Makan Wagyu Di Kafe Campsite Kat Dungun, Feeling Dia Lain Macam. Yang Nak Rasa Macam Camping, Ini Tempatnya!

Share

Nak camping tapi tak nak susah payah setup khemah semua, haa korang boleh datang ke café camping Raya Wagyu Dungun untuk rasa sendiri makan macam di campsite yang lengkap dengan setup camping yang cantik.

Berkonsepkan kafe dalam tapak perkhemahan, kat sini juga korang turut terdapat sebuha rumah melayu klasik yang turut dihias indah untuk pengunjung datang dan merakam gambar kenangan.

Menu yang disediakan di sini juga tidak kurang hebatnya, dah nama pun Raja Wagyu tentulah hidangan Wagyu ada kat sini. jangan lupa cuba Wagyu Skewer macam yang korang boleh dapat kat Bukit Bintang tu.

Sambil makan bolehlah ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan. Kalau nak buat majlis istimewa seperti sambutan harijadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, korang boleh request untuk mereka hias indah untuk majlis yang akan berlangsung.

So kalau dah sampai Dungun, jangan lupa singgah Raja Wagyu Dungun, Café Campsite dan rasai sendiri pengalaman makan kat sini.

Waktu Operasi

Buka Setiap Hari: 5pm-12 a.m

Alamat: RAJA WAGYU DUNGUN CAFE CAMPSITE

5109, Jalan Kubur, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

FB: Raja Wagyu Dungun

Kredit foto: Beautiful Terengganu Malaysia

 

 

Oleh
SAHR