesa membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara Jalur dan Laluan dengan syarat keselamatan tertentu sejajar dengan usahanya untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.
Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia Datuk Seri Chuah Poh Khiang berkata, membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia penting untuk menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.
“Memandangkan situasi pandemik COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara seperti China, Thailand dan Vietnam telah stabil, serta lebih banyak langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan, tiba masanya untuk mempertimbangkan bagi memulihkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.
Ads
Walaupun warga asing masih dilarang untuk memasuki banyak negara, bagaimanapun menurut beliau berkata, terdapat negara dengan kawalan pandemik yang lebih baik telah mula melonggarkan peraturan mereka seperti Thailand membenarkan warga asing dengan permit kerja atau kebenaran untuk memasuki negara tersebut.
Ads
Katanya, dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) dan syarat keselamatan tertentu, kerajaan juga boleh membuka semula sempadannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada pelancong perniagaan dari negara dan rantau yang diklasifikasikan sebagai zon hijau.
Beberapa hari sebelum ini tular di media sosial satu video berdurasi 21 saat yang memaparkan empat ekor gajah berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu yang dipercayai dirakam pekerja stesen minyak itu.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menerima beberapa laporan mengenai kehadiran haiwan liar di kawasan berpenduduk baru-baru ini, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika berhadapan dengan situasi itu.
Orang ramai juga diminta supaya berhati-hati dan tidak ghairah untuk mengambil gambar sekiranya terserempak lagi dengan gajah tersebut atau haiwan liar lain seperti harimau bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sekiranya terserempak dengan haiwan liar, orang ramai diminta supaya melaporkan segera kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. Perhilitan akan menghantar petugas untuk mengenal pasti dan membantu sekiranya wujud ancaman terhadap penduduk sekitar.
Kemungkinan kewujudan haiwan liar tersebut di kawasan awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aktiviti manusia yang semakin berkurang secara tidak langsung mengurangkan ‘gangguan’ terhadap haiwan liar, menyebabkan ia ‘selesa’ untuk keluar mencari makanan memandangkan, habitatnya bersempadan dengan penempatan penduduk.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu dan siasatan mendapati laluan itu sudah lama tidak digunakan oleh gajah liar. Menurut beliau lagi ada kemungkinan juga lokasi itu hanya menjadi laluan persinggahan haiwan liar berkenaan sahaja.
Semua pertubuhan dilarang mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan atau mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun, selaras dengan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penularan jangkitan COVID-19.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia selaku jabatan kerajaan yang mengawal selia pertubuhan-pertubuhan berdaftar di Malaysia berkata, larangan itu adalah terpakai di setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan-cawangan di seluruh negara. Arahan khas yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]
Kenyataan Media JPPM Berhubung Penularan Wabak COVID-19.Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkata sekiranya sehingga pada tarikh 30 Jun, wabak COVID-19 dalam situasi meruncing maka pertubuhan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk pertimbangan bagi perlanjutan tempoh daripada tarikh awal yang telah ditetapkan. Permohonan perlanjutan adalah bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh pertubuhan berdaftar ke atas undang-undang tubuh pertubuhan serta Akta 335.
Diharapkan segala usaha dan langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat membantu mencegah penularan COVID-19 dan sekali gus melindungi rakyat Malaysia daripada wabak itu. Kerajaan sedang giat melaksanakan usaha untuk mencegah penularan wabak yang telah diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik pada 11 Mac berikutan peningkatan kes yang semakin ketara di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berita yang gembira untuk semua penumpang kapal terbang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila satu ruang solat di bahagian rooftopnya telah diubahsuai dan akan digunakan untuk kegunaan solat jumaat.
Selepas ini, penumpang yang sedang menunggu waktu penerbangan atau kakitangan yang berkerja di sana boleh menggunakan ruang solat itu bagi tujuan tersebut dan difahamkan inisiatif kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada akhir bulan Mei.
Baru-baru ini tular di rangkaian Whatsapp menunjukkan beberapa keping gambar kerja-kerja pembersihan dan persiapan akhir sedang dijalankan di ruang solat rooftop KLIA itu bersama mesej yang mendakwa ruang solat ini akan digunakan untuk solat jumaat pada 5 April 2019.
Walau bagaimanapun, pihak Malaysia Airport menafikan dakwaan tersebut kerana masih ada beberapa perkara akhir yang belum mendapat kelulusan.
Ruang solat itu dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada akhir bulan Mei selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah Sepang dan pihak Malaysia Airport akan membuat pengumuman segera berkenaan hal tersebut setelah kelulusan diterima.
Dalam pada itu, sejak Disember 2018, Malaysia Airport telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua dari KLIA dan dua lagi dari KLIA2 untuk kegunaan pengguna dari kedua-dua terminal penerbangan tersebut untuk menunaikan solat jumaah di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perkhidmatan bas ini bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga pukul 1 tengahari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...