Sejak kerajaan Thailand memberikan kelonggoran bagi memasuki sempadan, dah ramai yang ambil peluang untuk bercuti dan juga melawat sanak saudara yang berada di sana.
Begitu juga dengan pengguna Facebook Kyra Shakira yang tidak lepaskan peluang untuk melawat sanak saudara di Tanyong Po yang terletak di Wilayah Satun, Thailand.
Menurut Kyra kampungnya itu terletak di Utara Thailand yang mana kebanyakkan penduduk di situ boleh berbahasa Melayu dengan baik selain kebanyakkan penduduk merupakan orang Islam.
Terletak di tepi pantai, selain kampungnya yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia, Pak Bara dan juga Koh Lipe antara tumpuan pelancong jika masuk ke Thailand menerusi sempadan Wang Kelian.
Sebelum masuk merentasi sempadan, Kyra sempat bertanya keadaan dan SOP yang perlu dilalui menerusi laman Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Mendapat banyak respon dan info, dia dan keluarga baru sahaja pulang dari Thailand pada Ahad lepas dan turut berkongsi maklumat bagaimana proses untuk memasuki Thailand pada masa kini.
Ikuti perkongsian daripada Kyra Shakira:
Trip Ke Thailand Melalui Jalan Darat
Meh sy share perjalanan ktrg masuk Thailand melalui darat bawa kereta persendirian.
1) beli insurance utk 4hari, sy beli di tune:-
https://www.tuneprotect.com/pro…/travel-easy-insurance/…
* utk kami saya, 2dewasa,1 kanak2,1bayi RM91.50
* adik RM33.75
* emak (wargaemas) RM157 (sebulan)
2) register thai travel pass,2jam je dh lulus https://tp.consular.go.th/
3) beli insurance utk kereta siap2 (RM28 -18hari)
________________________________
kami bertolak dr selangor jam 2pg ahad, smpai border wang kelian 9pg malaysia. urusan mmg mudah sgt.
1) cop passport belah malaysia, selesai terus ke sempadan thai
2) ambil borang tm2&tm3 di kaunter belah thai, isi borang kenderaan ni, lps isi pulangkn di kaunter tu then kne bayar RM10
3) isi borang white card utk setiap passport
4) health screening, tnjuk QR code travel pass
5) cop passport immigration thai
6) driver kereta pergi kastam utk serahkan declaration form kereta
selesai!
kredit: https://www.facebook.com/kyra.shakira.7