Macam Tak Percaya Je View Ni Dari Kawasan Air Terjun Seri Perigi Di Yan Kedah!

Share

Setiap kali melalui jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu.

Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah. Mempunyai ketinggian 100 meter, air terjun Seri Perigi merupakan antara kawasan perkelahan popular di negeri ini.

Ada beberapa keping gambar di lokasi paling atas air terjun ini tular dilaman sosial dengan view di bawahnya adalah sawah padi. Macam tidak percaya lokasi ini ada di negara kita.






image via google

Cantik kan, view yang sangat menarik hanya di Yan, Kedah. Ini tip jika anda teringin ke Air Terjun Seri Perigi daripada geng motor Ke Mana Kita Ni?


Tips untuk ke Air Terjun Seri Perigi:

  • Mesti pakai-pakaian sukan dan berkasut, sebab nak kena hiking dalam 30 minit.
  • Kalau tak ada stamina, tak digalakkan, warga emas tak digalakkan.
  • Ada kemudahan trek yang disediakan dan boleh dilalui.
  • Mesti jaga kebersihan, semua sampah kena bawa turun dan buang di tong sampah di bawah.
  • Mesti sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga, tempat tinggi kan..
  • Tempat mandi tak terlalu dalam, sesuai untuk mandi-manda tidak kira peringkat umur.















Klau ke Yan, jangan risau untuk berjalan-jalan ndan makan, ada banyak tempat menarik di sini!

Jom cuti-cuti Malaysia~

Oleh
Husna