Malaysia memiliki pakej lengkap untuk memikat pelancong ke negara ini dan memberi pengalaman indah baik dari segi industri pelancongan kesihatan, lokasi membeli belah mahupun kebudayaannya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan yang terkenal, menawarkan kemudahan bertaraf dunia dengan kepakaran dan nilai yang berbaloi untuk wang, manakala berbelanja di Malaysia merupakan satu pengalaman menakjubkan. "Kawasan di Bukit Bintang, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Bangsar adalah lokasi membeli-belah yang terkenal, yang menawarkan segala-galanya daripada jenama pereka terkenal sehinggalah kepada cenderamata tempatan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persidangan dan Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA ATCM) 2020.
Ads
Ads
Ads
Selain itu Malaysia adalah syurga untuk pemain golf, kerana terdapat lebih daripada 200 padang golf di Malaysia.
Untuk aktiviti bersama keluarga, pelancong boleh ke Legoland (Johor), Sunway Lagoon (Selangor), Genting Highland (Pahang), Escape Penang (Pulau Pinang) atau Taman Tema Air Desaru (Johor) untuk merakam percutian yang tidak dapat dilupakan.
Sabah pula katanya adalah sebuah syurga ekopelancongan yang kaya dengan kepelbagaian kebudayaan yang ditampilkan menerusi lebih daripada 42 kumpulan etnik.
Petang semalam Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut. Namun kesemua penumpang dan anak kapal yang berada dalam Feri tersebut telah selamat dan feri telah pun berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah pada Ahad Malam.
Pegawai operasi sektor Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Ahmad Azizan Ahmad, berkata feri Express Bahagia 98 ditunda oleh bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo dan selamat merapati jeti pada jam 9.25 malam.
Menurut Ahmad Azizan, seramai 272 orang penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot PERKASA 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan.
Manakala baki penumpang selebihnya selamat tiba dengan feri yang ditunda.
“Feri itu terkandas disebabkan air surut, jadi agensi penguatkuasa tidak dapat merapati feri… jadi, kena tunggu air pasang dahulu baru boleh rapat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi memindahkan penumpang turut berdepan kesukaran kerana beberapa kali enjin bot PERKASA 1124 tersekat disebabkan air cetek dan permukaan lantai laut yang berselut.
Katanya, turut sama dalam operasi adalah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Dalam kejadian jam 4.15 petang Ahad feri penumpang yang membawa 547 penumpang dan kru terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Sumber: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hati-hati, haiwan yang dijangkiti COVID-19 juga boleh berjangkit kepada manusia.
Tular seketika apabila cerpelai yang positif COVID-19 telah menjangkiti dua manusia di Belanda. Kes itu berkemungkinan menjadi kes pertama penyebaran seperti itu.
Pihak berkuasa kesihatan Belanda memaklumkan cerpelai yang membawa virus itu ditemui di empat kawasan daripada 155 ladang pembiakan haiwan tersebut. Laporan menunjukkan sumber jangkitan di tiga daripada empat kawasan ladang terjejas berpunca daripada manusia yang didiagnos positif virus itu.
Penyebaran daripada cerpelai kepada manusia secara praktikalnya adalah unik memandangkan beberapa kes kucing dan haiwan lain dijangkiti daripada manusia. Ini adalah dua kes pertama yang berkemungkinan melibatkan penyebaran daripada haiwan kepada manusia. Sebelum ini, sumber jangkitan manusia di China juga dipercayai berasal daripada haiwan.
Belanda sebelum ini berkata, negara itu akan mula memeriksa kesemua ladang cerpelai selepas seorang individu dipercayai dijangkiti COVID-19 daripada haiwan tersebut.
Haiwan di hutan kita hari ini diancam kepupusan dek kerana manusia yang tidak bertanggungjawab. Mereka sewenang-wenangnya menceroboh hutan kita dan memasang jerat untuk mendapatkan hasil daripada binatang yang ditangkap. Yang lebih melampau, pemburu haram hutan ini didalangi oleh warganegara asing rakyat Vietnam.
Rata-rata mereka bertubuh kurus, comot dengan ketinggian kurang 160 sentimeter. Namun, kumpulan pemburu haram Vietnam terbabit dikatakan memiliki kekuatan luar biasa, yang memerlukan tiga anggota bagi ‘menumbangkan’ setiap daripada mereka.Itu antara faktor geng pembunuh harimau warga Vietnam sukar ditewaskan pihak berkuasa Malaysia dengan mudah ketika mereka berada di dalam hutan belantara.
Ia diakui sendiri Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang berkata, perkara itu bukan mitos, tetapi cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha menumpaskan kegiatan jenayah pemburuan haram didalangi warga Vietnam.
‘Mereka ini semakin kerap menceroboh hutan simpan negara kita secara berkumpulan. Pemburu haram warga Vietnam ini mempunyai susuk tubuh kecil, namun amat ganas dan memiliki kekuatan fizikal yang sukar diterima akal. Bukan mudah untuk menangkap mereka kerana pemburu haram ini mampu terjun ke dalam gaung dan menghilangkan diri sekelip mata,’ katanya.
Menurutnya, penjenayah rimba ini cukup lincah dan cekap bergerak di dalam hutan. Malah, mereka tidak teragak-agak menyerang anggota Perhilitan menggunakan senjata tajam dibawa. Pernah berlaku seorang anggota Perhilitan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kepalanya ditetak kapak oleh pemburu haram yang cuba diberkas di Taman Negara tahun lalu.
‘Anggota Perhilitan pernah diserang menggunakan parang oleh empat pemburu warga Vietnam di Sungai Kemuai, Taman Negara Pahang pada Oktober tahun lalu.Paling menyedihkan apabila seorang anggota Perhilitan cedera parah di muka selepas diserang pemburu haram ini di Sungai Remis, Taman Negara, Pahang pada Ogos 2016,” tambah Datuk Abdul Kadir lagi.
Perhilitan tidak menolak kemungkinan pemburu haram Vietnam mengamalkan kepercayaan mistik, memakai tangkal selain meminum air ‘kuat’ untuk berada lama di dalam hutan. Ini terbukti apabila dalam operasi 15 April lalu di Hulu Sungai Tersat, Taman Negara Terengganu, anggota Perhilitan terpaksa berhempas pulas untuk menumpaskan dua suspek warga Vietnam.
Suspek yang memburu secara haram di hutan itu terpaksa diserang hendap ketika tidur bagi mengelak mereka bertindak balas menggunakan senjata tajam dibawa. Berlaku pergelutan berikutan suspek enggan menyerah diri memaksa anggota Perhilitan menggunakan segala kudrat untuk menumpaskan suspek.
“Mereka ini amat ganas dan akan melawan jika mahu diberkas. Malah, agak tidak masuk akal apabila mereka mampu terjun ke dalam gaung sedalam berpuluh meter ketika melarikan diri. Memang sukar dipercayai, namun keupayaan mereka hidup berbulan di dalam hutan membuktikan mereka bukan calang-calang penjenayah,” terangnya.
Hasil pemeriksaan pada sarang sulit didiami pemburu haram itu, Perhilitan menemui bahagian harimau (kuku dan taring harimau belang), barangan disyaki bahagian beruang (hempedu, taring dan kuku), bahagian disyaki babi hutan selain hidupan liar lain serta peralatan memburu.
Penjenayah dipercayai berjaya menjerat hidupan liar menggunakan jerat dawai yang dipasang dan sekurang-kurangnya dua harimau belang, dua harimau kumbang, tiga beruang dan 12 babi hutan berjaya dijerat.
Semua barang kes berkenaan disita dan dibawa ke Pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut, manakala sitaan turut membabitkan pasport serta telefon bimbit milik suspek. Siasatan mendapati penjenayah rimba ini akan melapah dan menyembunyikan bahagian haiwan liar di lokasi rahsia sebelum diseludup keluar.
Setakat ini, 68 pemburu haram Vietnam berjaya diberkas dan diambil tindakan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Pada 6 Julai tahun lalu, empat lelaki dan dua wanita Vietnam ditahan pegawai Perhilitan selepas didapati menyimpan beberapa bahagian hidupan liar termasuk kulit, taring dan kuku harimau tanpa dokumen sah. Suspek yang diberkas di kilang papan di Kuala Lipis Pahang adalah pemburu haram hidupan liar yang aktif membunuh harimau dan hidupan lain menggunakan jerat kabel.
Hasil penahanan itu, Perhilitan menemui dua kulit harimau, 20 unit kuku beruang, empat unit tanduk kambing gurun, 12 unit taring babi hutan dan 39 kilogram daging hidupan liar dianggarkan bernilai lebih RM500,000.