Berita

Malaysia Airlines Tawar Tiket Bersubsidi Untuk Pelancongan Domestik Potongan Sehingga RM200

Share

Berita baik buat pengguna setia penerbangan Malaysia Airlines!

Malaysia Airlines Bhd menawarkan pelanggan tiket penerbangan bersubsidi untuk destinasi domestik untuk menyokong inisiatif ‘gelembung perjalanan hijau’. Gelembung perjalanan hijau ialah perjalanan rentas daerah dan negeri membabitkan negeri-negeri zon hijau sahaja.

Malaysia Airlines tetap optimis perjalanan dan pelancongan domestik akan pulih dengan pantas dengan semua pihak bersama-sama memainkan peranan mereka dalam memastikan semua langkah keselamatan dan kesihatan yang berkaitan pencegahan penularan COVID-19 dipatuhi ketika melakukan perjalanan.

Melalui kempen ‘Fly Confidently’, Malaysia Airlines telah berusaha untuk meningkatkan langkah keselamatan dan kesihatan di semua lokasi dibawah pengendalian mereka untuk memastikan penumpang kami menikmati perjalanan yang lebih selamat serta selesa bersama mereka. Malaysia Airlines memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka menjadi keutamaan.

  • Di bawah program itu, pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.
  • Pelanggan perlu mendaftar sebagai ahli Enrich untuk meneruskan tempahan itu, penumpang juga berhak mendapat bonus 500 ‘Enrich Miles’ yang akan dikreditkan selepas selesai melakukan perjalanan udara.

Inisiatif ini berkuat kuasa sehingga 8 Disember 2020 untuk perjalanan mulai 24 November 2020 dan 30 Jun, 2021 untuk semua tempahan yang dibuat di http://malaysiaairlines.com/cuticutimalaysia

image via FB Malaysia Airlines | Sumber: Bernama

Oleh
Husna