Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina baru sahaja dibuka semula kepada pelancong pada Oktober tahun lepas dengan peraturan baru yang lebih ketat.

Makin Ketat Peraturan Nak Masuk Pulau Boracay Pulau Idaman Pencinta Laut

Pulau yang sering menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal. Antara peraturan ketat yang diperkenalkan untuk makluman pengunjung dan penggiat industri pelancongan adalah:

  • Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan Filipina cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
  • Dikatakan hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
  • Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
  • Makin Ketat Peraturan Nak Masuk Pulau Boracay Pulau Idaman Pencinta Laut

Pada April tahun lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’. Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun. Filipina berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’.

Ads

Pulau Boracay Pulau Idaman Kaki Selam

Pulau Boracay yang terletak di  di wilayah Aklan, Fili­pina kira-kira 315 kilometer ke selatan Manila tidak asing lagi kepada pencinta laut. Keindahan dan keunikan pulau ini menjadikannya sangat ter­kenal sebagai destinasi tum­puan mereka yang gemar menyelam dan mencintai alam sekitar. Kejernihan laut biru tanpa perlu menyelam terlalu dalam untuk menikmati keindahan di bawah laut tiada tandingan.

Makin Ketat Peraturan Nak Masuk Pulau Boracay Pulau Idaman Pencinta Laut

Ads

Percutian ke Bo­racay boleh di­­sifatkan sebagai percutian yang menyenangkan de­ngan melakukan pelbagai aktiviti termasuk menyelam. Sekiranya ke sana, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan dasar lautnya dengan aktiviti menyelam menggunakan helmet khas.

Ads

Makin Ketat Peraturan Nak Masuk Pulau Boracay Pulau Idaman Pencinta Laut

Makin Ketat Peraturan Nak Masuk Pulau Boracay Pulau Idaman Pencinta Laut

Sumber Foto: Google Image

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI