Kebiasaanya yang saya lihat, bila rakyat Malaysia nak apply visa ke China ni menggunakan runner. Kita hanya sediakan wang dan maklumat berkaitan, runner-runner ni yang akan uruskan proses daripada mula sehinggalah selesai.
Tapi ada juga mereka yang jenis suka buat sendiri dan tidak menggunakan khidmat runner sebagaimana kebiasaan orang lain buat. Kalau kita nak buat sendiri, bagaimanakah caranya?
Cara-cara untuk korang apply visa ke China adalah begini.
Sediakan dokumen yang diperlukan seperti:
1. Borang permohonan visa
2. Dua keping gambar visa (gambar pasport berlatarbelakang putih)
3. Pasport original & satu salinan
4. Tiket penerbangan & jadual perjalanan
5. Resit tempahan hotel
Ads
Tips: Kalau korang tak pasti nak menginap di hotel yang mana, buat dahulu tempahan di mana-mana aplikasi tempahan hotel untuk dapatkan bukti tempahan hotel dan kemudian batalkan tempahan sekiranya anda ingin menukar lokasi penginapan.
Selesai dokumen yang diperlukan di atas, korang boleh la pergi ke pejabat Chinese Visa Application Service Center. Ada satu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Pergi ke laman sesawang www.visaforchina.org untuk dapatkan info yang lebih lanjut mengenai pejabat mereka itu.
Tips: Korang dinasihatkan untuk buat permohonan visa lebih awal dari tarikh penerbangan. Sekurang-kurangnya satu bulan awal dan tidak tiga bulan terlalu awal. Dalam tempoh tiga bulan ke satu bulan sebelum penerbangan tu adalah masa yang sesuai untuk buat permohonan visa.
Ads
Alamat pejabat untuk buat permohonan visa ke China di Kuala Lumpur ni adalah di Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Waktu pejabat adalah dari pukul 9 pagi hingga 3 petang untuk permohonan visa.
Tips: Kalau boleh buat appointment terlebih dahulu untuk memudahkan dan menyegerakan urusan permohonan visa korang. Boleh telefon pejabat mereka di talian 03-21760888.
Ads
Bila sampai di pejabat, que-up sebelum anda dipanggil ke kaunter untuk menyerahkan semua dokumen yang diperlukan. Selesai semuanya, pegawai di sana akan bagi resit kutipan visa. Dalam tempoh empat hari berkerja sekurang-kurangnya, korang akan dipanggil untuk kutip visa dan buat pembayaran pada hari kutipan tersebut.
Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti jadual ni,
Jadi begitulah caranya untuk korang buat permohonan visa melancong ke China. Kalau korang buka laman sesawang pejabat permohonan visa ni, akan ada banyak pilihan visa yang korang boleh pilih untuk ke China. Jadi korang pilih sebagai pelancong. Dia akan bagi panduan step-by-step untuk mohon visa ke China.
Selamat berjaya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seluruh dunia masih terbelenggu dengan pandemic COVID-19. Walau ada negara mula berjaya menanganinya tetapi setiap hari kes jangkitan akibat wabak ini masih berterusan. Buktinya, Malaysia antara negara yang mengenakan sekatan perjalanan daerah dan negeri bagi menangani wabak ini.
Apa pun, jangan alpa, jangan ambil mudah. Kita masih belum menang menangani COVID-19. Sentiasa mengamalkan norma baharu dalam usaha mengawal penularan wabak ini.
Lukisan mural di dinding seni pelukis tempatan Iskandar Noor Rahim dan Muhamad Razali Abd Aziz di Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai kerana unik dan cantik. Mural ini memaparkan tulisan #kitajagakita, #staysafe, gambar barisan hadapan yang berjuang menangani wabak ini serta lain lagi yang sangat menarik.
Lukisan mural ini diadakan sempena Program Mural sempena Pembudayaan Norma Baharu Zon Selatan sebagai kempen kesedaran COVID-19 kepada masyarakat setempat dan memberi peringatan bersama dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
Program ini merupakan usaha Balai Seni Negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor.
Apa pun, kalau singgah di lokasi ini, jangan lupa selfie dulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Walaupun Malaysia tidak akan menghantar sebarang jemaah untuk menunaikan ibadah haji tahun inu, Arab Saudi telah mengumumkan musim haji tahun 2020 ini diteruskan. Untuk rekod, Arab Saudi tidak pernah membatalkan musim haji sejak 90 tahun lalu.
Susulan pandemik COVID-19 Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441H, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.
Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif kesihatan umum dengan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial bagi melindungi umat Islam dari risiko yang dikaitkan dengan pandemik ini.
Selari dengan ajaran Islam bagi melindungi nyawa. Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik. Musim haji yang dijadual bermula hujung Julai lazimnya mengumpulkan dua juta umat Islam dari seluruh dunia.
Sabah perluas sekatan perjalanan penumpang dari Korea Selatan mulai 1 Mac 2020 bagi membendung wabak COVID-19.
Walaupun setakat ini tiada seorang pun diuji positif COVID-19 di Sabah, namun, dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kerajaan negeri memperluas sekatan perjalanan ke semua pintu masuk udara, laut mahupun darat berkuatkuasa 1 Mac. Antaranya:
Warga negara asing dan rakyat Malaysia bukan penduduk Sabah dengan sejarah perjalanan ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki negeri ini berkuat kuasa 1 Mac 2020.
Mana-mana penduduk Sabah, penduduk tetap dan mereka yang menetap di Sabah menggunakan permit kerja, permit pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau mana-mana perintah pengecualian, yang pulang dari Korea Selatan, wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Perintah sekatan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua penumpang transit dari atau melalui Korea Selatan.
Warga negara Korea Selatan yang masih berada di Sabah dinasihati untuk meninggalkan negeri berkenaan atau kembali ke tanah air mereka sebelum visa mereka tamat dengan hanya satu lanjutan visa untuk maksimum tujuh hari boleh diberikan.
Penumpang warga negara Malaysia yang menaiki pesawat dari Korea Selatan dibenarkan masuk, begitu juga, tiada sekatan untuk penumpang warga Korea Selatan dan pengembara bukan warga Korea yang tiba dengan penerbangan bukan terus dari Korea Selatan.
Penerbangan keluar dari Sabah ke negara berkenaan turut dibenarkan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...