Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tambang Kelas Perniagaan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.
Promosi istimewa ini bermula dari sekarang dan berakhir pada 2 Mac, membabitkan perjalanan serta merta sehingga 31 Jan 2021, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
**media[154463]**
Ads
Ads
Ads
Kelas perniagaan Malaysia Airlines menawarkan kaunter daftar masuk yang eksklusif, keutamaan dalam bagasi termasuk akses kepada Golden Lounge, antara lain.
Untuk destinasi domestik, syarikat penerbangan itu menawarkan tambang sehala semua dalam satu bermula daripada RM299, penerbangan ke Singapura daripada RM499, Phuket hanya RM549, Bangkok sebanyak RM599 dan Surabaya berjumlah RM659.
Sementara itu, promosi ini juga termasuk penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Beijing, dengan tambang bermula daripada RM2,799, Delhi daripada RM3,199, Seoul hanya RM3,399, Auckland daripada RM10,299 dan London sebanyak RM12,999.
Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun tambahan sebanyak lima peratus apabila mereka membeli tiket dengan menggunakan kad Maybank melalui penggunaan kod promo BIZ4MAYBANK.
Mereka juga boleh memilih 'Fly Now' Malaysia Airlines, pelan bayar kemudian dengan kad kredit Maybank dan Public Bank, yang membolehkan pelanggan untuk membayar tambang secara ansuran dengan kaedah sifar dalam tempoh enam atau 12 bulan.
Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia, AirAsia menawarkan pelanggan satu juta tempat duduk berharga sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.
Tambang promosi yang ditawarkan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X adalah percuma, tidak termasuk cukai dan yuran, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Promosi ini merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.
Pelanggan mempunyai 72 jam untuk menempah penerbangan mereka dengan melawat airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula 24 Februari hingga 26 Februari 2020 bagi perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Okt 2020.
Ini merupakan kali pertama syarikat penerbangan itu menawarkan tempat duduk sifar membabitkan destinasi jarak jauh. Bukan sahaja terdapat tempat duduk promosi yang sedang dijual, AirAsia juga mengadakan lanjutan tempoh perjalanan dari Mac hingga Oktober 2020 bagi menarik lebih ramai lagi penumpang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan nama Saiful Nang – satu nama yang cukup terkenal dalam dunia fotografi di Malaysia dan juga di luar negara.
Anak kelahiran Bukit Kapar ini bukan sahaja terkenal dengan kemahirannya merakam gambar, tapi juga dalam dunia perniagaan dan kerja-kerja kebajikan sehingga diangkat menjadi ikon belia yang berjaya kepada anak-anak muda. Beliau banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Namun, Saiful baru-baru ini terpalit dengan satu isu yang menyentuh sensitiviti dan mengguris hati rakyat Malaysia apabila cubaan mempromosikan trip Rarecation beliau ke Israel mendapat kritikan yang hebat wargamaya.
Kebanyakkan daripada mereka berasa tidak berpuas hati apabila Saiful cuba untuk mempotretkan sisi baik Zionis Israel yang selama ini membantai tanpa belas ihsan rakyat Palestin yang serba kekurangan.
Tekan pada pautan di bawah untuk baca hantaran yang dibuat di laman Facebook Saiful Nang.
Hantaran Facebook beliau dikongsikan lebih 1,300 perkongsian tetapi rata-rata daripadanya mengkritik tulisan dan pemikiran Saiful yang seolah-olah menidakkan hak rakyat Palestin dengan mengatakan pendudukan negara haram Israel di tanah Palestin seolah-olah ‘halal’ melalui Rules of Absence dan rakyat Israel menganggap kita seperti saudara?
Israel menggunakan Rules of Absence dengan cara mengisytiharkan kawasan itu menjadi milik mereka apabila tanah tersebut tidak diduduki sesiapa dalam satu tempoh masa. Selain daripada itu, Saiful berkata penjualan tanah besar-besaran oleh orang Arab Palestin dan tekanan Yahudi menghalau rakyat Palestin pada 1948 juga menjadi sebab mengapa Zionis menguasai kawasan itu sekarang.
Disambut Yahudi seperti saudara
Saiful juga mendakwa beliau dan rombongannya yang melancong ke Israel disambut baik oleh komuniti Yahudi yang sayangkan keamanan dan menganggap mereka seperti saudara. Ramai orang Israel yang mahukan keamanan, sama seperti orang Islam tetapi ada puak-puak pelampau dari kedua-dua pihak yang mencetuskan ketegangan dan sentiasa mahu membunuh antara satu sama lain. Hal itu menyebabkan kedua-dua belah pihak berasa tidak selamat.
Disebabkan itu, ada diantara wargamaya bertindak mempertikai dan menyindir Rules of Absence yang ditulis oleh Saiful dengan mengatakan adakah ketiadaan Saiful dirumah ketika bercuti membolehkan orang lain tinggal dan menetap di rumah beliau?
Pelancongan bukan sumber utama pendapatan Israel
Walaupun ramai yang mengkritik promosi pelancongan yang diberikan kepada Israel oleh Saiful, beliau mengatakan bahawa pelancongan bukan satu-satunya sumber pendapatan yang boleh diperolehi Israel dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka. Tanpa sedar, setiap hari kita semua adalah penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi Israel melalui perbankan, teknologi, perniagaan franchise, aplikasi mudah alih, Facebook, Instagram, Waze dan banyak lagi.
Biarpun kebanyakkan perkara berasaskan Yahudi itu digunakan secara percuma, tetapi pengiklanan yang dijalankan di dalamnya sudah cukup untuk memberikan pulangan dan menjana ekonomi Israel, ujar Saiful.
Media sengaja menggembar-gemburkan perkara kecil di Israel
Saiful juga berkata bahawa media antarabangsa sengaja melaporkan sesuatu seperti kejadian itu sangat besar walhal ianya hanya perkara kecil sahaja seperti kejadian kebakaran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa apabila media melaporkan keadaan sangat tidak stabil sedangkan beliau yang berada di tempat kejadian berasakan kejadian tersebut boleh selesai dengan hanya menggunakan sebuah lori bomba yang kecil sahaja.
Kejadian seorang budak mabuk dan membuat kacau di pagar Al-Aqsa juga dilaporkan seperti ada rusuhan dan berlaku keganasan supaya orang ramai takut untuk melawat ke sana walaupun keadaan sebenarnya tenang dan baik sahaja, mengikut pandangan Saiful.
Pendapat Libur, naratif keseluruhan teks yang dibuat oleh Saiful agak bias dan menyebelah kepada Israel. Di dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, semestinya tindakan Saiful itu akan mengundang kecaman wargamaya yang sememangnya terkenal sebagai ‘onion army’ yang menyokong Palestin hingga hujung nyawa.
Sekalipun ada logik yang disampaikan oleh Saiful, tapi dengan ‘membenarkan’ Rules of Absence dan mengatakan Yahudi mengalu-alukan kita sebagai saudara, em membuatkan Saiful kelihatan agak jahil dengan fakta sebenar yang berlaku di Palestin.
Jadi apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan Saiful Nang? Kongsikan pendapat anda diruangan komen Facebook ‘Yahudi’ kami.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selepas berhempas pulas mengekang penularan wabak COVID-19 yang teruk beberapa bulan lalu, China sekali lagi terkesan dengan kejadian gempa bumi yang mengorbankan rakyatnya. Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud di barat daya China malam kelmarin telah menyebabkan empat mangsa maut manakala 23 lagi cedera.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa China, gegaran di Qiaojia di wilayah Yunnan mula dirasai pada 9.47 malam 18 Mei 2020 pada kedalaman 8 kilometer. Menurut saksi, gegaran dirasai selama beberapa saat itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah rumah roboh.
Data daripada Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) bagaimanapun meletakkan gempa bumi itu pada kekuatan 4.5 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer.
Perbezaan pada kedudukan dan waktu gempa oleh agensi pengesanan gempa bukan sesuatu yang luar biasa, terutamanya apabila melibatkan keluasan kawasan gegaran yang agak besar. Gempa bumi pada kedudukan cetek sering mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada bangunan dan infrastruktur.