Sambutan ulang tahun ke lima Warisan Arkeologi terhadap Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ditambah lagi dengan penguguman baru Kementerian Pelancongan & Kebudayaan untuk memberi status Tapak Warisan Dunia Unesco kepada 3 lagi tempat di Malaysia.
Kementerian itu telah menghantar tentatif senarai dokumen lengkap 3 kawasan ini ke UNESCO.
Nazri berkata kementeriannya sentiasa memperjuangkan pengiktirafan warisan sejarah Malaysia termasuk dokumen dan manuskrip lama. “Kitab Tib Ilmu Bedil” atau Buku Senjata Tradisional Orang Melayu
mendapat pengiktirafan pada 2016 dari Memory of the World Committee for Asia and the Pacific yang berpengkalan di Korea Selatan.Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan pada Mac bagi kategori warisan budaya untuk diiktiraf Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage.
Pencalonan tersebut ialah Perayaan Wangkang, Dondang Sayang dan Pantun. Keputusan akan diketahui pada November tahun hadapan.