Macam-Macam Ada Di Vintage Night Market Melaka. Jom Support Peniaga Lokal!

Share

Melaka destinasi percutian kegemaran ramai tidak kira pelancong luar atau rakyat tempatan. Selain mendapat jolokan bandaraya bersejarah, Melaka turut terkenal dengan lokasi ‘makan’ yang popular.

Tidak hairan Melaka sentiasa penuh dek kunjugan ramai terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum. Namun begitu, ketika musim pandemik ini kadangkala seakan ‘bosan’ tidak tahu mana lagi ingin pergi tatkala berkunjung ke Melaka.

Setiap kali ke Melaka, tempat yang sama sahaja ditujui. Jangan tidak tahu, Melaka sentiasa mempunyai produk pelancongan terbaru yang sentiasa hidup dari hari ke hari walaupun mengalami detik-detik sukar ketika COVID-19 melanda.

Bagi peminat barang-barang rare dan unik, jangan lepaskan peluang ke Vintage Night Market. Terdapat pelbagai barangan menarik yang dijual di sini terutamannya pakaian dan kasut. Ada juga gerai jualan makanan untuk pengunjung menjamu selera. Ini juga lokasi bundle terbesar di Melaka.

Paling penting, lokasi ini turut menjaga SOP yang telah diarahkan oleh kerajaan seperti pengunjung wajib memakai pelitup hidung dan mulut ketika membeli-belah, mendaftar masuk dengan MySejahtera dan memeriksa suhu badan.

Jom sama-sama bantu para peniaga kecil di sini menjana sumber pendapatan ketika pandemik.

Layan tak Vintage Night Market Melaka ni? Jom la cuti-cuti ke Melaka~

Foto: FB Vintage Night Market Melaka

Oleh
Admin