Makan Briyani Zam Zam, Shopping Di Mustafa Centre. Lelaki Ini Kongsi Urusan Keluar Masuk Singapura Guna Jalan Darat

Share

Rindu nak makan briyani Zam Zam dan shopping di Mustafa Center? Dah boleh mula plan bercuti ke Singapura guna jalan darat.

Sejak pintu sempadan dibuka pada 1 April yang lalu, dah ramai rakyat Malaysia yang mula bercuti ke luar negara, termasuklah ke negara jiran, Singapura. Lagi best bila SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura juga tidak terlalu ketat bagi pengembara dari Malaysia.

New Zoule berkongsi cara keluar masuk dari Johor Bahru ke Singapura menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) menggunakan jalan darat. Macam senang dan praktikal je kalau nak bercuti ke sana. So apa tunggu lagi jom plan pergi Singapura.

Update masuk dan keluar Singapore melalui jalan darat pada 1 April 2022

Masuk ke Singapore dari JB

1) Naik bas dari JB Sentral ke Woodland. Bas direct ke Queen Street belum beroperasi lagi. Harga RM2. Bayar terus dalam bas selepas proses imigresen di JB. Proses di imigresen di JB seperti biasa (scan passport/pergi kaunter).

2) Naik bas sekejap je.Tiba Woodland, turun bas dan menjalani proses imigresen di Singapura. Sediakan passport, bukti vaksin di mysejahtera (tunjuk dalam phone pun boleh) dan isi SG Arrival Card. Isi kat sana pun boleh, nanti pegawai mereka tolong. Screenshot dan bagi pada pegawai imigresen. Kalau nak isi awal pun boleh dan siap print. Insuran tidak diperlukan.

3) Pegawai boleh tanya apa-apa soalan. Jawab dgn berhemah. Contoh kawan saya kena soal, dah penah kena covid ke tak. So far urusan lancar.

4) Memandang tiada direct bas ke queen street, lepas keluar bngunan woodland checkpoint sila cari bas pergi mrt kranji/mrt woodland/mrt marsiling. Tiba mrt dah senang gerak. Beli kad mrt SGD10. Dalam tu ada nilai SGD5.

5) Kena download Trace Together SG, apps mcm my Sejahtera kalau nak masuk premis. Tak pasti nak register macam mana sebab  tak download. So far tak ada masalah sangat masuk tempat itu ini. Tapi ada yang tegas tak bagi masuk. Ada juga yang benarkan masuk sekadar tnjukkan vaksin kat mysejahtera. Yang ni, korang kaji lagi ye. Kalau tahu cara nak register, boleh share.

Keluar dari Singapore

1) Dari city, malas nak naik mrt pegi Woodland Checkpoint sebab tukar-tukar. So decide naik Gojek je. First time dapat off SGD8. Bayar SGD12 jer. Tapi kalau nak naik mrt, cara sama macam cerita time pegi.

2) Urusan passport di Singapore guna autogate jer.

3) Lepas tu turun bawah, naik bas 2 dolar (bayar dalam bas) pegi CIQ JB. Urusan di JB pun guna autogate jer. Segalanya cepat. Selamat kembali ke Malaysia.

Jika dah ada direct bas dari larkin/jb sentral ke Queen Street lagi senang. Tak pasti dah beroperasi atau tidak.Sekadar share pengalaman masuk Singapore pada hari pertama land border dibuka.

** just penambahan info, mungkin ada yang lupa

– kalau nak beli souvenir, beli kat mustapha centre. Situ murah dan banyak pilihan. Turun MRT Farrer Park

– Kalau nak makan nasi briyani, turun bugis station. Memang kalau pegi, tak cari lain.Terus pegi Zam-Zam yg berhadapan dengan masjid. Ada juga kedai lain.

– nak cari hotel ada kolam tapi murah dan dekat kawasan bandar? Boleh try Ibis Budget Clarke Quay. Bawah RM250 boleh dapat bilik yang selesa tapi tak luas dan tak ada tingkap. Saya dapat RM207 via Klook.

Luas sekitar 12m tapi for me selesa. Bukan nak duduk lama. untuk rehat dan tido. Tapi ada juga bilik yang besar sikit dan ada tingkap tapi mahal lagi. Paling best ada kolam tingkat atas bersaiz sederhana. Kolam tutup 10 malam. Hotel pun bersih. Standard Ibis. Hotel sekitar 5-7 min walk ke mrt clarke quay.

Sebelah hotel ada 7-11.

Dari hotel blh jalan 15- 20 minit pegi merlion park/esplanade.

itu sahaja perkongsian.moga bermanfaat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Oleh
SAHR