Nak makan seafood segar dan dimsum yang sedap? Semua ini korang boleh dapat di 99 Seafood Restaurant yang terletak di Batu Caves, Selangor.
Berada dalam kawasan yang sama dengan 99 Wonderland Park, dah siap makan korang boleh terjah terus ke taman yang mempunyai haiwan dan juga pameran dinasour ini.
Merupakan restauran mesra muslim atau Muslim Friendly, tak perlu risau kalau duduk lama di sini kerana tempat ini turut menyediakan surau yang selesa untuk pengunjung beragama Islam.
Apa yang best kat sini, korang boleh pilih sendiri makanan laut segar yang ada di dalam akuarium di satu sudut. Ikut bajet korang dan pilih cara masakan yang ikut tekak korang.
Kat sini ada lebih kurang 20 hingga 30 seafood segar dengan lebih 50 jenis masakan yang boleh korang pilih untuk hidangan makan malam atau makan tengah hari. Terdapat udang kara segar, ikan-ikan segar seperti kerapu, jenahak, siakap dan banyak lagi untuk korang pilih.
Jika inginkan privasi, korang boleh menempah untuk makan di dalam bilik VIP yang cukup selesa dan luas. Bagi yang ingin mengadakan majlis khas seperti harijadi dan juga majlis keraian juga sangat sesuai kerana di sini terdapat ruang yang cukup luas dan selesa.
40 Jenis Dimsum
Kalau ada yang teringin nak makan dimsum, restauran ini turut mempunyai pilihan dimsum yang enak untuk korang cuba. Ada terdapat lebih daripada 40 dimsum dan juga makanan sampingan lain yang korang boleh pilih untuk hidangan bersama keluarga atau teman-teman.
Rupa bentuk dimsum yang unik juga pasti membuka selera korang yang suka dengan hidangan sebegini.
Tiket percuma ke 99 Wonderland Park
Berita baik buat pelanggan yang makan di restauran ini dan berbelanja dalam jumlah tertentu, korang bakal mendapat tiket percuma untuk masuk ke 99 Wondeland Park. Bolehlah tengok haiwan dan juga dinasour bersama anak-anak.
RM300 – RM500 PERCUMA 2 TIKET
>RM500 – RM1,000 PERCUMA 4 TIKET
>RM1,000 – RM2,000 PERCUMA 5 TIKET
>RM2,000 PERCUMA 6 TIKET
Tak perlu juga risau tentang parking kerana restauran ini menyediakan kemudahan parking untuk setiap pelanggan yang makan di sini.
Memang berbaloi makan di sini, masakannya sedap dan enak dengan ruang yang sangat selesa untuk seisi keluarga. Kemudahan lain seperti surau memudahkan pelanggan Muslim untuk menunaikan solat. Malah tandas juga bersih dan selesa.
Alamat: Restoran Makanan Laut 99
Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara Selayang Batu Caves, Selangor, Malaysia