
Khas untuk pengguna Malaysia Arlines ke mana-mana destinasi yang dibenarkan ketika ini, ada bungkusan istimewa akan anda terima ketika menaiki pesawat ini.
Malaysia Airlines Bhd memulakan fasa selanjutnya kempen 'Fly Confidently' di bawah Malaysia Aviation Group dengan memberikan kit kebersihan percuma kepada semua penumpang mulai 13 Julai 2020. Kempen 'Fly Confidently' Malaysia Aviation Group berhasrat menjadikan penerbangan yang lebih selamat dan meningkatkan kesedaran pelanggan, selain mengutamakan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan sejajar dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa dan garis panduan perubatan dan alam sekitar.
Menurut kenyataan Malaysia Airlines, penumpang akan menerima kit kebersihan yang dilengkapi pelitup muka bukan pembedahan, sepeket pensanitasi tangan dan sepeket tisu pensanitasi dalam bungkusan berzip bersaiz kecil.
Syarikat penerbangan itu komited untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan dan ketenangan ketika melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan itu. Bermula daripada saat mereka menempah tiket penerbangan, tiba di lapangan terbang dan melepasi Imigresen untuk menaiki pesawat, semua langkah itu telah diintegrasikan dengan lancar, dilengkapi langkah-langkah keselamatan dan kesihatan untuk melindungi pelanggan dan petugas.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meriah Camp Meet Di Alfariq Campsite, Yan Kedah. Siap Ada Rewang & Sukaneka. Himpunan Camper Dari Seluruh Malaysia!

Seronok sesekali dapat bertemu mata dengan camper-camper lain yang mungkin sebelum ini hanya dikenali melalui media sosial.
Dianjurkan oleh Vidalido Cabin Tent Malaysia dengan kerjasama Sahabat Campers Malaysia, seramai 55 orang menyertai Campmeet Vidalido Cabin Instant yang berlangsung pada 24/12/2022 sehingga 26/12/2022 di Alfariq Campsite Kg Raga Yan kedah.


Memilih campsite Alfariq sebagai lokasi untuk camp meet kali ini, menurut Shahrul Shafie, campsite ini lengkap dengan kemudahan (termasuk peralatan rewang & memasak) serta kawasan yang bersih, nyaman dengan suasana kampung dan sungai yang jernih serta mesra kanak-kanak.
Memang meriah acara yang dianjurkan, sebanyak 13 biji khemah dengan pelbagai jenis dekorasi tersendiri memenuhi ruang campsite Alfariq. Camper yang datang juga bukan sahaja dari Kedah, malah ada juga peserta yang datang dari Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.
Pelbagai acara dijalankan sepanjang camp meet berlangsung, antaranya kenduri rewang dengan pelbagai jenis lauk kampung, sukaneka, camp fire, lucky draw dan banyak lagi.


Menurut Shahrul juga rata-rata yang hadir pada acara tersebut sangat seronok dan berpuas hati. Malah ada yang ingin acara sebegini dianjurkan lagi pada tahun-tahun hadapan.
Jom tengok kemeriahan yang berlangsung sepanjang camp meet ini yang dikongsikan oleh Shahrul Shafie di media sosial miliknya.


Assalamualaikum Sahabat Campers Malaysia..
Telah berlangsung Mini Campmeet Vidalido Cabin Instant di Alfariq Campsite pada 24/12/2022 ~ 26/12/2022..
Alhamdulillah.. Selesai dgn jayanya bila semua peserta meluahkan rasa puas hati & amat happy.. Masing2 minta repeat lg tahun depan.. Insyaallah.. Kita akan cuba jadikan sebagai acara tahunan…
Mini campmeet ni adalah anjuran VIDALIDO CABIN TENT MALAYSIA dengan kerjasama SAHABAT CAMPERS MALAYSIA..
Terima kasih diucapkan kepada org kuat (urusetia) فاره واحیدا فاره & Ita Abu kerana usaha tanpa jemu untuk menjayakan mini campmeet ni… tak lupa juga diucapkan kepada Aleep FarAh, FarAh Aleep Alfariq & paklong maklong serta mertua CO Niesa Zul(mama) & abang yang bertungkus lumus serta amat sporting… Seterusnya peserta-peserta yang sporting serta masuk air…dari awal sampai balik kira gelak ja..Hangpa semua memang ohsemmm..



Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan berjumpa lagi…
Saya belanja gambar untuk kenang-kenangan…
Kredit: Shahrul Shafie
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Dibenarkan Bercuti Di Pulau Cantik Sabah Buat Masa Ni! 4 Daerah Termasuk Semporna Kena PKPDB

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober 2020 ini.
- Dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.
- Bukan sahaja penduduk, pelawat dan pelancong tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan terutama untuk ke pulau peranginan sekitar.

- Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.
- Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup.
Arahan telah mula berkuat kuasa membabitkan seramai 962,661 penduduk. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat kes positif jangkitan COVID-19 yang tinggi di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020 lalu. Tawau direkodkan mempunyai kes positif yang tinggi diikuti Semporna, Lahad Datu dan Kunak
Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit. Individu yang terlibat di 4 daerah ini diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).
Manakala semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula 27 September sehingga 10 Oktober.
- Anda diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.
- Anda juga akan menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
- Semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.
- Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19.
- Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan.
- Sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.
- Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.
image via google | sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mat Salleh Buat Lawak ‘Koronavirus’ Tak Kena Tempat, Pesawat Terpaksa Berpatah Balik

Sebuah kapal terbang WestJet yang membuat penerbangan dari Toronto ke Jamaica terpaksa berpatah balik selepas salah seorang penumpangnya ingin menjadi 'viral' dengan mengaku dijangkiti koronavirus.
Tindakan 'bodohnya' itu telah menyebabkan seramai 243 penumpang di atas pesawat Boeing 767 itu panik dan memaksa juruterbang berpatah balik dan mendarat di Florida. Syarikat penerbangan berkenaan mengesahkan kejadian itu dengan menegaskan kesemua anak kapalnya telah menjalankan tugas sehabis baik bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di atas pesawat.
Lelaki yang dikenali sebagai James Patok berusia 29 tahun itu kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Saringan kesihatan telah dijalankan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu dan dia didapati dia tidak dijangkiti koronavirus. Dia diperintahkan untuk hadir ke mahkamah pada 9 Mac depan atas tindakannya itu.
Salah seorang penumpang berkata pesawat hampir sampai ke Jamaica namun terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan. Kru pesawat turut memberikan lelaki itu topeng muka dan sarung tangan. Malah, dia juga diasingkan di tempat duduk bahangian belakang. Kebanyakkan penumpang kecewa apabila mengetahui ia adalah palsu. Perbuatannya itu sangat mementingkan diri dan membuatkan kami rugi waktu bercuti.
Stesen televisyen Kanada, Global News, melaporkan lelaki itu mengaku dia sengaja mahu memuat naik video di laman sosial supaya ia tular. Dia mengaku telah melakukan satu kesalahan tetapi tidak menafikan gembira dengan publisiti yang diterimanya. Menurutnya dia hanya membuat 'jenaka' pengumuman mengatakan dia baru pulang dari wilayah Hunan, tidak lebih dari itu.
"Apa yang saya buat, saya berdiri, saya kata, 'Perhatian semua. Saya baru balik dari wilayah Hunan.' Itu sahaja," katanya.
Sumber: AstroAwani |Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI