Malaysia Dalam Senarai Top 3 Negara Paling Dilawati Di Asia!

Share

Wah! Siapa sangka Malaysia tersenarai sebagai top 3 negara paling dilawati di Asia! Tapi itulah hakikatnya selepas kaji selidik dijalankan oleh World Travel Monitor (WTM). WTM adalah satu organisasi yang melakukan tinjauan secara tahunan dan memantau jumlah perjalanan keluar/masuk disamping tingkah laku perjalanan pelancong di semua pasaran utama pelancongan seluruh dunia.



Selain itu, portal tempahan perjalanan, Agoda, turut mencatatkan Kuala Lumpur (KL) dan Malaysia sebagai bandar dan negara ketiga yang paling banyak ditempah di Asia. Tiga negara yang berada dalam senarai teratas selain Malaysia adalah Jepun di tempat pertama dan Thailand di tempat kedua.

Dalam kaji selidik yang sama, bandar KL juga dinamakan sebagai bandar ketiga paling banyak dikunjungi di Asia seterusnya mengatasi destinasi bandar yang lain seperti Hong Kong, Osaka, Taipei, Seoul, Singapura, Bali, dan Pattaya.



Mengambil faktor kepelbagaian, keramahan dan kemesraan budaya rakyat Malaysia sebagai tarikan, laporan itu juga mendapati Malaysia sebagai destinasi nombor satu bagi rakyat Singapura di rantau Asia Pasifik.

Untuk pengetahuan pembaca, tahun 2018 menyaksikan rakyat Malaysia lebih memilih untuk travel di dalam negeri di destinasi tempatan yang popular seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Ipoh, Cameron Highlands, Kuching dan Kuantan. Bagi destinasi luar negara, rakyat Malaysia lebih suka pergi ke Thailand dan Indonesia.
Oleh
Epul