
Setiap kali melalui jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu.
Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah. Mempunyai ketinggian 100 meter, air terjun Seri Perigi merupakan antara kawasan perkelahan popular di negeri ini.
Ada beberapa keping gambar di lokasi paling atas air terjun ini tular dilaman sosial dengan view di bawahnya adalah sawah padi. Macam tidak percaya lokasi ini ada di negara kita.
image via google
Cantik kan, view yang sangat menarik hanya di Yan, Kedah. Ini tip jika anda teringin ke Air Terjun Seri Perigi daripada geng motor Ke Mana Kita Ni?
Tips untuk ke Air Terjun Seri Perigi:
- Mesti pakai-pakaian sukan dan berkasut, sebab nak kena hiking dalam 30 minit.
- Kalau tak ada stamina, tak digalakkan, warga emas tak digalakkan.
- Ada kemudahan trek yang disediakan dan boleh dilalui.
- Mesti jaga kebersihan, semua sampah kena bawa turun dan buang di tong sampah di bawah.
- Mesti sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga, tempat tinggi kan..
- Tempat mandi tak terlalu dalam, sesuai untuk mandi-manda tidak kira peringkat umur.
Klau ke Yan, jangan risau untuk berjalan-jalan ndan makan, ada banyak tempat menarik di sini!
Jom cuti-cuti Malaysia~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pergi Terengganu Wajib Singgah 4 Tempat Ni, Baru ‘Kemah Boh’

Terengganu salah sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang cantik dan kaya dengan pemandangan indah. kedudukan negeri ini yang terletak di pesisir pantai membuatkan banyak tempat menarik untuk dikunjungi terutamanya bagi yang sukakan pantai dan juga laut.
Selain mempunyai pantai yang cantik, Terengganu juga mempunyai plilihan makanan menarik serta banyak lagi tarikan lain untuk dikunjungi bila datang ke sini.
nak tahu apa lagi yang menarik di negeri Terengganu, ini yang dikongsikan oleh Muhammad Hafidi bin Omar!

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI TERENGGANU
Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang berada di dalam peta semenanjung timur Malaysia. Selain itu, negeri yang terletak di pantai timur ini juga merupakan salah sebuah negeri yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan yang menarik, malah terdapat berbagai-bagai ekosistem yang hidup di dalam perairan Laut Cina Selatan.
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi kerajaan Negeri Terengganu, asal usul negeri Terengganu adalah dikaitkan dengan percakapan oleh pengembara dari negeri Pahang yang sampai ke sungai Terengganu mati dan mereka berjumpa sebatang taring lalu menanyakan kepada sahabat yang lain. “taring apakah ini” lalu sahabat yang lain menyatakan “taring anu”. Maka dengan itu, percakpan antara mereka telah berakhir begitu sahaja. Namun begitu, ada juga pandangan daripada pengkaji sejarah yang lain berkenaan asal usul nama Terengganu. Ada juga yang mengaitkan dengan cahaya kilat, terangnya anu dan sebagainya.

Muzium Negeri Terengganu
Muzium negeri Terengganu merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung tempatan dan luar. Muzium ini juga adalah salah satu muzium yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Selain itu, muzium ini juga adalah bertujuan untuk menyimpan khazanah negeri Terengganu seperti sejarah batu bersurat, adat resam negeri dan sebagainya. Muzium Terengganu ini juga beroperasi setiap hari kecuali hari jumaat. Muzium Losong ini juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk lawatan sekolah, program-program, dan sebagainya. Individu yang ingin memasuki muzium ini hendaklah membeli tiket terlebih dahulu. Jangan risau, harga tiket muzium ini murah dan sangat berpatutan. Muzium Terengganu ini telah ditubuhkan pada tahun 1977 di bawah Enakmen Bil. 9 tahun 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977 selepas DUN meluluskannya pada 28 Disember 1976. Permulaan untuk membina muzium ini adalah disebabkan daripada perjumpaan Batu Bersurat Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari di daerah Hulu Terengganu. Pengarah muzium negeri Terengganu ialah Haji Che Muhamad Azmi bin Ngah.
Lokasinya: Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: 9.00 a.m – 5.00 p.m

Pulau Redang
Pulau Redang merupakan salah satu tempat pelancongan yang memberi banyak manfaat kepada sumber ekonomi negeri Terengganu. Pulau Redang juga telah menawarkan pakej-pakej pelancongan dan penginapan yang popular. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Pulau Redang seperti dapat melihat matahari terbit dan matahari terbenam dengan permandangan menarik. Aktiviti seterusnya adalah “snorkeling”. Keindahan yang terdapat di dalam laut di Pulau Redang dengan air yang jernih akan membuatkan pelancong lebih teruja dengan keindahan terumbu karang yang masih terpelihara. Selain itu, pakej lain yang ditawarkan di Pulau Redang adalah Scuba Diving, melihat penyu, jungle trekking, bermain bola tampar, berkayak, mandi laut, dan memancing.
Lokasinya: Pulau Redang, Terengganu.
Aktiviti: memberi makanan kepada penyu, scuba diving, snokerling, berkayak, bola tampar, memancing, pakej penginapan yang menarik.


Pasar Payang
Seterusnya, tempat pelancongan menarik di Terengganu yang lain adalah pasar payang. Asal usul nama pasar payang adalah dari nama perahu payang iaitu sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar. Selain itu, pasar payang juga adalah pasar yang merujuk kepada proses penjualan barangan tradisional. Namun begitu, apabila telah beralih zaman, pasar payang telah menjadi tempat yang menjual barangan seperti perhiasan, makanan, dan sebagainya. Pasar payang adalah sebuah pasar yang mempunyai pelbagai barangan iaitu makanan, barangan pakaian, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, barangan hiasan seperti barangan kemas juga boleh didapati dengan kadar harga yang berpatutan. Seterusnya, produk tembaga juga menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar dan tempatan. Ada dalam kalangan mereka yang menjadikan barangan tembaga seperti acuan bahulu dan sebagainya sebagai barangan kenangan kerana barangan tersebut mempunyai nilai yang tersendiri.
Lokasinya: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu operasi: 8.00 a.m – 6.00 p.m

Nasi Dagang Atas Tol
Selain itu, budaya makanan juga telah menjadi tradisi utama pengunjung luar apabila melancong ke negeri Terengganu. Kita semua sedia maklum bahawa negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan budaya makanan yang berbagai-bagai. Antara makanan yang menjadi tarikan utama pelancong luar atau tempatan adalah nasi dagang, nasi kerabu, kerepok lekor, dan sebagainya. Nasi dagang juga merupakan makanan popular dalam kalangan rakyat Terengganu. Antara kedai yang menjual nasi dagang dan menjadi tarikan pelancong salah satunya ialah, Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ini bertempat di Kampung Pengkalan Setur, Terengganu. Kebiasaannya, kedai Nasi Dagang Atas Tol ini memang menjadi tempat sarapan pagi yang utama bagi pendudukdi situ. Terdapat berpuluh-puluh menu makanan yang ditawarkan di kedai ini dan menu yang menjadi tarikan utama para pengunjung adalah nasi dagang lauk ikan tongkol dengan kombinasi air tea ais. Selain itu, refleksi pelanggan yang berkunjung di kedai itu rata-rata memberi respon yang positif di dalam perkhidmatan yang ditawarkannya. Kedai Nasi Dagang Atas Tol mula beroperasi pada jam 6.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
Lokasinya: 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: 6.30 a.m – 11.30 a.m

Kesimpulannya, terdapat pelbagai keindahan dan keunikan yang terdapat di negeri Terengganu seperti pulau-pulau yang cantik, pasar payang, budaya makanan Terengganu, dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah orang Melayu dulu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sebagai anak jati Terengganu, saya berasa amat bersyukur kerana dilahirkan di negeri yang bersejarah dan penuh dengan adat resam tersendiri. Keunikan negeri ini telah menjadi bualan hangat para pelancong luar dan tempatan untuk berkunjung dan meneroka dengan lebih terperinci lagi mengenai sebauh negeri iaitu Tereangganu Darul Iman.
“NEGERI CANTIK, ORANGNYA BAIK”
“TERENGGANU DARUL IMAN”
Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Hafidi bin Omar pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sumber: Muhammad Hafidi bin Omar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gelandangan Di India Berdepan Maut. Nasib ‘Kurang Terbela’ Ketika COVID-19

“Ada antara kami akan mati, kami miskin, kami tiada nilai di sisi siapa-siapa,” itu luahan golongan gelandangan di India yang makin tersepit.
Hampir dua minggu negara India melaksanakan perintah berkurung dalam usaha mengekang wabak COVID-19. Dianggarkan sejumlah 4 juta orang rakyatnya menerima nasib malang. Ia ekoran ketiadaan sumber makanan dan tempat berlindung. Golongan ini bukan sahaja terdedah dengan ancaman maut wabak ini kerana tiada tempat berlindung yang sempurna malah mungkin akan mati kebuluran.
Pihak-pihak yang membela golongan bawahan pula tidak kurang juga mengkritik tindakan pemerintah meskipun itu merupakan usaha kerajaan dalam membendung penularan jangkitan dalam kalangan rakyat. Tindakan pemerintah India untuk melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari, bagaimanapun, disifatkan sebagai satu keputusan yang dibuat tanpa berfikir panjang.
Di pusat perlindungan gelandangan, petugas berdepan depan cabaran yang amat besar seperti ruang yang terhad dan kekurangan sanitasi. Jika salah seorang daripada mereka bergejala, maka penularannya sangat sukar untuk dikawal.






Dalam pada itu, difahamkan, terdapat beberapa buah bandar seperti Delhi dan Chennai menyediakan rumah tumpangan kepada gelandangan sementara di sebahagian kawasan seperti di Mumbai, golongan itu terkandas di jalanan.
Di sebelah timur bandar Kolkata pula, rumah perlindungan gelandangan milik kerajaan mula penuh dan usaha untuk mengamalkan penjarakan sosial dilihat mustahil untuk dilaksanakan.
Memetik laporan Reuters, kerajaan telah mengumumkan sejumlah AS$22.6 bilion menerusi pelan rangsangan yang menyediakan dalam bentuk bantuan tunai dan pelan keselamatan makanan. Namun, menurut kebanyakan aktivis, pelan rangsangan yang diumumkan itu tidak jelas dari segi mekanisme dan jumlah yang diperuntukkan kepada golongan gelandangan.
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau!

Lokasi air terjun bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar sebelum ini.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ‘rare’ dan jauh daripada pengujung yang ramai.
Keindahan lokasi air terjun yang masih ‘dara’ sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Walau bagaimanapun, untuk ke lokasi air terjun sebegini selalunya pengunjung perlu menggunakan akses kenderaan pacuan empat roda. Kenderaan biasa memang tidak dapat membawa anda berkunjung ke destinasi sebegini dek kemudahan jalan yang tidak sesuai.
Nak tahu tahap keseronokkan trip sebegini? Ini pengalaman oleh Ella Isabella yang mengikuti trip offroad ke lokasi air terjun yang indah.
Trip ni bermula dari Kedai Makan Nasi Kukus Pokok Terajang. Wahh gangster tak nama pokok tu? Heee. Kami berkumpul dan breakfast kat sini dengan semua ahli trip. Haaaa kali ni aku awal ok. Jam 9am lebih kami mulakan perjalanan ke Lata Y. Eh, sebelum ke Lata Y kami singgah dulu sekejap mengambil gambar view cantik di Lata Berangin, Sg Pas, Kuala Krai. Jalan ke sini boleh masuk dengan kereta ya hadirin dan hadirat sekalian. Suasana pagi yang damai dan tak ramai orang membuatkan kami bahagia bergaloks dan mengambil gambar. Auchhh. Setelah selesai berposing maut like a model, kami meneruskan perjalanan kembali. So sesiapa yang dah meroyan nak pergi tu, tapi takde kenderaan 4×4 macam aku, so boleh la contact Ella untuk next trip.
- Melalui jalan on road seperti biasa hinggalah ke Kg Mengkebang, Kuala Krai. Then, kami offroad selama sejam ke tempat yang di tunggu-tunggu the Lata Y.
- Jalan offroad takde la menyakitkan sangat pinggang dan urat-urat kentut korang sebab agak cantik kerana banyak lori balak keluar masuk.
- Di separuh perjalanan kami, leader trip berhenti di Sungai Y di mana ramai orang bercamping di sini. Patutlah kami berselisih dengan banyak 4×4 tadi, siap bermalam di sini rupanya. MasyaAllah, sungai yang sangat tenang, bersih dan dara.
- Sekali lagi kami bergambar dengan riang, walaupun dalam hati aku tak sabar dah nak mandi wehhh. Haishhhh sabar naniey, aku tau lepas ni kau mesti jumpa waterfall yang paling awesome tu. Kata hati aku. Hahahaha
- Eh, sebelum tu aku nak bgtau korang kenapa nama dia Lata Y. Ok sebabnya sangat senang. Air terjunnya yang mengalir ke bawah berbentuk Y. Haaaaa hebat kan kebesaran Allah ni. Subhanallah.
- Ok, teruskan saja perjalanan dari Sungai Y dari tempat camping tu. Dalam 20 minit lagi maka sampai lah ke Lata Y. Masyaallah, subhanallah memang cantik yakmat gais. Air terlalu sejuk, bersih dan sangat suci. Ala-ala berada di alam lain pun ada. Sangat dara! Haishhh geram. Ya lah, sebab tak ramai yang data sini kecuali geng-geng yang ada 4×4 la kan?
- Setelah angkat barang, kami masak bersama, ber BBQ bersama sambil mandi dan ada juga yang trekking ke atas hutan Y ni. Tapi aku tak join hiking sebab jaga anak . Hehehe.
- Yang penting pengalaman pertama makan ubi kayu bakar. Haaaaa generasi Y sangat kan hakku.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI