Umum mengetahui Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk.
Tetapi mungkin ada yang sudah bosan dengan cara biasa percutian di sana. Nah! Ini idea percutiaan berbeza yang anda boleh cuba jika ke Cameron Highlands. Kalau di Switzerland ada penginapan iglu diberi nama ‘Whitepod’, di Cameron Highland juga ada yang hampir sama, malah telah menjadi tular dimedia sosial negara.
Jom baca perkongsian Is’adah Eisya cadangan tempat penginapan unik serta istimewa di tanah tinggi Cameron Highlands.
CAMPSITE STAYCATION
Sambutan 16 thn anniversary kali ni kami ber’CAMPING’ tapi in a modified way, still tidur dalam ‘tent’ yang dipanggil dome & yang lagi best terletak dalam sebuah ladang di Cameron Highlands. Nama lokasi penginapan ini A’moss Farmstay berkonsep campsite. Mula dikenali awal tahun ini, jadi terus booking awal bulan fwb thru Agoda. Memang penuh sampai la bulan 7 baru ada. Kebetulan our anniversary month so rezeki terus book for 3days 2 nights, even for 3 days still rasa tak puas. Sebab apa ? meh nak bagi review.
- Harga: RM220/night
- Tempat tidur: Dalam ‘khemah’ putih dipanggil ‘dome’
Ada 3 je dome: Dome 1 & 2 ada katil queen with hammock while dome 3 ada 2 bunk bed, since kami 5 beranak so ambik dome 3 lebih besar. Toilet di luar dome tapi betul-betul selangkah dari pintu masuk dome, ada heater so boleh mandi.
- Makan minum tak disediakn. Inisiatif sendiri-sendiri. Pantry lengkap dengan alatan untuk memasak (periuk ns/oven/induction cooker/fridge/bbq set). Macam kami 1st night tu dah siap-siap beli makanan tapi untuk malam kedua kami ber’steamboat'(set steamboat bawak sendiri, bahan basah dan segar beli kat pasar) Nak masak-masak kena di pantry tapi nak makan boleh lepak-lepak depan dome. Reason kena beli/masak siap-siap sebab malam jalan gelap gulita so memang malam tak keluar (jalan masuk pun sempit)
- Kemudahan: Dalam dome cuma ada kettle untuk santai-santai minum..tak ada tv disediakn so yang bawa anak-anak macam kami bawa la 1 bag mainan. Malam-malam anak-anak main la kjeap..tapi dari pagi petang senja semua lepak luar dome saja menikmati keindahan Allah..so cantikkkkk..anak leka main buaian/tengok snails/main tanah/bunga, view mmg superb.
Tips:
1) Sampai awal sebelum senja sebab view senja sangat cantik campur dengan lampu-lampu yang dipasang
2) Tempat ini di puncak so sangat sejuk..bawak la sweater tebal selimut extra stokin gloves n so on
3) Tak perlu bawa iron sebab disediakan
4) Tripod wajib bawa untuk sakan bergambar
5) Heater dalam toilet guna tong gas untuk panaskan so ada sikitt bau gas..tapi ok je syukur ada juga air panas
6) Bawak la lapik extra untuk lepak santai-santai depan dome ala picnic gitu
7) Hiasan dalam bilik malam-malam boleh la bawa lampu-lampu (batery operated)..saja bagi anak-anak seronok.
8) Bawak juga pad lock for safety..sebab dome berzip sahaja
Lastly enjoy the pictures
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI